Nuffnang Ads

Thursday, May 30, 2013

Panggilan Pulau : Redang Hari 2

Bangun jam 7.30 am, tak sempat tengok sunrise! Hahaha Sedihnya. Mungkin perjalanan kami tu memakan masa semalaman dan masing-masing penat. Bangun tidur terus sarapan. Memang kami tak mandi hehehehe. Sebabnya lepas sarapan, jam 9.30 am kami memulakan perjalanan menaiki bot ke Marine Park. Sini best sikit, budak-budak boleh main pasir tepi pantai. Sementara mak pak budak snorkeling. Sempat I bawa Rafael berenang di tengah lautan. Dia tak menjerit langsung mungkin I bercakap-cakap tak berhenti dengan dia. Dia pandang aje I. Cuma bila terpandang Mummy, terus dia melalak nak pergi ke Mummy.

Marine Park
Balik chalet naik penambang ye
Nampak Mikayla ketakutan nak peluk Cikgu je ;D
Macam biasa, tengahari kami makan dan sambung snorkeling jam 2.30 pm. Kali ni ke Pulau Lima.

Ini room mate I - Nuin & Rafael
Cubaan Put menyelamatkan Rafael
Habis aje snorkeling, lepas kami minum petang, kami semua get ready untuk photoshoot sendiri-sendiri menggunakan khidmat Abang Rockstar. Semua kami pakai skinny lain-lain kaler dan baju colorful. Dan paling kelakar, ada pelancong nak bergambar dengan kami sebab dia suka tengok kami colorful. Hahahaha.



Kami semua colorful!

Sangat rindu moment ni.. Boleh pergi lagi tak kawan-kawan?
Malam kedua ni kami berBBQ. Bahan semua dah sedia cuma kami kena bakar sendiri je. Masa makan, Put dah serahkan hadiah shark pada si Adam. Bukan main senyum lebar Adam dengan shark dia. Macam biasa, kami meneruskan aktiviti bersembang, bergosip sampai lewat malam. Lepas bergosip, masing-masing balik bilik untuk mengemas beg. Rasa kejap je masa berlalu, mesti rindu nak bersama-sama lagi. Hurmmmmmmmm..

BBQ Dinner - Lapar!

Kami tukar-tukar hadiah ;)
Pictures courtesy of Abang Rockstar (pics below), Kak CT, Wawa

Abang Rockstar - Photographer kami ;) U ROCK, BRADER!!!

No comments:

Post a Comment