Nuffnang Ads

Friday, May 31, 2013

Kahwin Oh Yeah : Baju Bersanding

Jatuh cinta dengan SiDia.. Sangat tinggi taste untuk baju persandingan kami. Ingatkan I yang cerewet tapi SiDia lagi lagi lagi over cerewet. Berbekalkan nasib, beberapa butik pengantin di Seremban telah berjaya kami terjah untuk mencari sebut harga terbaik dengan persalinan yang menepati citarasa. Rasa malu-malu pengantin secara tiba-tiba wujud. *blushing* Apalah rupanya I dalam persalinan pengantin dengan usia sebegini. Rasa macam tak kena jeeeeee. Seram.

Terjumpa satu butik pengantin yang menyediakan banyak baju untuk insan-insan 'comel' macam kami ni. Ala-ala berbadan dua ke, tiga kan. Bajunya cantik belaka. Sangat up-to-date dan baru sekali dua dipakai. Pakej pun amat berpatutan. Memanglah I cerewet, siap pesan pada SiDia, 

"U jangan pepandai close deal awal-awal tau, kita ni datang nak survey aje...", 

Siap dengan jawapannya, 

"Ye Sayang, I tau..." 

Ada dua warna pilihan hati, actually, banyak! Tapi kena ikut juga pendapat SiDia sebab nak pakai bagi belah rumah lelaki :D mulalah I nervous. Oh ye, kasut pun banyak disediakan bagi kaki size 'lebar panjang montel' macam I. Legaaaaaaaaaaa dah 2 benda! 

Deko pelamin nampak cantik dan moden. Memang owner butik ni best lah. Ramah pulak tu, kira ikhlas la dalam bagi pendapat. I suka nak collaborate dengan butik ni tapi I sendiri pesan pada SiDia yang PICC akan buat pameran pengantin jugak nanti. Ok sabar ye. Tengok sini meh baju yang telah di shortlisted oleh I, bukan SiDia. Gila kuasa betul ok.

Ni la galeri yang best tu :)
Agak nampak lagi tembam ke pakai putih?
Nampaknya I dengan SiDia belum lagi tengok sendiri baju kuning mustard tu. Adakah lagi sesuai dengan kami? Ahha, kena la tunggu orang butik call untuk tengok  dan cuba baju kuning tu. 

Tak sabarnye!

Review Panggilan Pulau

Walaupun tak ramai yang nak menyertai percutian ini namun bilangan 10 dewasa dan 4 kanak-kanak dah cukup selesa bagi kami. Perjalanan untuk merealisasikan percutian ini memang lancar. Walaupun ada yang tarik diri saat akhir tapi kehadiran Kecik melengkapkan kami. Sampai ada yang cemburu.

6 of us...
We really had good times during the holiday. Sangat seronok sampai tak rasa langsung masa tu berlalu. Tau tau dah nak balik ke tempat asal, meninggalkan pulau yang penuh dengan keindahan ciptaan Allah, yang penuh dengan keceriaan kami sepanjang berada di sana. Semua bagi kerjasama dengan baik. Membantu sesama sendiri. Lagi-lagi Nuin yang beranak kecil. Paling seronok bila kami pakai baju dan seluar warna warni dan Abang Rockstar ambilkan gambar-gambar indah, bukti kenangan yang takkan pernah dapat I lupakan. Pengalaman yang mengeratkan kami pula bila malam menjelma, kami berkumpul dalam bilik I dan Nuin, bilik anak dara, bagi sesi berbual kosong. Hal dunia, hal artis, macam-macam lagi. Ya Allah, kembalikanlah kebahagiaan kami ketika itu...

