Nuffnang Ads

Thursday, September 18, 2014

Perhentian 2014 : Hari 3 Yang Sedih

Bersambung dari Perhentian 2014 : Hari 2 Yang Chill, hari ketiga ni memang sedih gila... Sedih sebabnya hari ni dah nak keluar dari pulau. Sedih jugak sebabnya handphone jammed terus. Sedih lagi sebab lepas ni bangun pagi nampak jalan raya dah tak nampak laut. Huaaaaaaa!

15/9/2014, Hari Isnin

6.30 am - hari ni terbangun lewat sikit sebab semalam tidur lewat hasil dari minum Nescafe yang tak sepatutnya itu. Sayu je hati tengok beg dah berkemas, berat rasa hati nak tinggalkan pulau...

8.00 am - kami makan sarapan yang terakhir di pulau dan meneruskan aktiviti sendiri merakam detik-detik indah. Sebenarnya banyak lagi perkara yang tak dibuat di pulau sepanjang 3 hari ni. Memang tak sempat. Bila dapat tengok crystal clear water dekat depan Perhentian Island Resort rasa geram dah nak tukar baju tapi apakan daya.....
Sumpah best dekat sini
10.40 am - kami diberitahu oleh Mia yang bot akan bertolak jam 11.00 am walaupun perancangan awal adalah pada jam 12.00 tengahari. Terpaksa la kami bergegas menyiapkan itu ini. Berdua takpe, Nuin sekeluarga lewat setengah jam hahahaha. Tu la dik, sape suruh bagitau last minute

11.00 am - I menjelaskan separuh lagi bayaran kepada pihak chalet sebelum berlalu pulang menaiki bot yang tersedia di persisiran pantai. Sementara menunggu Nuin untuk bersiap, sempat I berbual dengan Mia berkenaan dengan pakej untuk lesen dive. In shaa Allah, ada kesempatan I akan buat satu hari nanti, dan mungkin, di sini. Hehehehe.

1.00 pm - Kami tiba di Jeti Kuala Besut dan syukur Nuin nak tumpangkan kami sampai ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan memang mengantuk sangat dah mata ni. Berdoa supaya sampai cepat di Hentian Bas Kuala Terengganu. Seronok dapat singgah makan keropok, udang, sotong celup tepung semuanya di sebuah kedai betul-betul tepi airport. Arghhhhh! Best! Seronok jugak I dan Sayang mengambil nombor di Keropok Lekor BTB 2209. 40 orang jugaklah menunggu hahahaha. Dapat beli untuk sekeluarga cukuplah, bukannak memborong pun. Jangan buat hal, dahlah menumpang orang lepas tu naik bas pulak tu. Hehe.
Gambor tiket je, kalau gambor kopok kang takut ade yang terliur. Kopoknya hitam kemain!
4.40 pm - Kami tiba di Hentian Bas Kuala Terengganu dan terus meletakkan beg di Tempat Simpan Beg dengan kadar bayaran RM4 sahaja. Gigih kaki berjalan ke Pasar Payang dengan tujuan nak cari kain tenun ela. Yang dicari tak jumpa, yang tak dicari berlambak depan mata. I dan Sayang nekad beli sehelai seorang seluar pelikat dan seluar batik untuk mudahkan kami di dalam bas nanti. Selepas ke Pasar Payang, kami berjalan ke Jeti Syahbandar, tengah renovate ke tengah tambak ke I pun tak tau. 
Macam mahal-mahal je... Ke sebab I tak reti kecek Ganung? huaaaaaaa~
Orang balik keje, memang lah jam ye dak
7.00 pm - dah penat berjalan, tunggu matahari turun lagi, baru semangat nak berjalan ke Hentian Bas semula. Sempat I makan siap-siap sebelum tukar baju dan basuh muka untuk bersiap naik bas. Macam biasa, ada drama sikit sebab masing-masing dah penat kan. Ekekekeke! 
Inilah yang kami pakai untuk naik bas.. Sedap, sejuk, selesa gilos
8.30 pm - dengan cuaca yang hujan, kami setia menunggu bas Transnasional. Sepatutnya bas dijadualkan bergerak jam 9.30 pm tapi bayang pun tak nampak...

Kami jadi weng sikit sebab bas lambat tiba
10.40 pm - berjaya naik bas Transnasional dan bergerak pulang ke Seremban.

16/9/2014, Hari Malaysia

6.30 am - tiba di Hentian Putra untuk transit ke bas lain yang akan membawa kami ke Seremban

7.30 am - tiba di Terminal One, Seremban dan terus ke hentian teksi. Berjaya juga sampai ke Paroi Jaya dengan bayaran teksi RM10.

Alhamdulillah! Selesai sudah perjalanan kali ini. Harap sangat dapat berjalan ke pulau lagi di masa akan datang. Kali ni dengan handphone lain tapi takkan bawa ke laut sebab dah ade SJ4000 cukuplah hahahaha. *buat-buat gelak walaupun hati menangis*

Belanja lagi satu gambar hasil dari SJ4000. Takde editing cuma letak watermark aje... Puas hati sangat. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment