Genap 16 April 2013, I mula dengan tugasan baru di pejabat. Kak Lini dan Kak Leen berpindah. Segala cuti kakitangan bahagian dijaga oleh I dan segala urusan perkhidmatan kakitangan JKR Daerah Kuala Pilah dan Port Dickson akan diserahkan kepada I. Begitu juga dengan Mesyuarat Pasca. Telah diserahkan bulat-bulat kepada I pagi tadi. Merasa tugas baru setelah 2 tahun diselubungi stor dan auditor dan habuk stor. Inilah yang I nantikan selama ini.
Seronok, teruja, kelam kabut. Itu perkataan untuk hari ini. I masih lagi memegang stor kerana staff yang berkenaan iaitu Si Tembam masih MC. Ija masih memegang servis daerah kerana tak dapat diserahkan lagi urusan perkhidmatan ibu pejabat kepadanya oleh Si Tembam. Maknanya sekarang, segalanya termaktub kepada Si Tembam yang masih bercuti sakit. Mujurlah kami 3 serangkai berpusing tugasan sesama sendiri.
Apakah tandanya jikalau status I di SPA ialah "MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA". Adakah I akan ditemuduga dalam jangkamasa terdekat? Bagaimana dengan status peperiksaan yang lepas? Semuanya bermain di fikiran. Lekaslah, agar dapat terbela kedua Mama Ayah. I cuma nak pastikan Ayah berhenti kerja dan tinggal di Seremban dengan Mama. Ayah dah cukup tua untuk bekerja lagi.
Semoga Allah makbulkan doa I yang sangat besar ini... Ameen.
No comments:
Post a Comment