Gambar sexy kena legamkan bak kata Kak CT hihihi
Redang Lagoon Chalet pula memang tempat yang berpatutan untuk disewa. Semuanya sederhana. Bagi mereka yang rasakan diri seorang cerewet dan mahukan kesempurnaan, tempat ini bukan untuk anda. Tempat ini untuk kami yang sangat mementingkan harga berpatutan dengan fasiliti yang bagus dan sesuai dengan harga. Makanannya sederhana, kenyang sangat dan buffet yang ringkas untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam termasuk BBQ. Mudah juga untuk ibu-ibu ambil air panas bagi membancuh susu. Kawasan makan luas dan agak bersih. Bilik tidur pula sekadar katil, penghawa dingin dan bilik air lengkap dengan pancuran air dan mangkuk tandas. Ampaian disediakan bagi mudah pengunjungnya menggantung baju basah dan penyapu di setiap bilik bagi mudah menyapu pasir. Setakat ni, dengan harga RM280, ianya sangat berpatutan.

Melihatkan gambar-gambar yang bagus semuanya, tidak dinafikan Pulau Redang ialah pulau yang cantik. Tiada review berkenaan dengan tempat snorkeling dan pemandangan. Semuanya indah. I pasti akan bersama suami pula kesana kelak :)

Insya Allah...

Nobody can take away your pain, so don't let anyone take away your happiness :)

Giat Berlatih

Alhandulillah lagi sekali ya Allah. I diberi jugak peluang untuk sampai ke selection bagi bola jaring pasukan Ibu Pejabat. Ingatkan dah tiada peluang tu sebabnya hari Isnin, 21 Mei tu I masih di pulau. Rupanya Khamis ada second selection. Terlompat la I gembira nak join! Hahaha sekadar bersukan. Selama ni tak puas aerobic. Peluh keluar ala kadar saja.

Walaupun hanya hadir di selection kedua tapi I masih di dalam peringkat saringan. Daripada 21 pemain yang hadir I berjaya dapat menyertai 14 yang utama. Mungkin lepas ni baru jurulatih akan pilih 10 pemain sebelum tibanya karnival. Redha walau tak dapat, dapat jugak berlatih.

Masuk minggu ni dah 2 minggu kami berlatih. Untuk karnival pada 18 Jun 2013. Walaupun hanya di court di dalam JKR Mekanikal tapi kami tetap gigih dengan bimbingan CC yang merupakan orang lama. Kemungkinan bulan 6 akan berlatih dia Centre Court, Paroi dengan bimbingan jurulatih, Mak Mah. Minggu depan pulak giat berlatih dengan perlawanan persahabatan. Selagi ada pasukan yang sudi, kami akan terus berlawan sehingga ke hari karnival.

Semoga pasukan kami menang tahun ni. Semoga dapat juga I menyertai pasukan JKR Negeri Sembilan untuk November 2013 yang akan datang ini. Setiap 2 tahun baru ada sukan ni haruslah join. Kalau dapat..

Thursday, May 30, 2013

Panggilan Pulau : Redang Finale

Macam biasa, bangun lambat, missed the sun rise again! Nak buat macam mana dah takdir kan. Lepak sembang lama-lama mestilah tidur lambat. Ini makan dia hahaha. Seronok hari ni dah nak balik. Lepas breakfast, hantar terus snorkeling gear, checkout. Masa pergi tak berapa ramai naik feri tapi bila balik macam ramai semacam pulak rasa.

Iye ni lah anak-anak murid Cikgu hahahaha
Sebelum jam 10.30 am kami dah menanti Feri Sejahtera di depan Redang Beach Resort. Sementara penumpang yang baru tiba nak landed dari feri, kami berpanas jugak lah depan laut tu. Lega, nasib pakai sunblock ye. Tak lepas jugak snap gambar. Semua port pun tak mau dilepaskan, semua moment pun rasa berharga. Tepat jam 10.30 am memang feri pun berlabuh.

Sempat lagi ye, last call!

Tunggu feri mana tak datang lagi nih!
Sampai di Jeti Syahbandar tepat jam 12.30 pm. Terima kasih kepada Nuyu yang sudi hantar kami ke Perhentian Bas MDKT. Takdelah kami menapak. Jasamu sangat kami kenang. Maunya tak, sempat kami pekena makan tengahari sebelum menaiki bas. Tak dan tangkap gambar dengan Nuyu.. Frust lah!

