Kejutan, kejutan, kejutan... SURPRISE! I memang sukakan kejutan macam ni. Lagi-lagi yang boleh buat migrain dan sekutunya menyerang secara tiba-tiba. Ditambah-tambah masalah. Tak baik burukkan orang lain, lagi-lagi kawan sepejabat. Tapi... tapi... Tapi I takde tempat mengadu! Biasalah yang lemah memang selalu ditindas dan diperkecil. Yang mulut manis macam baru lepas hirup air gula akan diagungkan. Tapi ini dugaan kecil kot. Allah bagi nak bagi hambaNya yang kerdil ni sedar, mana boleh hidup senang dari mula sampai akhir. mesti kena lalu susah sikit-sikit.
Yang membuatkan I sakit hati sangat tu, kerja makin menimbun. Bukan kerja sendiri pulak tu! Kerja orang lain yang I buat. Kalau kerja sendiri berbaloi jugaklah.. Kalau diikutkan, I pernah story sini pasal bermulanya tugasan baru yang sangat buat I happy. Sebenarnya dah lama delay kerja baru I. Semuanya sebab mamat tu! Dia punya hal semua orang dapat susah. Kerja berpusing tapi dapat tempias memang I lah.
I dah mula carry sikit kerja baru. But still, buat kerja lama. Alasan tak masuk akal : Mamat tu belum siap lagi kerja-kerja dia. Kesian pulak dekat Adik yang nak kena sambung kerja dia nanti. Puiiiii!! Geramnye dengar alasan gitu. Hari-hari dia mengadap Internet. Kerja ke gitu???? Habiskanlah cepat jangan nak menyusahkan orang.
Paling menyedihkan dan membebankan otak sampai migrain dan sakit otak ialah Naziran Audit akan datang. Sepatutnya Khamis, 9 Mei 2013! Gila babas otak terkeluar I macam gini. Mana mampu nak selesaikan kerja yang banyak tertunggak dek mamat yang konon-konon mention gini dekat I, "Eh, Wanie, ko takyah la setelkan semua sebab aku nak belajar sikit-sikit. Kang aku tak reti pulak nak buat kalau ko dah buat semua," kan ke bongoknye tu... Alhamdulillah, Allah bantu hamba yang lemah ini. Audit akan datang minggu depan samada Isnin atau Selasa.
Paling gile kata-kata dia masa I minta dia buat kerja yang bakal diserahkan tu bersama-sama. Memang statement kerat leher orang, "Audit? Ala mana aku tau buat. nanti lepas audit lah aku masuk sana. Aku tak leh angkat barang berat lah," memang rasa oren kata-kata dari seorang lelaki yang sorry, I tak hormat langsung lepas ni.
Terima kasih sebab tunjuk contoh begitu dekat I. Terima kasih sebab berjaya mengenakan I untuk kali kedua (Pertama, hal kenaikan gaji memang I pernah bergaduh dengan dia). Terima kasih juga kerana berjaya membuatkan I mengeluarkan kata-kata kesat sebab dah geram sangat. Paling terima kasih, esok-esok kalau dia mintak tolong I berkaitan hal kerja tu, "Eh, aku banyak benda nak kena buat ni ko tolonglah baca sendiri je Pekeliling ye, terima kasih!"
I really meant what I've said. Lantak ko!
No comments:
Post a Comment