Nuffnang Ads

Friday, March 28, 2014

RSVP : Air Masin 2014

Awal-awal buat RSVP. Sekarang musim dah ok. Harus! Diulang, harus ke pulau nak telan air masin. Hahaha. Ini lah excited namanya. Dulu pergi sorang je follow kawan-kawan, sekarang pergi berdua barulah thrill ada geng terjun air laut sama-sama. 

Jealous sebenarnya tengok kawan-kawan dan sedara mara nak pergi pulau luar macam, Krabi, Phuket, Koh Samui, Koh Lipe dan Maldives. Alahai, bila turn kita ek Sayang? Kita habiskan ronda dalam Malaysia dulu tak kisah 4 ke 5 round janji dah puas baru pegi luar. Yang penting, kita makbulkan dulu Mabul, Sipadan dan Kapalai. Amacam? 

Actually, memang dah ada plan pun. Nak pergi ke Perhentian Besar lagi tahun ni. Pertengahan tahun, maybe. In shaa Allah, moga Allah izinkan. Kalau takde aral memang akan pergi. Tempat yang sama macam 3 tahun lepas. 

Phew! Tempat first I diperkenalkan dengan aktiviti air. Tempat first I belajar snorkeling. Dah nak masuk belajar diving pulak pun sekarang. Dek sebabkan nak melautkan diri jugak dengan suami, tu yang tak menahan lagi dah. Memang pernah ke Pangkor bersama, tapi tak puas! Kiranya ni orientasi untuk ke Mabul la. Nak biasakan Sayang dengan air laut, tapi, kat PD pun boleh kot?!

A few surveys from different websites help me a lot with this island thing. There's a lot of chalets and resorts that offered promotions on their packages. One of them that caught my attention is Mohsin Chalet. Looking forward to email them for our package. Sekarang kami masih menunggu jawapan dari sorang kenalan untuk ke Perhentian Besar. Kalau dia offer lagi best, why not pergi situ lagi. Dah dapat jawapan baru hebahkan dekat kawan-kawan lain. Yang kaki pulau je la kalo yang kaki control cun, errrr, boleh gak tapi I tak jamin kalau apa-apa kemuntahan berlaku ye. Hihihi. Tak sabar okey!

Kali ni nekad, nak cuba discovery scuba. Dalam seratus lebih je kan. Ala sementara dapat lesen ape salahnya cuba yang discovery punya. Pengalaman tu.

Ok, confirm la hendaknya untuk 6 - 8 Jun 2014 ni untuk I menikmati desiran angin laut mencium pipi tembam ini muahaha. Saje ambik date tu sebab Hari Keputeraan YDP Agong.. Hopefully kenalan I tu tak bagi surcharge mahal-mahal sangat la. Kaw tim sikit bang. Camni lah Melayu hahaha ayat biasa!

Sayang, kalau diorang taknak pegi kita berdua je boleh jugak kan?!

*please... jawab, YES! Amin...*

Tau tak tempat ni best!

No comments:

Post a Comment