Nuffnang Ads

Saturday, March 29, 2014

Ingat Senang Ke Nak Tahan Nafsu

Hai! Harini I rasa macam nak meluahkan perasaan sikit la. Luahkan sikit je kalau taknak baca benda merepek ni takyah la susah-susah baca sampai abis hehehe. Peringatan awal.

Kalau u all alert sekarang ni ada macam-macam sangat fest dan bazaar yang jual macam-macam jenis pakaian, tudung, aksesori dan tak kurang jugak dengan jenama sendiri. Ya Allah, rambang mata dibuatnya. Pandang sana cantik, pandang sini menarik. Perempuan, apa yang tak best nya kalau shopping kan. The main thing is, just show me the MONEY, MONEY, MONEY...! Hahaha betul kan?

Puasa! Baru kahwin 3 bulan, sayang-sayangku. Banyak benda nak kena stabilkan. Dulu hidup sorang, belanje Mama dan diri sendiri je. Sekarang hidup berdua, kongsi semuanya. Maaf lah, suami I bukan CEO syarikat besar mahupun engineer company oil and gas yang gaji hampir mencecah belasan ribu. Kami, kerja biasa-biasa je. Cukup gaji untuk sampai cukup bulan.

Kalau diikutkan, banyak benda-benda best yang teringin sangat I nak beli. Banyak tempat best yang I teringin sangat nak pergi. Boleh lah cuci mata sambil cuci poket. Erghhh, tak tau nak cakap macam mana. Bila tengok Instagram, nak menangis boleh? Tak payah cerita what's happening here and there now. Siapa yang aktif dengan Instagram tau lah apa yang sedang happening sekarang. Me? Oh I'm just a spectator or observer and whatever u can call me.

Melihat ke dalam cermin, atas segala kemampuan diri sendiri, mungkin ini masanya untuk lebih muhasabah diri. Cukup setakat ini, dah puas jadi gadis kota besar, Kuala Lumpur. Dah puas membesar di kota, Allah kemudiannya telah 'menghantar' I untuk mencari rezeki di negeri yang penuh adat dan mungkin bakal menghabiskan keseluruhan sisa hidup disini. Cukup elok aturan Allah. Kalau I masih di kota besar itu, dimanalah I harini agaknya. Di Bukit Jalilkah? Atau di Subang Jayakah? Mungkinkah di Damansara? Semuanya tempat best untuk shopping.

Ye, memang susah sangat nak menyekat nafsu! Hati meronta, kaki mengelupor mintak dijalan-jalankan, tangan tak berhenti click sana sini tempat menarik, mata tak berhenti-henti tengok itu ini dan mulut asyik kata, "...........wahh, bestnye kalau dapat pergi sini..."

Dan, bagaimanakah cara I mengawal nafsu tersebut? Hahaha, try this. Tengok puas-puas dalam telefon apa yang menarik sangat tu, lepas tu off data telefon u all. Pegi cuci baju dan sidai, tengok dalam fridge apa yang menarik untuk dimasak dan buat kerja rumah seperti membersihkan bilik dan habuk tingkap. Cara paling common, rasanya semua orang berjaya buat cara ni.

Satu cara lagi, pergi bersukan. Dengan tu dapat melupakan nafsu shopping. Trust me, bila dah berpeluh dan letih mesti nak rehat. Confirm badan sakit-sakit. Di samping tu, cuba cari mana-mana event Zumba atau erobik yang berhampiran. Join them! It will be a lots of fun. I buat macam ni :) Alhamdulillah, it works. Di samping tu, dapat sihat juga kan. Tak rugi ye.

Last but not least, I've added up my quality time to read books. There are more to come. I'm looking forward to add up my collection of books which means I have to expand my book cabinet. This is fun too. I memang leka, tiap kali baca buku I macam masuk sekali dalam cerita tu. Hahaha it was way too weird for some people but those who are with me they understand what I'm saying. Heeee~

Enough said, lain orang lain mengawal nafsu. Cara I macam di atas. Cara u all? Depends on how u control them. And it's up to u to try on anything.

1 comment:

  1. Wsalam :)
    Kena limitkan cash money ek. Itu harussss.
    Paling penting debit card sila tinggalkan dekat rumah hahaha :D

    ReplyDelete