Kahwin? Oh, macam tak percaya ye. Buang semua sedih, serap semua kebahagiaan. Semua step dah complete. Tarikh, pada permulaan dah ditetapkan tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, akan ditangguh, masih dalam tahun 2013. Tarikh awal sudah tidah digunapakai. Mengikut tarikh yang dirancang, dah sedap tapi terlalu awal. Kedua keluarga pun setuju dengan apa yang dah dibincang. Disember 2013 dalam perancangan cuma belum ada tarikh yang tetap.
Nak kena prepare apa untuk perkahwinan penutup keluarga SiDia ni ye? Ikut pada kesedapan I, semuanya mahu simple belaka. Rasa tidak adil pada SiDia, ok, I teman u jadi Raja Sehari ye sayang :) Disember pasti banyak kenduri kahwin, kena prepare awal la nampak gayanya.
Catering dan khemah
Selesai pihak lelaki, mereka akan uruskan ikut kehendak mereka sendiri. Cuma di pihak I, beberapa tetamu akan dijemput. Saudara dan rakan yang rapat sahaja. Kenduri kecil-kecilan. Keluarga kami pun perlu menyambut keluarga pihak lelaki. Budaya kita, orang Melayu, masih Ayah pegang. Harus, cari khemah dan makanan yang sedap. Mujur ada ramai orang terdekat yang buat bisnes ni. Bolehlah mula tanya-tanya.
Pelamin dan baju bersanding
Pihak lelaki akan ada pelaminnya untuk bersanding. Kawasan jajahan yang I cadang pada SiDia, cari butik pengantin area Seremban saja. Kalau jauh, susah nak pergi untuk fitting. Dan lain-lain urusan. Warna tema? No, kami cari baju dulu baru tentukan tema. Kanak-kanak sihat, haruslah begitu. Konsep baju ialah moden. Sorry, Baba kitorang tak mau SiDia bertanjak bak panglima Melayu lama.
Pelamin dan baju nikah
Mini pelamin hanya di pihak perempuan dan I memang nakkan warna putih yang suci. Sebabnya, menghormati keputusan SiDia nak baju nikah berwarna pastel. Adakah I akan nampak legam di dalam warna pastel? Warna belacan macam cantik juga ye :)
Fotografi
My favorite part in this wedding! I memang suka pose pose pose. Kena cari quotation dan bayar deposit secepat mungkin. Takut penuh tempahan. Ada beberapa nama yang I nampak bakal jadi penembak gambar kami. Radhi, Abg Rockstar dan Yop. Mana satu pilihan hati ek? Majlis nikah dan bersanding sangat memerlukan mereka ni. Untuk setiap moment yang bersejarah di hari yang sangat indah. Chewah!
Nampak gaya memang kena cari Pameran Pengantin. Dalam masa terdekat akan diadakan dekat Seremban 14 - 16 Jun dekat Terminal 2 la tak silap..
Nak pergi ni... |
Ni pun nak.. tapi macam dah dekat sangat dengan Disember |
Sayang... jom! |
No comments:
Post a Comment