Nuffnang Ads

Friday, May 31, 2013

Giat Berlatih

Alhandulillah lagi sekali ya Allah. I diberi jugak peluang untuk sampai ke selection bagi bola jaring pasukan Ibu Pejabat. Ingatkan dah tiada peluang tu sebabnya hari Isnin, 21 Mei tu I masih di pulau. Rupanya Khamis ada second selection. Terlompat la I gembira nak join! Hahaha sekadar bersukan. Selama ni tak puas aerobic. Peluh keluar ala kadar saja.

Walaupun hanya hadir di selection kedua tapi I masih di dalam peringkat saringan. Daripada 21 pemain yang hadir I berjaya dapat menyertai 14 yang utama. Mungkin lepas ni baru jurulatih akan pilih 10 pemain sebelum tibanya karnival. Redha walau tak dapat, dapat jugak berlatih.

Masuk minggu ni dah 2 minggu kami berlatih. Untuk karnival pada 18 Jun 2013. Walaupun hanya di court di dalam JKR Mekanikal tapi kami tetap gigih dengan bimbingan CC yang merupakan orang lama. Kemungkinan bulan 6 akan berlatih dia Centre Court, Paroi dengan bimbingan jurulatih, Mak Mah. Minggu depan pulak giat berlatih dengan perlawanan persahabatan. Selagi ada pasukan yang sudi, kami akan terus berlawan sehingga ke hari karnival.

Semoga pasukan kami menang tahun ni. Semoga dapat juga I menyertai pasukan JKR Negeri Sembilan untuk November 2013 yang akan datang ini. Setiap 2 tahun baru ada sukan ni haruslah join. Kalau dapat..

No comments:

Post a Comment