Sepanjang jalan, I hanya tidur dalam bas. Cuma rasa tak selesa bila ada sorang lelaki duduk sebelah I. Mula dia naik di Kemaman, sampai Hentian Putra memang I taknak tidur. Tahan mata sungguh-sungguh. Takut kalau ada perkara tak diingini berlaku. I rela menahan mata. Alhamdulillah.. Tepat jam 8.30 pm I tiba di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Perjalanan dan cuaca sangat bagus. Takde apa yang menghalang.

Sayang, I'm back! TQ sebab datang jemput I. Hugs and kisses for ya ;)

Panggilan Pulau : Redang Hari 2

Bangun jam 7.30 am, tak sempat tengok sunrise! Hahaha Sedihnya. Mungkin perjalanan kami tu memakan masa semalaman dan masing-masing penat. Bangun tidur terus sarapan. Memang kami tak mandi hehehehe. Sebabnya lepas sarapan, jam 9.30 am kami memulakan perjalanan menaiki bot ke Marine Park. Sini best sikit, budak-budak boleh main pasir tepi pantai. Sementara mak pak budak snorkeling. Sempat I bawa Rafael berenang di tengah lautan. Dia tak menjerit langsung mungkin I bercakap-cakap tak berhenti dengan dia. Dia pandang aje I. Cuma bila terpandang Mummy, terus dia melalak nak pergi ke Mummy.

Marine Park
Balik chalet naik penambang ye
Nampak Mikayla ketakutan nak peluk Cikgu je ;D
Macam biasa, tengahari kami makan dan sambung snorkeling jam 2.30 pm. Kali ni ke Pulau Lima.

Ini room mate I - Nuin & Rafael
Cubaan Put menyelamatkan Rafael
Habis aje snorkeling, lepas kami minum petang, kami semua get ready untuk photoshoot sendiri-sendiri menggunakan khidmat Abang Rockstar. Semua kami pakai skinny lain-lain kaler dan baju colorful. Dan paling kelakar, ada pelancong nak bergambar dengan kami sebab dia suka tengok kami colorful. Hahahaha.



Kami semua colorful!

Sangat rindu moment ni.. Boleh pergi lagi tak kawan-kawan?
Malam kedua ni kami berBBQ. Bahan semua dah sedia cuma kami kena bakar sendiri je. Masa makan, Put dah serahkan hadiah shark pada si Adam. Bukan main senyum lebar Adam dengan shark dia. Macam biasa, kami meneruskan aktiviti bersembang, bergosip sampai lewat malam. Lepas bergosip, masing-masing balik bilik untuk mengemas beg. Rasa kejap je masa berlalu, mesti rindu nak bersama-sama lagi. Hurmmmmmmmm..

BBQ Dinner - Lapar!

Kami tukar-tukar hadiah ;)
Pictures courtesy of Abang Rockstar (pics below), Kak CT, Wawa

Abang Rockstar - Photographer kami ;) U ROCK, BRADER!!!

Panggilan Pulau : Redang Hari 1

Alhamdulillah! Selamat tiba di Kuala Terengganu tepat jam 5.00 am. Keadaan bas SP Bumi sangat selesa dan untuk perjalanan jauh macam kami ni, highly recommended. Sebabnya seat untuk bas ini di bahagian atas ialah 2 seater dan 1 seater. Ok cukup setakat ini cerita hal bas..

Sewaktu bersapau di Hentian Bas MPKT, kami dah siap-siap makan sarapan. Perjalanan jauh lagi. Kena bersedia awal, ke tandas dan ke Surau di Aras 1. Berhati-hati ye ke Surau di waktu Subuh, kasut Converse Kak CT hampir dirembat, mujur pintu renggang masa Kak CT tengah membedakkan mukanya. Selesai semuanya Abang Rockstar bagi cadangan untuk jalan kaki ke Jeti Syahbandar. Memandangkan kawan-kawan lain masih dekat homestay, yeah, better kitorang jalan. Perjalanan ada la dalam 5 minit sahaja :) Sampai dekat jeti dah ada yang menunggu, tapi tak ramai. Tapi masa ketibaan yang lain-lain, orang dah mula penuh dekat jeti. Fuh! Macam pesta. Ingat kami-kami aje.

