Nuffnang Ads

Tuesday, September 30, 2014

How To Talk To A Widower

Seminggu habis! Hahaha rekod ni, dek nak mengejar nak baca buku baru beli dekat BBW Seremban, semangat berkobar-kobar terus habiskan seminggu je. Dasyat... Penangan dek telefon rosak.

Kehidupan seorang DUDA, yang kematian isteri, dengan keluarga yang banyak jugak peelnya dan persekitaran yang sangat-sangat unexpected. And the widower name is Doug. He's so full with love and lust. Memang heartfelt gila la novel ni bila Doug, grieving for his wife's death in airplane crash. 

Hailey left her son, Russ, that supposed to stay with his father, which is said to be as her ex-husband, Jim, but Russ always come to Doug whenever he is in trouble. Briefly, the relationship thing is like this :

Hailey - died in accident
Doug - Hailey's husband, Russ's stepfather
Russ - Hailey's only son
Jim @ Jimbo - Russ' father, Hailey's ex-husband
Angie - Hailey and Jim's former maid and now Jim's wife

It became complicated as Doug's family came into the picture. When Claire, Doug's twin sister left her husband and stay with Doug, it opened up wide Doug's eyes to get the hell out from his mourn. And their sister, Debbie, is going to marry Mike, Doug's ex-bestfriend. Their father, Dr. Stanley Parker, had stroke and Doug's mother had to pay Rudy to be Dr.Stan's assistant as she cannot managed him alone. Phew!

My tears burst as Doug keep remembering her late wife. Meanwhile, there also Laney and Brooke that came into Doug's life and a few misunderstandings happened. Overall, this novel is sad and dirty, too! Jonathan Tropper is a good writer. The beautiful of this story is its language that he uses to express his hurts of losing his wife. But, there is a man with a gun and why he shot his gun towards the other man? Read them! I've finished in a week because I was so nervous to know what's the end of all the dramas.

Picture from Google

Bahasa Kita, Maruah Kita

Letih baca status orang yang macam dikatakan di atas. Maksud I ialah, keperibadian seseorang tu dinilai dengan bahasa-bahasa harian yang sering dia gunakan. Media terhampir dengan kita zaman sekarang ialah FB. Dulu lainlah, semua pakai surat dan telegram. Lagipun, zaman dulu jarang la kawin PJJ atau ada kawan duduk jauh sangat. Sekarang dah lain, across the country katanya. Boleh get connected tak kira dari utara ke selatan ke timur ke Borneo semua.

I terpanggil nak menulis dengan kekasaran bahasa seseorang yang I selalu ternampak. Nak sejukkan hati sampai terfikir camni,

Ok, mungkin kawan-kawan dia lain pun sama bahasa camni
Ok, mungkin family members dia tak kisah
Ok, mungkin dia rasa dia hot stuff, cakap apa pun takde hal la beb
Ok, mungkin dia rasa biasa-biasa cuma I je mengelabah
Ok, mungkin Facebook adalah tempat dia lepas geram
Ok, mungkin dia belajar terlalu tinggi sampai lupa adab biadap *oopss!*
Ok, mungkin memang sikap dia kurang hajar
Ok, mungkin dia tak tau apa itu kelembutan
Ok, mungkin la mungkin-mungkin lepas ni buang masa I je nak fikir
Ok, mungkin I patut lantakkan je lah

Cantik ke tidak ke bahasa yang u all gunakan, semuanya terpulang kepada u all, tapi, jangan lupa jugak yang maruah kita pun kadang-kadang orang interpret melalui status kita tu. Nak melawak ke, nak menganjing ke, nak dapat banyak like dan komen ke, terpulang. Status sebelumnya, Islam adalah agama yang mencerminkan kemuliaan umatnya. 2 jam kemudian upload gambar via Instagram, merepek meraban tahap ape entah, mengadu domba lepas tu reply komen semua macam bagus sangat. Kadang tu sampai memalukan orang terhampir. Tak payah lah extreme sangat sampai macam tu. I tau, u ramai kawan, ramai back up bila down, ramai penasihat, ramai orang sayang *KONONNYE* dan ramai yang suka puji u. Jangan sampai yang ramai tu makin berkurang, jangan yang sayang tu makin membenci, jangan yang puji akan mengeji kelak. 

Yang penting, I dah hide orang yang berkenaan. Tak koser nambahkan dosa. Baik ignore dari baca pastu mulut I ngomel pastu pencatat dosa kena buat kerja lebih. Nak tambah lagi satu mungkin, mungkinkah dia menghidap thyroid yang menyebabkan semua benda dia nak expose dan excited satu macam sambil keluar bahasa bukan-bukan yang jelak I nak baca. Miss and mr I-am-so-called -a-hot-stuff-among-my-friend-so-I-can-post-and-say-whatever-I-want.... Get a life! Buat cool sikit jangan mengelabah all the time boleh?

Sazzi's Pantry : Kek Batik Menjilat Pinggan


Kek Batik? Kek Bodoh? Kek Biskut Marie?

Macam-macam la gelaran orang pada kek ni. Yang pasti, buat dulu, tengok jadi ke tak jadi macam yang digembar-gemburkan hahaha. Bukan saja menakutkan, tapi memang ye, ada orang buat Kek Batik ni tak menjadi. Contoh terdekat ialah.... I! Nampak senang, campak-campak dan masukkan biskut. Tapi, tahukah anda? Kalau main lebur tak estimate waktu mengacau akan menyebabkan biskut tersebut seperti dicelup air Milo ahahahahahaha.
Ok,jom!
Bahan-bahan :
1 bar butter 250 mg
3/4 tin susu pekat
1 paket Milo yang paling kecil
Biskut Marie - pernah baca, kalau yang cokelat tu tak shedap shangat
Cara-cara :
1. Lemaukan dulu Biskut Marie dan patah-patahkan kepada 4
2. Cairkan butter di atas api. I gunakan periuk kerana senangnya I kearah itu. Guna kuali pun boleh...
3. Masukkan susu pekat
4. Masukkan Milo
5. Kacau sehingga pekat, atau secukup likat, atau sesedap tangan menghayun sudip
6. Masukkan biskut ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga rata a.k.a semuanya hitam
7. Kacau sekejap je tau tapi dengan pantas
8. Sediakan loyang, kalau boleh salut la dengan aluminium foil atau plastic biasa kalau nak senang keluarkan sebab adunan ni melekit
9. Tuang ke dalam loyang, tekan-tekan bagi mampat dan sama rata
10. Sejukkan dan sedia dimakan

I suka kalau biskut tu lemau.. Arghhh, balik ni nak makan!
Sedap tau! Sampai Koko The Cat pun suka, satu slice untuk dia je repeat-repeat makan dari petang sampai malam. Mungkin I buat pekat sangat dan dia susah nak mengunyah, selit celah gigi. Shiannnn!
Selamat mencuba!

Siap dipotong, senang dimakan untuk kawan-kawan opis Sayang :)

Syoknya BBW Seremban

Memang lah syok, tiap kali I pergi tiap kali itulah I sambar buku. Kalau BBW ade 7 hari dan i pergi setiap hari, mau tak I kena buat jerit dengan suami sendiri. Obses gila! Lagi-lagi bila dah telefon I pun rosak, memang I membaca aje lah kojenya. Currently, I'm still reading How To Talk To A Widower which I bought at the BBW last 2 years in Serdang. Eh, nak ceghita sikit pasal I ke BBW Seremban bawak anak-anak buah ni. Havoc
1hb dah last day :(
Sampai je rumah MIL dekat Paroi Jaya haaaaa menderu-deru 4 orang ashkar meluru keluar macamlah Pak Teh dengan Mak Teh nak tingggalkan deme ye.. Ambik tempoh bertenang sekejap, Sayang siap makan nasik dulu dan lepas tu terus kami bergerak ke Pasaraya Rapid. Sebenarnya Mak Teh yang dup dap dup dap sebab berdebor, buku apa pulak yang Mak Teh akan grab.
Tak nampak Kakak Ain!
This is it.
Pak Teh ghiang
Sampai aje dekat BBW Seremban, sama-sama kami meluru masuk. Yang dah datang early bird tadi pun macam first timer jugak. Mata meliar. Hahahaha. Terus bawak anak-anak buah ke bahagian Children dan suruh diorang pilih sendiri buku mana yang jadi pilihan hati. Sebelum bayar, kena tunjuk dulu dekat Mak Teh yang buku tu sesuai tak untuk diorang mengikut kategori umur. Masing-masing dah tak tentu arah semuanya best! Macam mana nak pilih kan???
Makin ramai, nasib baik tengahari tu orang kurang
Mak Teh pulak yang ghiang
Haaaaa, ternganga-nganga mulut Afan
Yang baju biru tu bukan anak Mak Teh ye, harap maklum
Alya nak buku Princess kan?
Setelah hampir sejam dalam tu barulah ada keputusan untuk buku masing-masing. 

Ain - 2 buah buku cerita (RM5 each)
Alya - 1 buku Disney's Princess Activity Book (RM12)
Ayish dan Affan - sorang satu activity book Cars (RM8 each)
Mak Teh - dua buah buku dari Sophie Kinsella (RM8 each)

Kamera sinilah nape korang pandang sana
Dah... balik! Balik! 
Macam mana I boleh tersangkut dekat buku Sophie Kinsella, walhal dalam kepala otak dah memorize, find for Cecilia Ahern, find for Cecilia Ahern. Tapi nampak interesting jugak, nanti I akan baca dan bagi review dekat sini macam biasa. Untuk buku-buku di atas pun cost cuma RM54 dan harapnya ini akan jadi permulaan untuk anak-anak buah Mak Teh jadi minat membaca. Selain asyik tengok tv baiklah mereka ralit membaca kan. Boleh I tambah geng. At least lepas ni takdelah pegi kedai buku sorang diri. Hehehehe. 

Hah muntahlah baca cerita BBW Seremban je korang seminggu ni..

Balik beli buku bedal RTK dekat Benteng Ampangan pulak.. Nyums!
Semua dah layu

Friday, September 26, 2014

Early Birds BBW Seremban

Yeay! Berjaya terjah di hari 1 pesta buku Big Bad Wolf yang sekarang ni sedang berlangsung di Pasaraya Rapid, Seremban. Bukan main banyak bukunya, rambang mata I. Pandang sana buku, pandang sini buku, tapi wallet meronta-ronta minta berjimat. Camne... Masuk-masuk je buku cook la self-help la, oh no no no. Not this section again. I dah ada beberapa buku self-help yang belum berusik lagi hahaha. Dasyat kan. Dah beli 2 tahun tuuuu masa BBW dekat Serdang. Ish dah-dah!

Nampak ni, sebondong! Oklah plastik, dulu satu bag pack, tak nyedor diri!
Tapi mata tersangkut jugak dekat Chicken Soup For The Soul. Maka, tangan pun TER'grab' la dua buah buku... Aiyoooo, yang lain for teens, yang untuk makcik-makcik ni adalah 2 jenis yang menarik. Hahaha. Tujuan I ialah nak cari buku Twilight semua episod. Eh, episod ke. Sekali ternampak buku Hobbit. Amboi, takkan semua collection I nak beli wey. Pusing ke belakang lepas check Chicken Soup For The Soul tadi, terpandang pulak Trilogy Hunger Games. Woi, ni semua nak membunuh I tau! Selepas I tarik nafas panjang sepanjang panjangnya, I terpaksa release buku-buku Hunger Games dan Lord Of The Rings. Dan Harry Potter jugak!
T_____T

Dukacita dimaklumkan, untuk hari yang mendung semendung hati I yang sedang bersedih ni mengenangkan duit yang banyak lagi komitmen ni. Tapi kan, leh caya ke I tak beli ni? Ok cut it short. Petang ni misi I ialah nak bawak anak-anak buah berempat tu ke BBW. Semua Mak Teh nak bawak supaya menanam minat suka membaca. Cewahhh! Mak Teh tak reti nak bawak korang pegi theme park tapi pesta buku memang laju je Mak Teh akan bawak ye anak-anak.

Berikut ialah hasil tangkapan yang terkena pada mata pancing I.

Haaa ambik la segala jadah vampire I nak habiskan ni nanti.
Buku ni semua dekat bahagian Young Adult, untuk makluman yang sedang mencari juga.
Makcik hanya mampu baca yang ini je la yang lain untuk teens punye relationship tak suai makcik nak jadi teens semula
Sila ke bahagian Self-Help untuk dapatkan buku-buku ini.
Buku terakhir yang I grab. Geram tengok pink nya bukan main sakit mata
RM3 sahaja, Sayang if u read this, just for u to know hehehehehe
Marilah beramai-ramai kita memeriahkan rumah kita dengan puluhan buku yang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. I dah survey ke bahagian Children tadi. Tak sabar nak bawak Ain, Alya, Ayish dan Afan pergi sana. Tunggu Mak Teh balik petang ni tau.

Bukan main wolf baca buku tepi Rumah Minangkabau


RSVP : Pink Aerobics

Seghomban people, let's donate and get fit! Bukan main tag line yang I bagi dekat event yang ini kan. Untuk yang suka Zumba dan Masala Bhangra, dan dari kawasan Seremban, jemputlah ke Kip Mart untuk join event seperti di ketetapan di bawah ini ye. Nah posternya.

Ada contact number dekat situ, silalah call. Penyertaan terhad dengar ceritanya :)
Murah kan... RM20
Paling best, instructors ialah 3 SAKA. U all tau lah kan 3 SAKA akak bersaka-saka ni lincahnya macam mana. Jangan pitam sudah hehehe. Yang inform I pun Kak Eija (Thanx kak, ingat jugak dekat den hehehe maklumlah den jarang dah onlone FB) dan dia siap bagi borang untuk I fill up dan untuk hantar balik kepada beliau berserta bayaran RM20. Kata Kak Eija lagi, event ni untuk semua, maksudnya lelaki dan perempuan. Yang ala malu-malu kucing nak join sorang-sorang boleh bawak orang rumah. 

Berdasarkan tentative yang I baca di borang pendaftaran tu, its all about breast cancer awareness. So, it's a good party to join. Mehlah, berparty sambil berdonate. Haaa sungguh Bahasa Melayu rojak English Language. I guess, it is a good opportunity for us to learn about breast cancer too. Jangan sampai diri sendiri atau orang disayangi didiagnos menghidap Kanser Payudara barulah kita terhegeh-hegeh nak cari info berkenaannya. At least, kita dah tau ada support group untuk Kanser Payudara dan kita tau apa yang perlu kita lakukan walaupun tak reti nak mengubati at least, moral support penting kan...

Organizer untuk event ini ialah SALAM Senawang dan kalau ada apa-apa pertanyaan silalah ajukan pertanyaan pada mereka. I cuma berminat nak join je, not a part of the organizer nor the instructor. Gituuuuuu! So, apa lagi Seghomban people. Joms!

Wednesday, September 24, 2014

Penggemar Kasut

Walaupun berkaki 'agam' bak kata Jumie Samsudin yang masih terngiang-ngiang di mata I sampai sekarang, kasut tetap menjadi salah satu subjek yang selalu mencuri pandangan I, tak kira dalam blog atau dalam Instagram atau di mana-mana online seller. I memang banyak kasut! Orang yang kenal I akan faham, I pakai kasut sampai lunyai barulah pergi shopping kasut dan sampai ke 3,4 pasang terus. Kasut Crocs I yang dah bertahun-tahun tu pun I masih pakai dan masih bawak ke laut dan masih bawak kemana yang I suka, walaupun ke kedai anney depan rumah. Sampai macam tu lah...

Kesinambungan dari kes I mencari kasut kahwin di PayLess, mata I masih lagi melilau cari kasut-kasut bersaiz 40 dan 41 yang I boleh muat sebab kaki I sangat 'agam'. Lately kan, mata I selalu stuck pada satu seller dalam Instagram ni. Yang selalu ada Nana Brian tu. Namanya Distro KL. Try cari dekat Instagram, Tak pun, ini link FB diorang, click pada gambar eh :

Inilah dia... familiar kan??
Ada custom made shoes ok! Tapi setakat ni yang I nampak hanyalah sampai size 40. Itu paras-paras hidung je. Entah boleh celuih ke tak pun I tak tau. Yang menariknya itulah, dia ada bagi option warna dan size. Haih, kalau I ni berkaki halus mulus nipis memang dah lama I tempah sini kot. Good news lagi satu, diorang buat wedding shoes! Korang, yang ketandusan idea mana nak cari kasut kahwin bolehlah visit mereka ni. 

Kenapa I dah macam promoter ni????? Takde dapat apa pun, cuma I nak berkongsi keterujaan betapa I sukanya kasut-kasut dekat sini. Eh, pegilah tengok-tengok mana tau ada berkenan. I pun dalam pemerhatian ni, ada yang terjah Bangi Gateway esok-esok. Tak tau nak cakap lah kadang-kadang tu benda tak dirancang kan... Hahahaha ampun!

Period Ketika Bersukan Air

Siapa pernah??? I sendiri pernah mengalami. Waktu tu I betul-betul period bila tiba di pulau. Hati tu resah je, sesuai ke nak snorkeling walaupun tengah period? Tak bocor ke nanti bila dalam air? Malunya, segannya, tapi, sayang pulak rasa kalau nak quit. Sebab pakej dah bayar. Rugi kan... Dengan rasa kental jiwa, I tetap teruskan aktiviti dan siap mandi manda lagi.

Sila rujuk pada artikel di bawah :

As a dive instructor, I receive countless questions from my students. Over time, the same types of questions seem to reoccur. One of the most common recurring questions I get as a female instructor, relates to “that special time of the month”.

Is it ok to go scuba diving on my period?

These days, I can answer the question before it has even been asked. The scenario is always similar. Generally, during one of the first breaks on a dive course, a slightly awkward looking female will corner me one on one. I often feel like a doctor. The nervous female will precede her question with often graphic gynaecological details of her menstrual cycle, followed by “so, is it safe to dive?”
The simple answer to this question is yes, it is perfectly safe to dive on your period. Diving whilst menstruating should not be any cause for concern, provided that normal exercise does not increase your menstrual symptoms. So, simply go about it in your normal way, such as if you were going for a swim. If you are at all concerned about your personal circumstances, do ensure you consult with your GP prior to making your mind up.

Will sharks attack me if I dive on my period?

So that’s the simple answer to the simple question. However, I often find that the simple question masks the real question. What the real question should be is “will I get attacked by sharks if I dive when I’m menstruating?”. The answer to the real question is no! For starters, the chances of being attacked by a shark in any case is so minuscule that you should assume it is nil. From the small amount of shark attack data in existence, there is simply nothing to support the fact that menstruation increases your chances of being attacked. Contrary to popular misconception, sharks are just not that interested in human blood. Studies have been conducted to show that sharks appear curious, but not aggressive when human blood is in the water. In fact, sharks are more attracted to fish gastric juices, rather than fish blood, such as a fish that has been attacked, is dying or injured and leaking gastric juices.
In any case, the amount of blood loss due to menstruation is very small, only a few millimetres of blood a day, with the majority of fluid loss being water and uterine lining cells. Furthermore, most females will find that their period actually stops during their dive; the vaginal opening stays closed and the increase in ambient pressure would stop any potential fluids from leaking.
As a dive professional, I dived every day of the month throughout the year, and you will find that most other female divers also dive continually, whether during their periods or not. Some studies suggest that scuba diving while menstruating may increase a diver’s chance of decompression sickness, but I suspect this may be more to do with fluid loss and dehydration, so I’d advise to dive conservatively and always stay fully hydrated when diving on your period. But, whether on your period or not, I’d always say you should dive conservatively and stay fully hydrated when diving!
Finally, some evidence does suggest that surfers who periodically urinate in their wetsuits may have a higher chance of shark attack than those who do not, although the odds are still statistically minuscule. So, the bottom line is, you are more likely to be attacked from urinating in your wetsuit, whether male or female, than you are from menstruating!
So there you have it. There’s no excuse to stay dry during your time of the month!
Artikel bertajuk Girlie Talk - diving on your period ini telah ditulis oleh Janine a.k.a J9 untuk divebuzz.com
Secara ringkasnya, janganlah kita, gegerl-gegerl ni risau bila berada di dalam air untuk aktiviti snorkeling atau scuba atas sebab-sebab yang dah dinyatakan oleh J9 diatas. Memang period, tapi darah yang keluar hanyalah sedikit dalam masa sehari dan bukanlah sebanyak yang kita sangka dan tekanan di dalam air akan menghentikan apa-apa untuk mengalir keluar. Haaaa, ayat pasor je ni I bagi. Hehehe! Takpelah asalkan faham.
Oklah, sekadar berkongsi. Nak lagi lanjut, bolehlah terus ke website diatas ye. Bagi I, ini ialah perkongsian yang  bagus sebab tak semua gegerl-gegerl di luar sana yang tau pasal ni. In shaa Allah akan ada lagi perkongsian yang I akan kongsikan. Berapa banyak kongsi daaaaaa...~
Sumber gambar : http://www.womenontheirway.com/wyndham-wisdom/scuba-diving-trips/
p.s. Terima kasih kepada Admin untuk group Muslimah Divers yang telah berkongsi artikel yang sangat bagus ni. 

Tuesday, September 23, 2014

Kalaulah Boleh Request Hadiah Birthday

...memang dah lama ahkak request dik! Bukan satu atau dua benda tah-tah berderet list tu. I memang suka nak buat entri-entri kategori wishlist ni sebab angan-angan tu tinggi dan I memang kuat berangan itu ini, nak dapatnya belum tentu lagi. Malu je kan hahaha. Meh la sini, nak share WISHLIST untuk my coming birthday...

1. iPHONE 6 - Allah... inilah yang paling hendak. Saje mention iPhone 6 untuk propa je walhal tau dekat Malaysia belum terkeluar lagi. Tak kisah la lambat sikit pun asalkan dapat iPhone 6 jugak. Hahahaha, sangat tinggi angan-angan kan. Dekat nak 4k woi, siapa nak bagi T_____T

Nak! Nak!
2. PADI Open Water Diver License - I always wanted to be a certified Open Water Diver. Tak kisah, blanje lah I untuk register mana pun, I ikut je asalkan diberi hadiah untuk I menyertai course, dan mendapatkan license dari PADI. In shaa Allah, kalau tak diberi hadiah pun I akan dapatkan sendiri...

