Malaysia masih banyak lokasi pelancongan yang menarik. Cuma kita je yang tak tau. I sangat menghormati mereka yang jadikan negara luar sebagai tempat tumpuan melancong. Semestinya negara yang banyak port untuk membeli belah dan negara 4 musim. Manakan tidak, Malaysia kan negara beriklim khatulistiwa. Panas katenye... Terus terang I katakan yang Malaysia pun banyak destinasi yang I sendiri tak pernah sampai. Jangan kata tempat pelancongan, negeri-negeri pun ada yang I belum sampai...
I bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia. Dapat pergi ke tempat yang indah belaka. Tak percaya?? Mungkin u rasa biasa saja tempat yang I pergi. Tapi pada I, berapa kali pergi sesuatu tempat tu pun ianya masih luar biasa. Cara kita membahagiakan diri, terpulanglah pada imdividu itu sendiri. Asalkan dengan crowd yang best, aktiviti yang sakan dan waktu bersesuaian. Semua boleh jadi. Jom jalan-jalan dalam Malaysia!
Pulau Perhentian : 2011
Pertama kali jejak. Pertama kali snorkeling. Namun dah beberapa kali bercuti dengan Wondergirls. Pengalaman baru. Lady driver yang gagah, Seremban-Kuala Terengganu-Seremban. Permulaan pergi dan sepanjang percutian banyak dugaan. Tapi bila dah balik, rasa rindu sampai sekarang!
Pulau Langkawi : 2003, 2005, 2013
Berkali-kali dah jejak. Merasa pergi dengan Wondergirls lain, merasa pergi dengan keluarga juga lain. Tempat menginap lain, tempat membeli belah pun dah berubah. Cepat betul Langkawi membangun. Akan pergi lagi, tapi belum tau bila masanya...
Melaka : Sejak 1993 hingga 2013
Whoa! Melaka sangat best sampai pergi tak jemu-jemu. Pernah merasa dengan rombongan sekolah, rombongan UiTM, kawan-kawan, SiDia dan family juga. Makanan laut, ikan bakar yang mantop!
Pulau Pinang : 2006, 2012
Masih dalam senarai untuk dijejaki lagi. Negeri yang sempoi habis. Makanan sedap-sedap. Mana nak cari Nasi Kapitan? Jom pi Penang! SiDia suka, I pun sama. Tak puas lagi berjalan. Harap lepas ni tak perlu pakai GPS.
Johor : 2008 - 2011, 2013
Kebetulan, belajar di Segamat. Sekitar Segamat dah habis ronda. Muar pun dah sampai. Cuma JB baru jejak kaki pada tahun ni. Oh yes, bandar memang macam KL, tapi ada laut. Tak puas lagi berjalan Danga Bay dan lain-lain. Masuk wishlist lah.
Colmar Tropicale, Pahang : 2005, 2012
2 kali dah jejak. Bestnye. Salah satu destinasi cinta yang menjadi kegemaran. Tak banyak aktiviti tapi environment memang tip top! Full of love. Tak kiralah pergi dengan family atau cinta hati.
Pulau Redang : 2012
Pertengahan bulan ini akan menjejakkan kaki lagi sekali ke pulau kegemaran ini. Kelmarin dengan Wondergirls. Kali ini crowd lain pulak. Cubaan menetap di chalet yang lain pula. Kelmarin resort mewah, kita cuba pula chalet yang berpatutan harganya.
Sabah : 2012
Pertama kali terjah negeri di bawah bayu. Makanan sedap, masyarakat semuanya ramah, lokasi yang sangat sangat menarik hanya penginapan bajet kecil. Takde persoalan apa-apa dengan penginapan hanya tempat tidur, solat dan mandi. Gambar semuanya cantik belaka masa tu di Sabah. Antara kenangan paling indah bersama Wondergirls.
Antara percutian dengan kawan-kawan yang pernah I tempuh sepanjang hidup. Dulu, jarang sekali Mama dan Ayah nak bawa kemana-mana bercuti. Mungkin kekangan masa dan duit semestinya. Tak mengapa, dah besar boleh saja gunakan duit sendiri untuk berjalan. Boleh bawa Mama Ayah juga nanti. Tunggu ye Ma, Ayah, ada rezeki Samani nanti kita berjalan lagi. Domestik pun boleh kan. Banyak tempat menarik yang kita belum pergi tau.
p.s. Tiada gambar, hanya berita, sebab gambar, banyak dalam Google :)
No comments:
Post a Comment