Jeti Syahbandar

Pertama kali bersua pipi :)
Tepat jam 8.00 am, I lah orang pertama ke kaunter Feri Sejahtera. Selepas dah serahkan senarai nama, Cik Farah serahkan tag untuk bag dan tiket feri pergi-balik. Selesai hal feri, pindah ke kaunter sebelah untuk bayaran tiket Marine Park. I jadi orang pertama jugak ye hehehe. Syukurlah dipermudahkan oleh Allah. Tepat jam 9.00 am semua boleh naik ke feri. Kami antara yang terakhir, mujur ada lagi tempat duduk dalam feri walaupun dekat depan sekali. Humpppphhh! Tak dapat tengok scenery. Tapi tak ngape, semua pun tido kot. Sampai ke Pulau Redang kitorang tidur. Sedap! Beralun-alun dengan air-cond yang kuat memang I lentok je.

Feri memang on time. Sebabnya kami sampai di pulau tepat jam 10.30 am. Betul-betul feri berhenti beberapa puluh meter dari pantai dan transit ke feri lain untuk sampai ke tepi pantai. Tak susah pun dengan keadaan kami yang 10 dewasa dan 4 kanak-kanak bawah 3 tahun. Semuanya baik-baik saja. Sampai di chalet I terus kumpulkan duit dan check in bilik. Nombor bilik ialah 1, 2, 3, 6 dan 7. I dan Nuin duduk bersama di tengah-tengah. Menjadi bilik pilihan untuk melepak sementara jam 12.30 pm untuk makan tengahari. Selesai makan tengahari, terus kami bersiap untuk snorkeling trip yang pertama! Jam 2.00 pm kami diberitahu untuk ambil life jacket dan snorkeling gear.

Standby...!
Perjalanan menaiki bot ke Pulau Paku untuk snorkeling berjalan lancar. Walau terpaksa redah air bawak budak-budak kecik. Dah lama tak main laut! Balik dari snorkeling, kami minum petang dan sempat jugak kami bermandi-manda depan chalet. Air cetek pun boleh nampak ikan berenang. Subhanallah! Macam-macam aksi dalam kamera. Seronok sangat bawak budak-budak main air. Lepas mandi manda, kami bersiap untuk makan malam pula. Paling best ialah, aktiviti selepas makan malam. Kami duduk bersama dekat bilik I dan berborak tergelak-gelak. Ini pertama kali I bercuti dengan Geng HA. Macam-macam cerita keluar. Baru kami kenal hati budi masing-masing :)

Aunty dan Rafael
Kami-kami yang happening!

Syok berendam
Lepas dah makan fries yang dibelikan oleh Abang Bas, Pian dan Abang Rockstar kami sambung jugak berborak sampai hampir 1.30 am. Puas! 

Bersambung esok ye geng...

Pictures courtesy of Wawa, Abang Rock




Gagal Lagi

Ini bukan pengakhiran segalanya. Ye, I gagal lagi Peperiksaan PTD. Bukan rezeki I tahun ni. Allah nak gantikan yang lebih hebat untuk I. Sepatutnya keputusan adalah pada 17 Mei 2013 tapi pihak SPA yang melanjutkan pada 23 Mei 2013. Ok, lepas I balik Redang baru result keluar.

Selepas ni keputusan temuduga PPT Gred N27 pulak. Apalah nasib badan. Segala keputusan I redha. Allah lebih mengerti. Insya Allah baik semuanya aturan dari Allah. Insya Allah akan cuba lagi tahun depan. Pantang anak Melayu mengundur mengalah. Hahaha mulalah ayat manis segala keluar. 

But seriously, I don't feel upset on my exam's result because I know, Allah loves me and He wants me to struggle more. There are always chances for me to reach higher in my life. With the power of PRAYER, I will try my very best to enhance my knowledge and skills to achieve good results, each year.  

