Walaupun tak ramai yang nak menyertai percutian ini namun bilangan 10 dewasa dan 4 kanak-kanak dah cukup selesa bagi kami. Perjalanan untuk merealisasikan percutian ini memang lancar. Walaupun ada yang tarik diri saat akhir tapi kehadiran Kecik melengkapkan kami. Sampai ada yang cemburu.
6 of us... |
We really had good times during the holiday. Sangat seronok sampai tak rasa langsung masa tu berlalu. Tau tau dah nak balik ke tempat asal, meninggalkan pulau yang penuh dengan keindahan ciptaan Allah, yang penuh dengan keceriaan kami sepanjang berada di sana. Semua bagi kerjasama dengan baik. Membantu sesama sendiri. Lagi-lagi Nuin yang beranak kecil. Paling seronok bila kami pakai baju dan seluar warna warni dan Abang Rockstar ambilkan gambar-gambar indah, bukti kenangan yang takkan pernah dapat I lupakan. Pengalaman yang mengeratkan kami pula bila malam menjelma, kami berkumpul dalam bilik I dan Nuin, bilik anak dara, bagi sesi berbual kosong. Hal dunia, hal artis, macam-macam lagi. Ya Allah, kembalikanlah kebahagiaan kami ketika itu...
Gambar sexy kena legamkan bak kata Kak CT hihihi |
Redang Lagoon Chalet pula memang tempat yang berpatutan untuk disewa. Semuanya sederhana. Bagi mereka yang rasakan diri seorang cerewet dan mahukan kesempurnaan, tempat ini bukan untuk anda. Tempat ini untuk kami yang sangat mementingkan harga berpatutan dengan fasiliti yang bagus dan sesuai dengan harga. Makanannya sederhana, kenyang sangat dan buffet yang ringkas untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam termasuk BBQ. Mudah juga untuk ibu-ibu ambil air panas bagi membancuh susu. Kawasan makan luas dan agak bersih. Bilik tidur pula sekadar katil, penghawa dingin dan bilik air lengkap dengan pancuran air dan mangkuk tandas. Ampaian disediakan bagi mudah pengunjungnya menggantung baju basah dan penyapu di setiap bilik bagi mudah menyapu pasir. Setakat ni, dengan harga RM280, ianya sangat berpatutan.
Melihatkan gambar-gambar yang bagus semuanya, tidak dinafikan Pulau Redang ialah pulau yang cantik. Tiada review berkenaan dengan tempat snorkeling dan pemandangan. Semuanya indah. I pasti akan bersama suami pula kesana kelak :)
No comments:
Post a Comment