Nuffnang Ads

Tuesday, September 23, 2014

Kalaulah Boleh Request Hadiah Birthday

...memang dah lama ahkak request dik! Bukan satu atau dua benda tah-tah berderet list tu. I memang suka nak buat entri-entri kategori wishlist ni sebab angan-angan tu tinggi dan I memang kuat berangan itu ini, nak dapatnya belum tentu lagi. Malu je kan hahaha. Meh la sini, nak share WISHLIST untuk my coming birthday...

1. iPHONE 6 - Allah... inilah yang paling hendak. Saje mention iPhone 6 untuk propa je walhal tau dekat Malaysia belum terkeluar lagi. Tak kisah la lambat sikit pun asalkan dapat iPhone 6 jugak. Hahahaha, sangat tinggi angan-angan kan. Dekat nak 4k woi, siapa nak bagi T_____T

Nak! Nak!
2. PADI Open Water Diver License - I always wanted to be a certified Open Water Diver. Tak kisah, blanje lah I untuk register mana pun, I ikut je asalkan diberi hadiah untuk I menyertai course, dan mendapatkan license dari PADI. In shaa Allah, kalau tak diberi hadiah pun I akan dapatkan sendiri...

Tak pernah tengok pun macam mana rupanya tapi Google jumpa ni haha
3. GoPro - A MUST HAVE GADGET NOWADAYS! Sangat-sangat perlu ye memandangkan I ni kan lasak. Cewahhhh! Tengoklah manusia nama Waniesamani ni tak pernah puas walaupun dah ada SJ4000 hahahaha. Ya Allah...
Mengidam sungguh dengan benda alah ni
4. Dive computer - benda ni yang jam selalu kita nampak diver-diver pakai. Nak tau lebih lanjut boleh Google sendiri lah ye kalau tersalah explain nanti orang kata memandai tapi salah hihihi. Bukan apa, I wish sangat nak benda ni sebagai persiapan nak jadi diver wakaka KONONNYE!

Ini brand ScubaPro. Yang lain tak taulah kan..
5. Wetsuit (including boots) - tak kira lah brand apa. So far, yang I kenal SharkSkin je tu pun sebab artis pakai hahaha. Kalau boleh nak hadiahkan I wetsuit ni sekali la dengan boots dia ye. Tak lengkap rasanya kalau suit sahaja. Hihi demand pulak haih.

Eh jap, memang ada size I ke suit macam ni?
6. Original Photoshop Software, Anti-Virus, Firewall - since I dah ada PC baru ni, masih kosong je dalam tu. Belum ada anti-virus dan lain-lain. Togel je lagi. Since, I suka edit mengedit dan beberapa perkara DIY yang lain, hadiahkan I software Photoshop pun dah bersyukur seribu rahmat...

Perghh, lama gilak tak buat kerja edit-edit ni. Takut esok-esok bertukar header je selalu
7. Jazzercise Lifetime Membership - yang ini nak sangat! Nak lifetime terus tak payah fikir panjang bolehlah berJazzercise sepanjang hidup. Best wo. Siapa tak pernah join baik cuba. 
Dah lama tak Jazzercise le..
8. Mengerjakan Haji - hadiah yang paling akan memberi makna pada I sekiranya dapat hadiah mengerjakan Haji, lagi-lagi dalam usia yang belum emas. Memang kalau ikut, belum lagi mampu. Kalau ada lah sesiapa yang dapat memampukan I, alangkah bahagianyaaaaaaaa.. In shaa Allah.

One day, in shaa Allah.. doakan I ye

Over tak permintaan hadiah birthday I tu? Takdelah sangat kan, rasanya ada lagi orang yang lebih extreme, I minta semua biasa-biasa aje. Kekekekeke. Alahai, nama pun berangan. Tapi orang kata kalau sebut selalu akan jadi kenyataan. Permudahkanlah... Aminnnnn!

No comments:

Post a Comment