Nuffnang Ads

Tuesday, September 9, 2014

Bad TUDUNG Day

Dah takde terma 'bad hair day' untuk I sekarang. Kena la tukar 'bad tudung day' sekarang sebab dah tak sesuai. Its okay, pakai tudung ke free hair ke tetap ade 'bad day' yang tersendiri. I masih ingat lagi, sewaktu bekerja di KL, I masih free hair. Setiap hari rambut disisir rapi dan kadang-kadang ditocang. Banyak je idea nak menggubah rambut sana sini. Tengok je dalam majalah terus rasa nak mencuba gaya terbaru. Dari pendek kepanjang, dari hitam ke berwarna. 

Ianya berubah apabila I dapat tawaran bekerja di Seremban. Automatically, terus change gaya rambut I. Setiap hari adalah 'bad hair day' kerana I berulang menaiki bas dan setiap pagi jam 5.30 am sudah keluar dari rumah untuk berkejar mendapatkan bas ekspress ke Seremban. Tak sempat sikat rambut pun cuma selak-selak pakai jari pun bolehhhhh. Hahahaha macam iklan syampu je tew! Dah selak elok-elok, dalam perjalanan of course la tertidur kan. Udahlah serabai balik, teruk benor rupanya orang baru bangun tidur terus ke pejabat. 

Hari ini, kesinambungan dari 'bad hair day', I mengisytiharkan bahawa hari ini ialah I punya 'BAD TUDUNG DAY' kerana tersalah memilih tudung! Rasa nak nanges pun ada ni. Dahlah terlambat, lepas tu tudung dah siap diseterika, dah tak mampu nak capai tudung lain. Kalau capai tudung lain kenalah gosok pulaknye. Betul-betul buat I stress la harini. Memang inilah punca I takkan keluar makan sarapan dengan geng-geng pada pagi ini. Alhamdulillah, lelaki syurga I pun dah masakkan nasi goreng hihihi tq yang!

Kenapa hari ini adalah hari 'bad tudung day' I? 

1. Ini tudung lama, zaman-zaman baru mula berjinak dengan shawl ni. Tak perasan yang ianya sangatlah pendek, tak tutup dada langsung. I feel awkward sebab rasa macam pergi berenang je. Tak selesa langsung...

2. Its in peach! Tudung ni ada double sided yang boleh dipakai warnanya. kebiasaan, I memang pakai warna hijau tu. Entah kenapa hari ini datang mood nak pakai lapisan warna peach pulak. Dah kenapeeeeee, kulit kelam dan kelabu ada hati, inilah jadinya!

3. Tudung pendek dan susah untuk di pin atau di jarum penitikan. Susah nak cucuk. Tapi I bedal je.

4. Kain jenis stretchable ni memang membuatkan muka I kembang dan tembam dan lebar serta luas permukaannya. Ini last la I pakai kot, lepas ni memang takkan I pakai lagi. Serik.

Tak kira! Tengahari nak balik tukar tudung. Kebiasaannya memang lunch time I balik untuk setelkan rumah dan makan dekat rumah je. Eeeeeeeeee! Memang I takmo takmo takmo pakai lagi tudung ni tau!

Huaaaaa huaaaaaa!~

No comments:

Post a Comment