Tak ada apa la yang nak disegankan sangat. Kalau hal tatacara berpakaian pun, bukannya u pakai pelik-pelik. Tak perlu pun pakai pakaian yang berjenama, tak perlu pun terlampau ikut trend tempat yang u nak pegi tu. Tak perlu jugak nak ikut pakaian orang yang tak tentu lagi sesuai atau tak dengan u. Pakai pakaian yang selesa dengan diri sendiri. Pakai pakaian yang meresap peluh, Malaysia ni kan negara panas, siang malam pagi petang kita kena pakai pakaian yang tidak menyerap dan memerangkap haba.
Sorry, introduction panjang sangat sampai lupa nak cakap segan sebab apa. Bukan apa, ni ha ada kawan-kawan I yang kalau I ajak pegi aerobic dan Zumba, alasan tetap sama,
"..aaalaaaaaa, segannya nak pergi!".
Kenapa segan? itu yang menjadi isunya sekarang hehehehe. Alhamdulillah, setakat ni hal kekangan masa kerana beranak kecil I faham sangat-sangat. Hal segan, nak compromise camne ek?
Ok hal pakaian dah. Hal apa lagi ye? Oh ya, hal tak reti aerobic dan meloncat-loncat. Sebab tu lah ada instructor sayang... Tugas dia mengajar step. Bukannya kita pandai-pandai sendiri. Kalau rasa tekanan sangat tak boleh nak follow instructor silalah follow step orang-orang berhampiran dengan u all yang boleh dikategorikan cepat tangkap.
Haha susah ayat siput-siput ni bagi direct bagi orang senang faham.
Segan yang last sekali, yang paling utama. TAK KENAL ORANG. Why are you being so ridiculous? Hehehe oklah taknak pegi aerobic dekat kawasan terbuka sebabnya segan tak kenal orang adalah alasan yang paling tak sedap telinga I mendengar. Dah tentu I ajak, of course u ada kawan kan. Segan lagi? Ikat lah kaki tangan I dengan u sekali supaya I tak lari jauh dari u. Pfffftttt!
Oh so pathetic~
Tau tak selama ni I melompat semua tu sorang-sorang je :) Bukan niat membangga diri tapi kalau tak caya tanya Sayang! Susah nak harap kan orang... Macam ni lah, banyak alasan segannya daripada tak segan. Biarlah I yang tak segan ni pergi sorang-sorang. Ikut time I sendiri nak keluar dari rumah jam berapa, ikut suka I nak duduk depan ke tengah ke tepi ke asalkan tak menyusahkan orang.
Ye, sebab itulah alasan I jarang-jarang ajak sesiapa nak join segala aerobic ke Zumba ni. Buat apa, kalau semuanya taknak. Buang masa I repeat banyak kali tapi alasan sama. Ok I cepat fed up. Jangan buat I fed up nanti I terus malas layan u. Haha.
It's ok my dear friends, tak semua orang pendapat yang sama. I pergi sendiri pun takpe tapi jangan pertikaikan perkara-perkara such as,
"... eh macam mana ko pergi sorang-sorang, takde kawan langsung ke? Kalau aku dah segan mana reti aku nak bayar ape sume camne"
Wakakaka sebab I bukan macam u yang banyak alasan segan. Kalau taknak cakap taknak jangan bagi harapan palsu dekat I. Wahhh, Janji Manismu sangat nak I nyanyikan ke korus? Hehe. Buang karan ek, nak jawab soalan macam ni.
Dah, siapa-siapa yang tinggal dalam Seremban dan baca kisah sedih pilu I ni sudi-sudi lah kalau nak ajak I pergi aerobic sekali. Zumba ke Batuka ke whatever lah. I memang pergi pada malam Rabu dan Sabtu ke KOMBES Paroi untuk join aerobic dekat sana. Kalau takde teman boleh WeChat I nanti hahaha promote diri sendiri yang kesunyian. Kalau ada event Zumba ke nak ajak I pun boleh. Tapi kena la dengan waktu I free dan kesesuaian lokasi. Ajak je la k :)
Yang penting, I takde segan-segan, kalau segan boleh jalan. <--- Tahapoapoontah!
Masa ni best! Selalu aerobic dengan diorang. (cilok gambar dari belog lama hihihi) -R-I-N-D-U- |
And last but not least, kalau takat nak exercise pun segan tak payah nak mimpi nak kuruskan badan yang montel tu. Jangan nak ngada stress sebab sebenarnya u all yang tentu pasal. Another option, follow the Jillian's video. Duduk rumah je, nak pakai camne pun sukati, nak lompat salah arah pun sukati, nak sorang-sorang pun sukati :)
Apa pun, good luck untuk kawan-kawan yang tengah TTC dan tengah kuruskan badan.
Apa pun, good luck untuk kawan-kawan yang tengah TTC dan tengah kuruskan badan.
No comments:
Post a Comment