Nama tajuk post pun dah menggambarkan siapa diri I sebenar. Ye, memang I mok pun hahaha nasib dapat kawan sama tapi tak serupa. Semua jenis ada. Nipis, tebal, kurus, gemuk, tinggi, rendah. Ikutkan, pattern semua complete. Takde masalah kot nak berkongsi pendapat berkaitan pakaian ataupun pemakanan dan juga produk melangsingkan badan. Hahaha.
Kali ni kawan-kawan gila I yang tak betul telah meracuni pemikiran I dengan satu produk terlaris pada masa sekarang walaupun I bukan seorang yang minat Korea Pop Pop semua ni. Sorry, memang tak minat please jangan paksa.
Mula-mula kain kan color blocking kan kan kan. Kali ni skinny pants pulak. Terbaek! Semua port jual skinny mok dah dicuba. Dapat lah satu kedai di Kenanga Wholesale, yang jual skinny ni sampai size XXXL (dimana, size ini je yang I paling muat) yang bermacam variasi warna dan cuma berharga... RM29.00!! Wow! Ingat senang ke nak beli plus size murah-murah gini? Gila tau tak.
Terima kasih kawan-kawan! Daripada tak minat, terus order lagi pada Kecik kaler lain pulak. Memang size XXXL terhad, I terpaksa la takde pilihan. Ayat kawan-kawan, kalau keding kan senang! Itu tak bleh terima wakakaka. Buang je lah kurus tu jauh-jauh kalau baju mok pun dah senang cari sekarang. Kekeke. Yang penting I dah berjaya memanipulasikan wang ringgit dengan membeli barang keperluan, iaitu, PAKAIAN. Tak logik pulak sampai 4 helai kan. Ops!
Semuanya sebab plan dekat Redang nanti nak pakai colorful skinny sama-sama. Weee~ Tunggu gambar cantik-cantik kiteorang ek ;)
Kepada insan-insan gemuk di luar sana jangan mudah putus asa. Kita juga boleh melawa. Dengan syarat kena ada keinginan dan berani. Nak tau baju mok menarik diorang beli dekat mana sila roger. Hahahaha.
Tengok bontot auntie kening lukis |
Warna memang best! Size tarakkkk |
Dapat warna ni jadi lah... |
Kepada insan-insan gemuk di luar sana jangan mudah putus asa. Kita juga boleh melawa. Dengan syarat kena ada keinginan dan berani. Nak tau baju mok menarik diorang beli dekat mana sila roger. Hahahaha.
Tengok kaki besar nye gambar ni. Camne nak kuruskan??? Mama menyesallll tak beliiiiii.
No comments:
Post a Comment