Tak pernah tengok pun macam mana rupanya tapi Google jumpa ni haha
3. GoPro - A MUST HAVE GADGET NOWADAYS! Sangat-sangat perlu ye memandangkan I ni kan lasak. Cewahhhh! Tengoklah manusia nama Waniesamani ni tak pernah puas walaupun dah ada SJ4000 hahahaha. Ya Allah...
Mengidam sungguh dengan benda alah ni
4. Dive computer - benda ni yang jam selalu kita nampak diver-diver pakai. Nak tau lebih lanjut boleh Google sendiri lah ye kalau tersalah explain nanti orang kata memandai tapi salah hihihi. Bukan apa, I wish sangat nak benda ni sebagai persiapan nak jadi diver wakaka KONONNYE!

Ini brand ScubaPro. Yang lain tak taulah kan..
5. Wetsuit (including boots) - tak kira lah brand apa. So far, yang I kenal SharkSkin je tu pun sebab artis pakai hahaha. Kalau boleh nak hadiahkan I wetsuit ni sekali la dengan boots dia ye. Tak lengkap rasanya kalau suit sahaja. Hihi demand pulak haih.

Eh jap, memang ada size I ke suit macam ni?
6. Original Photoshop Software, Anti-Virus, Firewall - since I dah ada PC baru ni, masih kosong je dalam tu. Belum ada anti-virus dan lain-lain. Togel je lagi. Since, I suka edit mengedit dan beberapa perkara DIY yang lain, hadiahkan I software Photoshop pun dah bersyukur seribu rahmat...

Perghh, lama gilak tak buat kerja edit-edit ni. Takut esok-esok bertukar header je selalu
7. Jazzercise Lifetime Membership - yang ini nak sangat! Nak lifetime terus tak payah fikir panjang bolehlah berJazzercise sepanjang hidup. Best wo. Siapa tak pernah join baik cuba. 
Dah lama tak Jazzercise le..
8. Mengerjakan Haji - hadiah yang paling akan memberi makna pada I sekiranya dapat hadiah mengerjakan Haji, lagi-lagi dalam usia yang belum emas. Memang kalau ikut, belum lagi mampu. Kalau ada lah sesiapa yang dapat memampukan I, alangkah bahagianyaaaaaaaa.. In shaa Allah.

One day, in shaa Allah.. doakan I ye

Over tak permintaan hadiah birthday I tu? Takdelah sangat kan, rasanya ada lagi orang yang lebih extreme, I minta semua biasa-biasa aje. Kekekekeke. Alahai, nama pun berangan. Tapi orang kata kalau sebut selalu akan jadi kenyataan. Permudahkanlah... Aminnnnn!

Perhentian 2014 : Foto Album

Untuk album kali ni semuanya diambil dari kamera SJ4000 dan Sony Nex-3 sahaja kerana telefon dah tak boleh diselamatkan langsung. Sobs! Sobs! Silalah menjamu mata dengan album di bawah ye. Sebarang gambar adalah hak milik Wanie Samani :) Tidak copy sama sekali dari mana-mana web.


Alhamdulillah... Dapat I simpan semua memori ni. Untuk kenangan kepada anak cucu kelak. Jangan termuntah sebab tengok gambar banyak sangat udahlah ye... 

Monday, September 22, 2014

Sedikit Perubahan, Besar Maknanya

Akan berlaku sedikit perubahan dalam blog waniesekuntum.blogspot.com dan ianya membawa makna yang besar bagi I. Selama ni minda I hanya tertumpu pada satu titik fokus saja. Sekarang barulah terbuka. Walaupun tak buka banyak, buka sikit pun jadilah. Pelan-pelan kayuh. Jangan sampai lupa tujuan berbelog, untuk kepuasan diri sendiri, bak kata omputih, personal interest gitu. 

Sejak dua tiga empat menjak dah pandai BW ni (kemain pandai shortform la sekarang!) macam-macam idea pulak timbul. Nak tukar itu, nak tambah ini, nak upgrade sana, nak cantikkan sini. Tapi, bagi orang yang membaca, masih macam itu kan? Bagi I, harap ianya membawa kebaikan untuk tak kira I ataupun orang lain. 

Membebel panjang tak guna sangat. Buat dan publish dan buat dan save. Itu misi I sekarang.

Kembali Membaca

This is a great opportunity when my phone broke down a few days back in Perhentian. Tidak sama sekali I kelam kabut dengan tiadanya talian Internet yang baik sama ada di telefon ataupun di PC. Walaupun iPhone 6 baru keluar dengan penuh gayanya dan harga yang telan air liur sangat. Cuma hidup rasa keliru sikit sebab kebiasaannya hari-hari I diisi dengan tetamu dari Whatsapp yang ada saja ceritanya hal duniawi dan syurgawi. Dan dulu, pasti ada balasan dari I terhadap group-group itu, sekarang, I hanya membacanya saja.

