... untuk ke pulau? Macam-macam dah ligat main dlm kepala otak. Tapi beg satu je. Walaupun sebelum ni ada beberapa pengalaman ke pulau tapi itu sangat-sangat tidak memadai. Sekali pergi memang macam-macam benda nak beli. Sekali pergi ada je barang baru nak dibawa. Sebelum ni dah beli tapi masih nak membeli. Jom kita tengok 10 benda yang I wajib bawa kalau nak pegi pulau untuk snorkeling ;)
1. PAKAIAN MANDI - Kalau boleh yang selesa, boleh dipakai 3 kali sebab 3 trip snorkeling dan ringan bagi memudahkan pembawaan beg merata-rata. Tudung pun kalau boleh yang senang disarung.
2. SUNBLOCK & ALOE VERA AFTER SUN - Tak kisah apa jenama pun, tak kisah apa SPF pun. Tetap terbakar kan. Aloe Vera pulak, nak prevent dari mengelupas teruk ye.
3. SNORKELING MASK - Ni bagi yang ada lah. Kalau anda tak mau 'bercumbu' dengan mulut orang lain.
4. MINERAL WATER - Of course, bila dah snorkeling tu akan automatic rasa haus melampau batas. Sebabnya, kita kan terdedah dekat matahari... Dehydrated gak wey!
5. JAJANNNNS! - Memang chalet ada sediakan makanan pagi petang siang malam, tapi in between lepas snorkeling ke meal time, tak meragam ke perut u ols nanti hehe
6. SHAMPOO & CONDITIONER - Rambut confirm akan keras macam penyapu lidi. Bersedialah!
7. BEACH THONG - hehehe bet me! Mesti u ols nak menikmati sunset / sunrise tepi laut kan. Petang-petang konon nak amik angin laut. Berpario mengirai budget sangat nak usha beach boys. Pakailah selipar je, kalau boleh yang sexy. Aww
8. KAMERA! - Alahai dah dapat agak, confirm gamba yang akan diambil... Gambar melompat (wajib! tak tau kenapa), gambar kaki ramai-ramai, gambar tengah terajang ombak, gambar pasir tulis-tulis nama, gambar air laut kaler jernih dan gambar silhouette masa sunrise atau sunset. Make sure memory card besar!
See! gambar tapak kaki |
9. CHARGER - Tak kira la charger kamera atau telefon bimbit. Pastikan fully charge setiap kali masuk bilik. Nanti bila keluar berebut tau nak upload dekat FB wahahaha
10. EXTENSION PLUG - Paling penting, sebab nak capture gambar setiap masa, tak suka kalau bateri habis kan. Apalah guna charger kalau plug selalunya NO VACANCY hahaha! Come on... share pulak bilik, mesti semua berebut nak charge ok. Masing-masing bukan bawak telefon saja, sikit-sikit pun mesti ada tab punye, camera la, ipad la, ipod la, TV plasma (hahahaha, joking). Sila take note yah!
No comments:
Post a Comment