Siap bukti ni I letak okeh
Mari kita tunggu pulak result PPT Gred N27. Dengar cerita interview dijalankan secara nationwide, selama 1 bulan lebih lamanya. Allah, kalau ikut memang tak ada harapan. Macam-macam rumors keluar, panggil beribu, perjawatan mungkin 60 sahaja. Hahaha, tu semualah nak menjadikan kita down. No, jangan ye kawan-kawan.

Tunggu dan lihat. Tapi yang penting,

REDHA...









Harus Cuba : Utrim

Baca dan tengok testimoni kawan-kawan memang sangat impressive. Bukan sorang dua yang dah try. Kawan-kawan HA semuanya dah borong cuma I tak berkesempatan (siapalah kita...) hahaha. Semuanya susut belaka. Minum sekotak tu pun mengelat-ngelat pun dapat turun 5 kg. Inikan pula amik Utrim sambil bersukan beriya haruslah kurus macam Sazzy Falak *mimpijelahkau!* 

Ye inilah dia
Nak kena beli shaker pulak? Haihh
Paling I terkejut kawan sekolah menengah I, daripada sebesar I sampailah ramping dan langsing. Terkejut I dengan perubahan sebanyak 21 kg dalam masa 2 bulan. Haih! Tak berdebar ke kalau tengok macam tu. Tapi I bukan tahap debaran dah, iman goyang, perut kembang kempis tengok perubahan yang sangat ketara tu. I tak boleh amalkan Xenical sekarang. Jadual latihan bola jaring sangat ketat dan, patutkah membawa sabun merata walaupun tengah training? Itu je permasalahannya...

Kakak di pejabat ada suruh amalkan Figure Up pulak. Oh tidak, I jenis suka mencuba satu persatu. Buat masa sekarang I rasa yakin nak mencuba Utrim. Untuk persediaan bulan Disember pun ye jugak. Hihihi.

Ha ni pun ada
Pictures courtesy of Google ;)





Kami Hanya Merancang

Pertama kali, bertemu dengan parents SiDia. Mengelabah bukan main. Eh kalau u, baru balik dari pulau, muka berbelang, siap ada panau lagi, adakah perasaan normal atau tekanan menghantui diri? Ok, I've got your answer! Rasa sakit hati kan dengan keadaan muka itu. Allahuakbar! Kenapa waktu macam ni?

Kali pertama berjumpa Mama dan Baba. Dengan muka legam, I harungi jua. Alhamdulillah sekali lagi Ya Allah, mereka menyambut I dengan penuh kasih sayang. Rasa nak menangis dengan harapan kedua orang tua yang selalu mahukan anak mereka bahagia. Terharu juga, masih ada yang sayang.. Kisah lama jangan kenang!

22 Mei 2013 : tarikh keramat pertama kali I berjumpa Mama dan Baba.. Macam-macam yang kami bincangkan. Akan ke peringkat seterusnya...

25 Mei 2013 : tarikh keramat juga, pertama kali Mama Ayah berjumpa Mama Baba. Panjang boraknya, dari jam 8.30 pm sehingga hampir ke 12.00 malam. Next....!

Tetap sudah. Tarikhnya, majlisnya, kronologinya dan tempatnya.. Kedua pihak menerima baik keputusan masing-masing. Hanya tinggal diri kami masing-masing yang menentukan jalan hidup kami di kemudian hari.
Pertama kali rasa bahagia macam ni. Terima kasih Allah atas semua penderitaan yang telah Kau balas dengan keindahan yang tak terkira warna-warninya di dalam kehidupanku.

Allahuakbar!

Haruslah cari baju saiz gini :)

Wednesday, May 29, 2013

Kahwin Oh Yeah : Introductory Stage

Kahwin? Oh, macam tak percaya ye. Buang semua sedih, serap semua kebahagiaan. Semua step dah complete. Tarikh, pada permulaan dah ditetapkan tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, akan ditangguh, masih dalam tahun 2013. Tarikh awal sudah tidah digunapakai. Mengikut tarikh yang dirancang, dah sedap tapi terlalu awal. Kedua keluarga pun setuju dengan apa yang dah dibincang. Disember 2013 dalam perancangan cuma belum ada tarikh yang tetap.

