Nuffnang Ads

Wednesday, September 24, 2014

Penggemar Kasut

Walaupun berkaki 'agam' bak kata Jumie Samsudin yang masih terngiang-ngiang di mata I sampai sekarang, kasut tetap menjadi salah satu subjek yang selalu mencuri pandangan I, tak kira dalam blog atau dalam Instagram atau di mana-mana online seller. I memang banyak kasut! Orang yang kenal I akan faham, I pakai kasut sampai lunyai barulah pergi shopping kasut dan sampai ke 3,4 pasang terus. Kasut Crocs I yang dah bertahun-tahun tu pun I masih pakai dan masih bawak ke laut dan masih bawak kemana yang I suka, walaupun ke kedai anney depan rumah. Sampai macam tu lah...

Kesinambungan dari kes I mencari kasut kahwin di PayLess, mata I masih lagi melilau cari kasut-kasut bersaiz 40 dan 41 yang I boleh muat sebab kaki I sangat 'agam'. Lately kan, mata I selalu stuck pada satu seller dalam Instagram ni. Yang selalu ada Nana Brian tu. Namanya Distro KL. Try cari dekat Instagram, Tak pun, ini link FB diorang, click pada gambar eh :

Inilah dia... familiar kan??
Ada custom made shoes ok! Tapi setakat ni yang I nampak hanyalah sampai size 40. Itu paras-paras hidung je. Entah boleh celuih ke tak pun I tak tau. Yang menariknya itulah, dia ada bagi option warna dan size. Haih, kalau I ni berkaki halus mulus nipis memang dah lama I tempah sini kot. Good news lagi satu, diorang buat wedding shoes! Korang, yang ketandusan idea mana nak cari kasut kahwin bolehlah visit mereka ni. 

Kenapa I dah macam promoter ni????? Takde dapat apa pun, cuma I nak berkongsi keterujaan betapa I sukanya kasut-kasut dekat sini. Eh, pegilah tengok-tengok mana tau ada berkenan. I pun dalam pemerhatian ni, ada yang terjah Bangi Gateway esok-esok. Tak tau nak cakap lah kadang-kadang tu benda tak dirancang kan... Hahahaha ampun!

2 comments:

  1. kita pun ada belambak gak kasut yang belum pakai lagi.. tapi tetap nak pi beli gak kan.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nafsu... nafsu... hahaha mcm mana nak stop tahlah :D

      Delete