Nuffnang Ads

Tuesday, March 18, 2014

Allah Bagi Pinjam Lagi... Syukur!

Rumah Mama memang selalu terima kedatangan kucing-kucing tak bertuan. Setakat ni baru ada 4 ekor lepas kematian Shipitam, hilangnya Cemomot dan anak-anak Cinonet yang dah 6 ekor mati lepas 2 kali dia beranak. Ini pun tak campur lagi 2 ke 3 ekor kucing belakang rumah yang tumpang makan dan berkasih dengan Mama.

Of course, belum dapat menandingi orang lain yang berpuluh ekor kucingnya. Kami hanya beberapa ekor saja tapi dengan Cinonet, Tam Pecit, Baby dan Grey la tempat I nak gomol-gomol sebelum tidur ke selepas makan ke selepas mandi ke.

Cinonet menyusukan Grey

Ni sume gengster Dusun. Tapi bila bunyi enjin lori pun dah kelam kabut menyorok hehehehe
Luv u Cinonet, Baby dan Tam Pecit

Alhamdulillah, datang lagi seekor kucing jalanan yang dijemput ke rumah I. Rupa dia, sebijik arwah Jojo. bulu dia banyak, perfect sangat rupa dia. Acu Nen nampak ada baby kitten berdiri tengah jalan depan rumah laju-laju keretanya. Dia tenang je dekat tengah jalan tu nasib baik ada SuperNen, selamatkanlah dia.. Terus bawak masuk rumah. Yang paling I sedih ialah, kaki kirinya diseret je tak berpijak pun. Ekornya macam tak bergerak. Di bahagian tungkingnya macam terbonjol keluar dan mungkin buasir.

Bukan tak bawak pergi ke vet, katanya kaki Jojo tak patah. Cuma dia berkemungkinan cacat sejak lahir tu yang kakinya tak boleh berjalan dengan betul dan bonjolan di tungkingnya adalah normal dan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tetap risau! Mana boleh tak risau ok.
Gambar segar dari ladang, ambik malam tadi sebab kiut sangat!
Officially, Jojo ialah nama dia, mengingatkan pada kucing lama I yang I sayang sangat :'(

Ok takmo nangis... Sekarang memang Jojo tinggal dengan kitorang. Alhamdulillah, syukur ya Allah, mudah sangat nak jaga Jojo ni. Senang naik kereta macam Arwah Shipitam, duduk dekat riba diam je. Lepas makan terus membuang. Alahai, ni yang lagi Samani sayang dekat dia.

Tah mana ibu Jojo. Semoga lepas kitorang bagi dia makan dan rawatan secukupnya Jojo boleh hidup macam kucing normal yang lain. Allah yang izinkan, moga si Jojo yang manja ni tak jatuh sakit. Samani dengan Safizi akan cuba jaga Jojo sebaik yang mungkin ye sayang...

Macam mana nak elak daripada gomol dia ni! Jojo!
Jojo is a part of our family now. Jojo duduk dekat rumah kita ye. Tak sabar nak tengok Jojo berlari-lari laju.

p.s. Samani tetap rindukan Shipitam... Kalau tengok Tam Pecit memang sebijik macam Shipitam. Tenanglah di sana Tam... Tunggu Samani dekat sana nanti ye :'( Ohhh, I can't stop my tears from pouring down now... Aidebiu Tam :'(

Allah... Kau lebih sayang Shipitam...

No comments:

Post a Comment