Alhamdulillah, hidup I macam biasa, makin terisi dengan ilmu-ilmu melalui cara yang berbeza. I banyak masa untuk membaca buku semula sekarang. Bestnye, nikmatnye, rindunye! Ye, I rindu membaca. Paling rindu nak membaca sambil baring atas katil, selimut tutup kaki sampai lutut je dan bilik sejuk. Dan I dah dapat semula feel tersebut. Setelah sekian lama geram tengok buku bersusun, kali ni dapat juga I menjamu mata. Oh ye, tak lama lagi ada BBW di Seremban. Bolehlah tambah koleksi! Bahahaha. 

So, let's back to track! Mari membaca, menambah ilmu dan merangsang urat mata. Come on, tenung handphone lama-lama pun tak elok, better ambil buku dan baca hahahahaha. Maafkanlah I ni insan takde smartphone, memang macam ni peelnye. 

I wish my babies will be like this :)
Gambar sumber dari Google sahaja 
Oh ye, sebelum menamatkan entri ini, I nak share sesuatu yang I rasa sangat berguna, iaitu, 12 Kebaikan Membaca Buku. Boleh click terus pada link di bawah : 


Yeah! This is me! Dan yang I paling suka ialah nombor 9 : 

Reading Expands Your Vocabulary, So You’ll Sound Smarter

Friday, September 19, 2014

Supplement : Kapsul Baraka Habbatus Sauda

Baru-baru ni ada kakak dekat office ni bawak berkotak-kotak. I baca dekat kotak tu BARAKA 450 mg : Nigella sativa oil dan ianya adalah keluaran dari Pharco Pharmaceuticals. Tengok juga ada kawan-kawan yang membeli dan menurut sorang lagi akak office mate I ni dia memang makan supplement Baraka ni dah lama dan ada perubahan positif dalam diri dia. Bukan nak kata apa tapi I pernah baca Sabda Rasulullah SAW :

“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (Riwayat Bukhari) 

Dan ini menguatkan lagi I untuk beli 2 kotak supplement ni dengan niat, sekotak untuk I dan sekotak lagi untuk Sayang. Baru sangat I beli ni dan I tak boleh nak review lagi sekarang. In shaa Allah lepas dah habis sekotak nanti I akan tuliskan review di sini. Untuk sementara tu, I ada juga Google pasal supplement ni dan ini yang I jumpa dari laman web Kedai Bestari yang menyatakan berkenaan apakah dia Kapsul Baraka dan kebaikannya seperti di bawah : 

Kapsul Habbatus Sauda BARAKA

Habbatus sauda digunakan sebagai suplemen/pemakanan tambahan.
Banyak kajian yang telah dilakukan kepada habbatus sauda. Dari penyelidikan dan pengalaman didapati Habbatus Sauda adalah :

Lebih 100 komponen.
Kaya dengan asid lemak tak tepu
35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.

Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.

Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.

Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.

Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)

Amalan mengambil  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA  secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.

________________________________________________________________________

Antara kebaikan  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA  :-

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA - Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

__________________________________________________________________

Cadangan pemakanan  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA :-

1 - 2 kapsul 3 kali sehari

Isi : 24 kapsul minyak
Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul

Buatan : Egypt (kilang GMP)
Sijil KKM : MAL 08120837T

Bolehlah kalau sesiapa nak mencuba ada banyak online seller yang menjual produk ni dengan harga yang berpatutan. Akak office ni cuma ada 50 kotak sahaja dan terhad sebab sorang kawan dah order 10 kotak terus.. Untuk kawan-kawan TTC, selagi tak memudaratkan, jom kita cuba sama-sama. 

I rancang nak makan ni waktu pagi sahaja sesudah makan Kapsul Buah Zuriat. Sebab dengarnya Habbatus Sauda ni panas, makanya, I tak berapa berani nak makan 2 biji sehari. Takpe, perlahan-lahan dulu. Jangan sampai mudarat. Apa-apa pun kena yakin.

Gambar ni I dapat dari Google. Memang macam ni lah rupa kotaknya
Sumber gambar : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=636159

Thursday, September 18, 2014

Perhentian 2014 : Hari 3 Yang Sedih

Bersambung dari Perhentian 2014 : Hari 2 Yang Chill, hari ketiga ni memang sedih gila... Sedih sebabnya hari ni dah nak keluar dari pulau. Sedih jugak sebabnya handphone jammed terus. Sedih lagi sebab lepas ni bangun pagi nampak jalan raya dah tak nampak laut. Huaaaaaaa!

