Nuffnang Ads

Friday, September 5, 2014

Riadah Petang Di Seremban 2 City Park

Bukan main skema tajuk diatas. Skema tak skema pun masa beriadah tak sedar diri jugak mengalahkan anak-anak buah. Bukan nak kata apa, dalam pada Alia, Maira dan Yuna yang berkobar-kobar, terselit jugak perasaan excited pada Pak Teh dan Mak Teh mereka. Sebenarnya dari hari Ahad petang (31/08/2014) diorang dah beriya nak main layang-layang. Maklumlah, layang-layang princess semuanya... Atas sebab-sebab teknikal, Pak Teh dan Mak Teh tak mampu nak puaskan mereka di hari Ahad. Maka, drag ke pagi Isnin, kan cuti gantian. Matahari pagi sekarang cepat panas anak-anak oiiiiiii! Final decision, ok, petang Isnin kita semua ke City Park Seremban 2. Lambat tinggal hahaha ugut pulak...

Alia & Maira tengah giat berusaha
Posing ape tu Ya?
Maafkan Pak Teh dan Mak Teh ye sayang.. Angin takdak la pulak petang tu. Berpeluh jugak Pak Teh nak naikkan layang-layang Maira, Mak Teh yang duduk saja ni pun berpeluh jugak. Bukan apa, ada budak tu dia 'deli' sebab dekat seluarnya banyak 'duli-duli', digaru-garu pulak kaki tu. Yuna memang tak tahan benda-benda yang menggelikan, tu yang Mak Teh kena cabutkan semua kemuncup luar dalam. Hehehe kelakor pun ada jugak....
Sian Yuna
Dek tak tahan tengok layang-layang tu tak naik, apa lagi, dengan pantas la Pak Teh belikan bubbles yang tembak pakai pistol dan bateri tu. RM10 jugak dapat la 2 botol bubbles. Haaaa, mainlah puas-puas.. Alia dan Maira tak putus asa. Pak Teh dah surrender pun diorang masih lagi berlari sekeliling park tu untuk naikkan layang-layang. Syabas, usaha tangga kejayaan. Daripada layang-layang kelawar tu nun jauh di angkasa sampai budak tu dah turunkan layang-layang dia tetap kitorang punya tak naik-naik hahahaha. Peace yo!

Sukanya Yuna!
Yang dekat belakang tu Alia belum putus asa dengan layang-layang beliau 
Yang ni Mak Teh dengan Pak Teh yang over. Sekian. 
Tak semenggah Mak Teh nye
Hampir-hampir balik, Pak Teh yang over nak tengok ikan pulak. Di beli makanan ikan sepeket RM2, terus 5 peket dibeli, untuk bagi ikan makan pulak. Memang patut ikan dalam kolam tu gemok-gemok, makan eh sodap. Sebelah sini orang bagi roti, sebalah kitorang bagi palette ikan. Kemain suka lah tu anak-anak Mak Teh dapat tengok ikan ye. Nasib la bateri ni nyawa-nyawa ikan jugak, kalau tak sampai gambor ikan pun Mak Teh snap..

Yang ni Pak Teh sebenarnya yang suka, tengok ikan!
Its getting dark, we have to hurry as we had family dinner at 8.00 pm. But sorry dear, Pak Teh and Mak Teh couldn't make it. Pak Teh is going for work at 9.00 pm. Let's continue at Pak Teh's house on Tuesday. This should be fun :)
P.S. We missed Kak Ain, Abang Ayish, Abang Afan, Ayyan and the boys, Adam, Ali Umar and Izz. Tapi ek, kalau semuanya ada, adakah Pak Teh dan Mak Teh akan pengsan???? Hahahaha. MAYBE!

No comments:

Post a Comment