Nuffnang Ads

Thursday, September 18, 2014

Perhentian 2014 : The Beginning

Sekadar ringkasan aktiviti.. I bet, memang jenuh nak baca dari day 1 sampai day 3 muahahaha. 

12/9/2014, Hari Jumaat

6.00 pm - Bertolak dari rumah. Thanx Mama mertua I yang baik hati sangat muah-muah menghantar kami ke Stesen Komuter Seremban

6.26 pm - Menaiki tren gerabak pendek KTM Komuter yang takde air-cond. Menangis ketiak, dahi dan celahan lipatan badan yang sewaktu dengannya

8.00 pm - tiba di Stesen Putra dan terus berjalan kaki ke Hentian Putra. Sampai je dekat Hentian Putra terus I dan Sayang dinner dulu. Mahal! Tapi terpaksa, kalau nak murah sila tapau dari rumah. Ayah pun datang untuk bagi bekalan Carrot Cake dengan air Milo. Love u, Ayah!

9.00 pm - bersiap ke tandas sebagai membuang bekalan pundi kencing dan bas masih belum ada. Sayang terus ke kaunter dan mereka telah memberi nombor pendaftaran bas iaitu DCM 7000.

9.40 pm - I dan Sayang menaiki bas dengan diiringi lambaian dari Ayah. Selepas semua dah berada di tempat duduk masing-masing, bas pun berlalu meninggalkan Hentian Putra

13/9/2014, Hari Sabtu

7.00 am - Perjalanan yang panjang iaitu selama 9 jam menempuh Gua Musang, Tanah Merah dan seterusnya ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dengan cuaca yang baik. Kami turun disini dalam keadaan hari masih subuh. Ramai dah menanti dekat jeti untuk menaiki bot ke chalet masing-masing. Sementara menunggu wakil dari chalet untuk menghubungi kami, T-Cafe menjadi port makan pagi.

I rindukan handphone tuuuuuu!
Amboi gagahnya ahkak hahahaha

2 comments:

  1. Hi assalammualaikum dear :)
    Boleh i taw dr tanah merah ke jeti kuala besut tu camne ye?
    Boleh email dkt i? :D

    noraisyah.abd@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hi assalammualaikum dear :)
    Boleh i taw dr tanah merah ke jeti kuala besut tu camne ye?
    Boleh email dkt i? :D

    noraisyah.abd@gmail.com

    ReplyDelete