Firstly, doakan untuk semua agar selamat walau apa jua keadaan pun. In shaa Allah. They just lost, to nowhere. Allah aje yang tau. Kita cuma tunggu...
Belum habis cerita HS, rakyat Malaysia sekali lagi terkejut dengan berita pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dari radar. Tak perlu I nak explain yang detail sangat. Semua maklumat boleh didapati dengan mudah. Bukak saja Astro Awani saluran 501 dan mereka menyiarkan semua berkenaan dengan kehilangan pesawat MH370.
Tujuan I nak menulis, bukan nak buat spekulasi bukan-bukan ataupun nak buat andaian agar semua orang printscreen dan post ke dalam media sosial yang lain.
Macam mana nak hentikan semua spekulasi yang boleh buat kita sendiri kadang bergaduh sesama sendiri. Dek kerana nak merebut, "akulah yang pertama sekali dapat info..." memang tak perlu semua ni. Berebut-rebut nak jadi orang pertama yang post benda yang kita sendiri tak pasti betul atau tidak.
Sedih. Kalau I sendiri berada di kalangan ahli keluarga mangsa. Letih. Kalau I adalah salah seorang daripada pihak berkuasa dalam isu ini. Penat. Kalau I salah seorang pelapor yang bertugas bagi menyebarkan maklumat kepada semua orang awam.
Tolong, jangan ada apa-apa spekulasi. Perasaan mereka kita tak tau, insan-insan yang mengharapkan ahli keluarga mereka pulang. Tolong jangan permainkan perasaan mereka, yang masih menanti berita yang tak pasti. Tolong jangan sesakkan lagi nafas, kita yang menanti pengakhiran yang baik atau sebaliknya.
Allahuakbar!
Tak tau nak kata apa lagi,
Moga Allah mudahkan segala usaha pencarian. Moga Allah selamatkan semua penumpang dan anak kapal. Moga Allah izinkan pesawat untuk dijumpai walau dimana dan walau apa jua keadaanya.
Amin ya rabbal 'alamin
Our love and pray are always with you. |
No comments:
Post a Comment