Nuffnang Ads

Friday, September 26, 2014

Early Birds BBW Seremban

Yeay! Berjaya terjah di hari 1 pesta buku Big Bad Wolf yang sekarang ni sedang berlangsung di Pasaraya Rapid, Seremban. Bukan main banyak bukunya, rambang mata I. Pandang sana buku, pandang sini buku, tapi wallet meronta-ronta minta berjimat. Camne... Masuk-masuk je buku cook la self-help la, oh no no no. Not this section again. I dah ada beberapa buku self-help yang belum berusik lagi hahaha. Dasyat kan. Dah beli 2 tahun tuuuu masa BBW dekat Serdang. Ish dah-dah!

Nampak ni, sebondong! Oklah plastik, dulu satu bag pack, tak nyedor diri!
Tapi mata tersangkut jugak dekat Chicken Soup For The Soul. Maka, tangan pun TER'grab' la dua buah buku... Aiyoooo, yang lain for teens, yang untuk makcik-makcik ni adalah 2 jenis yang menarik. Hahaha. Tujuan I ialah nak cari buku Twilight semua episod. Eh, episod ke. Sekali ternampak buku Hobbit. Amboi, takkan semua collection I nak beli wey. Pusing ke belakang lepas check Chicken Soup For The Soul tadi, terpandang pulak Trilogy Hunger Games. Woi, ni semua nak membunuh I tau! Selepas I tarik nafas panjang sepanjang panjangnya, I terpaksa release buku-buku Hunger Games dan Lord Of The Rings. Dan Harry Potter jugak!
T_____T

Dukacita dimaklumkan, untuk hari yang mendung semendung hati I yang sedang bersedih ni mengenangkan duit yang banyak lagi komitmen ni. Tapi kan, leh caya ke I tak beli ni? Ok cut it short. Petang ni misi I ialah nak bawak anak-anak buah berempat tu ke BBW. Semua Mak Teh nak bawak supaya menanam minat suka membaca. Cewahhh! Mak Teh tak reti nak bawak korang pegi theme park tapi pesta buku memang laju je Mak Teh akan bawak ye anak-anak.

Berikut ialah hasil tangkapan yang terkena pada mata pancing I.

Haaa ambik la segala jadah vampire I nak habiskan ni nanti.
Buku ni semua dekat bahagian Young Adult, untuk makluman yang sedang mencari juga.
Makcik hanya mampu baca yang ini je la yang lain untuk teens punye relationship tak suai makcik nak jadi teens semula
Sila ke bahagian Self-Help untuk dapatkan buku-buku ini.
Buku terakhir yang I grab. Geram tengok pink nya bukan main sakit mata
RM3 sahaja, Sayang if u read this, just for u to know hehehehehe
Marilah beramai-ramai kita memeriahkan rumah kita dengan puluhan buku yang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. I dah survey ke bahagian Children tadi. Tak sabar nak bawak Ain, Alya, Ayish dan Afan pergi sana. Tunggu Mak Teh balik petang ni tau.

Bukan main wolf baca buku tepi Rumah Minangkabau


No comments:

Post a Comment