Nuffnang Ads

Thursday, September 18, 2014

Perhentian 2014 : Hari 2 Yang Chill

Sequel lagi, dari Perhentian 2014 : Hari 1 Yang Penat memang memenatkan. Faktor usia dan faktor kesihatan diri. Dedua tidur macam hape je dah, nasib sempat charge bateri kamera dan telefon.

14/9/2014, Hari Ahad

6.00 am - celik je mata terus tengok jam, terkejut sebab dah pagi. Sesungguhnya kami memang tak makan malam tadi. Rekod la pergi bercuti tapi tidur 12 jam! Nasib baik perut kental. Kejap lagi belasah la breakfast ye. 

7.30 am - dah keluar berjalan tepi pantai sementara tunggu breakfast pada jam 8.00 am. Dengan mata bengkak sebab overslept, bestnye berjalan dapat cium bau air laut. Pagi tu memang kena isi perut sebab malam tak makan.

9.00 am - selesai breakfast terus bersiap untuk aktiviti trekking di Long Beach yang ada windmill tu. Bersiaplah pakai baju basah sebabnya dekat bawah jeti tu pun boleh snorkeling jugak. Perjalanan dari chalet ke Long Beach dekat je, perjalanan dari bawah ke atas memakan masa dalam 20 minit jugak tu. Tapi bila dah sampai di atas, Subhanallah! Memang cantiklah ciptaan Allah... Tak dapat lawan la pantai buatan manusia. Seluasnya mata memandang dan cuaca baik, tak hujan cuma mendung. Ok la kan, tak panas sangat.

Kami ke sini!
Sayangku :)
11.30 am - I dan Sayang menjadi orang pertama sampai ke bawah. I sempat berborak sekejap dengan akak dari rombongan yang sama pakej dengan kami. Sayang sempat snorkeling bawah jeti dan dapat capture gambar-gambar yang indah. Memang cantik!
Akuarium dari pandangan mata Sayang. Cantik!
12.30 pm - sampai di chalet semula I tak terus ke bilik, terus ke kafe untuk lunch. Lepas dah kenyang baru balik bilik untuk bersiap untuk snorkeling sesi petang pula. 

2.30 pm - kami semua bertolak ke Marine Park untuk snorkeling dan inilah tempat bersejarah untuk I. Tak disangka, bekas waterproof yang I beli dengan harga RM18 tu telah bocor dan merendamkan telefon kesayangan I. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Nangis tak berlagu jawabnya. Terus buntu otak I sekejap.. Selepas sejam, kami ke tempat terakhir untuk snorkeling. Sesudah habis semua aktiviti snorkeling, kami dibawa pula ke Lata Air Berani yang ada air bukit yang sejuk dan best. Sebelum balik ke chalet sempat la kami merakamkan gambar-gambar indah...
This is Marine Park! 
Disinilah kejadian tersebut, telepon ku direndam bagaikan sup! Huaaaa!
Tengok Rafael suka lettew siap buat peace
Destinasi terakhir kami pada hari ini
6.00 pm - Esok kan dah nak balik, I dan Sayang ambil kesempatan ni untuk berjalan ke sebelah Coral View Island Resort dan Perhentian Island Resort untuk bergambar. Konon-konon nak berjalan sampai makan malam disediakan tapi hari dah nak hujan, terpaksa juga balik bilik dulu sementara tunggu dinner.
Bukan main legam masing-masing
8.00 pm - hujan lebat! Kami meredah hujan untuk ke kafe. Selepas makan kenyang-kenyang, kami balik ke bilik untuk berkemas barang. Berdua, so, barang pun tak berapa banyak tapi bergaduh-gaduh jugak hahahaha! Jam 10.00 pm kami ke kafe balik untuk minum-minum air panas dan makan roti. Lepas tu baru balik tidur.
Bekas biru itulah puncanya :(
Belanja lagi satu gambar dari suamiku :)

No comments:

Post a Comment