Alhamdulillah! Selamat tiba di Kuala Terengganu tepat jam 5.00 am. Keadaan bas SP Bumi sangat selesa dan untuk perjalanan jauh macam kami ni, highly recommended. Sebabnya seat untuk bas ini di bahagian atas ialah 2 seater dan 1 seater. Ok cukup setakat ini cerita hal bas..
Sewaktu bersapau di
Hentian Bas MPKT, kami dah siap-siap makan sarapan. Perjalanan jauh lagi. Kena bersedia awal, ke tandas dan ke
Surau di
Aras 1. Berhati-hati ye ke
Surau di waktu
Subuh, kasut
Converse Kak CT hampir dirembat, mujur pintu renggang masa Kak CT tengah membedakkan mukanya. Selesai semuanya Abang Rockstar bagi cadangan untuk jalan kaki ke
Jeti Syahbandar. Memandangkan kawan-kawan lain masih dekat
homestay, yeah,
better kitorang jalan. Perjalanan ada la dalam 5 minit sahaja :) Sampai dekat jeti dah ada yang menunggu, tapi tak ramai. Tapi masa ketibaan yang lain-lain, orang dah mula penuh dekat jeti. Fuh! Macam pesta. Ingat kami-kami aje.
|
Jeti Syahbandar |
|
Pertama kali bersua pipi :) |
Tepat jam 8.00 am, I lah orang pertama ke kaunter Feri Sejahtera. Selepas dah serahkan senarai nama, Cik Farah serahkan tag untuk bag dan tiket feri pergi-balik. Selesai hal feri, pindah ke kaunter sebelah untuk bayaran tiket Marine Park. I jadi orang pertama jugak ye hehehe. Syukurlah dipermudahkan oleh Allah. Tepat jam 9.00 am semua boleh naik ke feri. Kami antara yang terakhir, mujur ada lagi tempat duduk dalam feri walaupun dekat depan sekali. Humpppphhh! Tak dapat tengok scenery. Tapi tak ngape, semua pun tido kot. Sampai ke Pulau Redang kitorang tidur. Sedap! Beralun-alun dengan air-cond yang kuat memang I lentok je.
Feri memang
on time. Sebabnya kami sampai di pulau tepat jam
10.30 am. Betul-betul feri berhenti beberapa puluh meter dari pantai dan
transit ke feri lain untuk sampai ke tepi pantai. Tak susah pun dengan keadaan kami yang 10 dewasa dan 4 kanak-kanak bawah 3 tahun. Semuanya baik-baik saja. Sampai di chalet I terus kumpulkan duit dan
check in bilik. Nombor bilik ialah
1, 2, 3, 6 dan 7. I dan Nuin duduk bersama di tengah-tengah. Menjadi bilik pilihan untuk melepak sementara jam
12.30 pm untuk makan tengahari. Selesai makan tengahari, terus kami bersiap untuk
snorkeling trip yang pertama! Jam
2.00 pm kami diberitahu untuk ambil
life jacket dan
snorkeling gear.
|
Standby...! |
Perjalanan menaiki bot ke
Pulau Paku untuk
snorkeling berjalan lancar. Walau terpaksa redah air bawak budak-budak kecik. Dah lama tak main laut! Balik dari
snorkeling, kami minum petang dan sempat jugak kami bermandi-manda depan chalet. Air cetek pun boleh nampak ikan berenang. Subhanallah! Macam-macam aksi dalam kamera. Seronok sangat bawak budak-budak main air. Lepas mandi manda, kami bersiap untuk makan malam pula. Paling best ialah, aktiviti selepas makan malam. Kami duduk bersama dekat bilik I dan berborak tergelak-gelak. Ini pertama kali I bercuti dengan
Geng HA. Macam-macam cerita keluar. Baru kami kenal hati budi masing-masing :)
|
Aunty dan Rafael |
|
Kami-kami yang happening! |
|
Syok berendam |
Lepas dah makan fries yang dibelikan oleh Abang Bas, Pian dan Abang Rockstar kami sambung jugak berborak sampai hampir 1.30 am. Puas!
Bersambung esok ye geng...
Pictures courtesy of Wawa, Abang Rock
No comments:
Post a Comment