Macam melepuh nyawa, padahal ke interview aje. Bukan apa, dicongak-congak dah 8 ke 9 tahun I tak mengadap penemuduga. Memang menduga jiwa dan minda. Biasalah, mesti kena punye. Ingat boleh interview suka suki siku ke. Macam berborak kt kedai mamak. Kadang tu memang ada gitu tapi, mungkin dia nak tengok attitude kita.
I sampai sebelum pukul 8.00 am. Kena tunggu dulu la sebelum ditemuramah, eh ditemuduga! Kemudian ada la checklist yang kena diisi. Hampa, datang awal tapi dapat nombor 7 jugak. Takpelah mungkin tu nombor memberi rezeki kepada I. Paling tak best bila tengok ramai pulak calon yang hadir tadi. Lelaki ada la dalam 3,4 orang sahaja. Kecil aje Suruhanjaya Koperasi Malaysia ni rupanya. Ruang menunggu pun terhad.
Ok nasib baik jumpa Yati, kerani di Pejabat Agama. Ada jugak teman berborak. Kenal masa jadi pengawas peperiksaan PTD dalam 2 tahun lepas. Kali ni jumpa untuk temuduga bersama. Mengejutkan I sangat-sangat bila Yati kata, "Wanie, ni kali keempat Yati datang interview. Tak pernah dapat pun tau." sambil Yati bergelak ketawa dengan I. Alaaaaaa, musnah la harapan I camni. Tengok pulak yang datang semuanya hebat-hebat belaka. Mungkin CC dan mungkin kerani biasa macam I.
2 bilik temuduga yang ada pagi ni. Satu bilik ada seorang saja interviewer dan satu lagi ada 2 orang interviewer. Paling best, I dapat yang 2 interviewer. Terima kasih! Seorang pegawai lelaki, seorang pegawai wanita. Wow! Masuk aje terus darah gemuruh naik. Peluh jantan mula memercik seluruh badan. Tapi kawal, kawal dan kawal...
Antara soalan temuduga tadi :
- Ceritakan berkenaan diri (soalan wajib kot)
- Ceritakan apa kerja awak di Jabatan sekarang (haaa, ini paling lama. Tak yah provoke I, puan yang baik hati. I nangis nanti...)
- Apa tugas Penolong Pegawai Tadbir yang awak tau (nasib hafal, lega sikit nak jawab)
- Apa persediaan menghadiri temuduga ini (Amik, ni soalan menjerat ye. Hati-hati...)
- Ada apa-apa soalan atau benda nak tanya pada kami (time ni I tak bagi soalan tapi bagi harapan untuk berjaya dapat jawatan ini)
Itu je la soalan yang dapat. Akhir sekali, interviewer bagitau, "Awak memang berkelayakan, semua yang datang interview ini pun semuanya layak sebab tu di panggil temuduga. Cuma rezeki yang menentukan berjaya atau tidak," Alhamdulillah... sejuk hati mendengarnya.
Kalau dah rezeki tak kemana kan :) Positif!
No comments:
Post a Comment