Nuffnang Ads

Friday, September 12, 2014

Gateway : Hati Dah Tak Ada

Hati dah tak ada dekat opis! Hati dekat tepi laut, mendengar deruan ombak di persisiran pantai yang jernih airnya. Memang hati dah tak ada dekat opis, mana nak audit, mana nak 5S, semua I dah persetankan sekarang. Kerja, sampai kiamat takkan habis. Terpaksa kata macam ni untuk sedapkan hati sendiri. 

Kurang dari 7 ke 8 jam, I takkan berada di sini lagi. Seremban dah tertinggal. Ke Ganu lah kite! Maka dengan itu, satu pengisytiharan hendak dibuat sebentar lagi. Sempena dengan itu, checklist di bawah hendaklah disempurnakan secepat mungkin agar tak terlepas pandang :

  • To-do-list untuk Mama tolong tengokkan kucing - CHECKED
  • Kemas rumah - CHECKED
  • Barang dan perkakas yang diperlukan - CHECKED
  • Tiket bas - CHECKED
  • Resit deposit kepada Chalet - CHECKED
Dengan itu I mengisytiharkan, belog waniesekuntum.blogspot.com akan bersawang dan sunyi sepi buat 3 ke 4 hari kerana author kepada belog ini akan pergi bercuti menambah legam di kulit. Segala komen dan feedback hanya akan dilayan pada hari Selasa, 16/9/14 bersamaan dengan Hari Malaysia. Segala kesulitan amatlah mengecewakan I dengan 10 jari disusun tanda meminta maaf kepada yang merasa terganggu dengan percutian ini.

Isytihar segala komen dan feedback tu ngalahkan seller-seller online pulak eh. Ku sedari diri yang tak famous langsung ni. Hahahahaha! Dahlah malas nak menaip lagi. Tunggu saja nanti gambar-gambar pakai bikini yang ditangkap khas dari dalam air :D ohhhhhhhhh, tazabarnye!

Bye!


No comments:

Post a Comment