15/9/2014, Hari Isnin

6.30 am - hari ni terbangun lewat sikit sebab semalam tidur lewat hasil dari minum Nescafe yang tak sepatutnya itu. Sayu je hati tengok beg dah berkemas, berat rasa hati nak tinggalkan pulau...

8.00 am - kami makan sarapan yang terakhir di pulau dan meneruskan aktiviti sendiri merakam detik-detik indah. Sebenarnya banyak lagi perkara yang tak dibuat di pulau sepanjang 3 hari ni. Memang tak sempat. Bila dapat tengok crystal clear water dekat depan Perhentian Island Resort rasa geram dah nak tukar baju tapi apakan daya.....
Sumpah best dekat sini
10.40 am - kami diberitahu oleh Mia yang bot akan bertolak jam 11.00 am walaupun perancangan awal adalah pada jam 12.00 tengahari. Terpaksa la kami bergegas menyiapkan itu ini. Berdua takpe, Nuin sekeluarga lewat setengah jam hahahaha. Tu la dik, sape suruh bagitau last minute

11.00 am - I menjelaskan separuh lagi bayaran kepada pihak chalet sebelum berlalu pulang menaiki bot yang tersedia di persisiran pantai. Sementara menunggu Nuin untuk bersiap, sempat I berbual dengan Mia berkenaan dengan pakej untuk lesen dive. In shaa Allah, ada kesempatan I akan buat satu hari nanti, dan mungkin, di sini. Hehehehe.

1.00 pm - Kami tiba di Jeti Kuala Besut dan syukur Nuin nak tumpangkan kami sampai ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan memang mengantuk sangat dah mata ni. Berdoa supaya sampai cepat di Hentian Bas Kuala Terengganu. Seronok dapat singgah makan keropok, udang, sotong celup tepung semuanya di sebuah kedai betul-betul tepi airport. Arghhhhh! Best! Seronok jugak I dan Sayang mengambil nombor di Keropok Lekor BTB 2209. 40 orang jugaklah menunggu hahahaha. Dapat beli untuk sekeluarga cukuplah, bukannak memborong pun. Jangan buat hal, dahlah menumpang orang lepas tu naik bas pulak tu. Hehe.
Gambor tiket je, kalau gambor kopok kang takut ade yang terliur. Kopoknya hitam kemain!
4.40 pm - Kami tiba di Hentian Bas Kuala Terengganu dan terus meletakkan beg di Tempat Simpan Beg dengan kadar bayaran RM4 sahaja. Gigih kaki berjalan ke Pasar Payang dengan tujuan nak cari kain tenun ela. Yang dicari tak jumpa, yang tak dicari berlambak depan mata. I dan Sayang nekad beli sehelai seorang seluar pelikat dan seluar batik untuk mudahkan kami di dalam bas nanti. Selepas ke Pasar Payang, kami berjalan ke Jeti Syahbandar, tengah renovate ke tengah tambak ke I pun tak tau. 
Macam mahal-mahal je... Ke sebab I tak reti kecek Ganung? huaaaaaaa~
Orang balik keje, memang lah jam ye dak
7.00 pm - dah penat berjalan, tunggu matahari turun lagi, baru semangat nak berjalan ke Hentian Bas semula. Sempat I makan siap-siap sebelum tukar baju dan basuh muka untuk bersiap naik bas. Macam biasa, ada drama sikit sebab masing-masing dah penat kan. Ekekekeke! 
Inilah yang kami pakai untuk naik bas.. Sedap, sejuk, selesa gilos
8.30 pm - dengan cuaca yang hujan, kami setia menunggu bas Transnasional. Sepatutnya bas dijadualkan bergerak jam 9.30 pm tapi bayang pun tak nampak...

Kami jadi weng sikit sebab bas lambat tiba
10.40 pm - berjaya naik bas Transnasional dan bergerak pulang ke Seremban.

16/9/2014, Hari Malaysia

6.30 am - tiba di Hentian Putra untuk transit ke bas lain yang akan membawa kami ke Seremban

7.30 am - tiba di Terminal One, Seremban dan terus ke hentian teksi. Berjaya juga sampai ke Paroi Jaya dengan bayaran teksi RM10.

Alhamdulillah! Selesai sudah perjalanan kali ini. Harap sangat dapat berjalan ke pulau lagi di masa akan datang. Kali ni dengan handphone lain tapi takkan bawa ke laut sebab dah ade SJ4000 cukuplah hahahaha. *buat-buat gelak walaupun hati menangis*

Belanja lagi satu gambar hasil dari SJ4000. Takde editing cuma letak watermark aje... Puas hati sangat. Alhamdulillah!