Nak kena prepare apa untuk perkahwinan penutup keluarga SiDia ni ye? Ikut pada kesedapan I, semuanya mahu simple belaka. Rasa tidak adil pada SiDia, ok, I teman u jadi Raja Sehari ye sayang :) Disember pasti banyak kenduri kahwin, kena prepare awal la nampak gayanya.

Catering dan khemah
Selesai pihak lelaki, mereka akan uruskan ikut kehendak mereka sendiri. Cuma di pihak I, beberapa tetamu akan dijemput. Saudara dan rakan yang rapat sahaja. Kenduri kecil-kecilan. Keluarga kami pun perlu menyambut keluarga pihak lelaki. Budaya kita, orang Melayu, masih Ayah pegang. Harus, cari khemah dan makanan yang sedap. Mujur ada ramai orang terdekat yang buat bisnes ni. Bolehlah mula tanya-tanya.

Pelamin dan baju bersanding
Pihak lelaki akan ada pelaminnya untuk bersanding. Kawasan jajahan yang I cadang pada SiDia, cari butik pengantin area Seremban saja. Kalau jauh, susah nak pergi untuk fitting. Dan lain-lain urusan. Warna tema? No, kami cari baju dulu baru tentukan tema. Kanak-kanak sihat, haruslah begitu. Konsep baju ialah moden. Sorry, Baba kitorang tak mau SiDia bertanjak bak panglima Melayu lama. 

Pelamin dan baju nikah
Mini pelamin hanya di pihak perempuan dan I memang nakkan warna putih yang suci. Sebabnya, menghormati keputusan SiDia nak baju nikah berwarna pastel. Adakah I akan nampak legam di dalam warna pastel? Warna belacan macam cantik juga ye :)

Fotografi
My favorite part in this wedding! I memang suka pose pose pose. Kena cari quotation dan bayar deposit secepat mungkin. Takut penuh tempahan. Ada beberapa nama yang I nampak bakal jadi penembak gambar kami. Radhi, Abg Rockstar dan Yop. Mana satu pilihan hati ek? Majlis nikah dan bersanding sangat memerlukan mereka ni. Untuk setiap moment yang bersejarah di hari yang sangat indah. Chewah!

Nampak gaya memang kena cari Pameran Pengantin. Dalam masa terdekat akan diadakan dekat Seremban 14 - 16 Jun dekat Terminal 2 la tak silap.. 

Nak pergi ni...
Ni pun nak.. tapi macam dah dekat sangat dengan Disember 
Sayang... jom!

Saturday, May 18, 2013

Panggilan Pulau : Pre Redang

Deposit semua dah siap dibayar pada Redang Lagoon Chalet. RM1000 semuanya. Bilangan yang pergi pun dah tetap 10 dewasa dan 4 kanak-kanak bawah 3 tahun. Harap-harap permintaan untuk 5 bilik twin disempurnakan oleh pihak chalet. Tapi, bilik twin takde yang sea view semua mengadap bilik lain katanya. I hanya tunggu masa esok pagi untuk serahkan senarai nama di Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu untuk semua yang pergi ke pulau esok.

Wahid, Kecik dan Nuin anak beranak dah selamat bertolak ke Terengganu. Putt pun akan bertolak petang ini. Diorang bawak kereta memang patut bergerak awal sebab bawa anak kecik dan malam ni diorang akan bermalam di sebuah homestay di Kuala Terengganu. I akan menaiki bus dengan Kak CT dan suami. Kami bertiga feeling backpackers katanya. Hahahaha. Dengan menaiki bus SP Bumi dari Terminal One, Seremban pada jam 9.30 pm ni kemungkinan besar akan tiba ke destinasi lebih kurang jam 5.00 am. Tiket bus berharga RM46.00 ye.

Barang I dah siap packing dalam beg 50L dan amazingly, banyak ruang kosong lagi. Syukur. Takdelah lenguh bahu nanti. Semuanya lengkap cuma tudung, tak tau warna apa yang I nak bawak cuma dalam kepala bermain dengan hitam hitam dan hitam. Match dengan semua baju. 

Alhamdulilah, Feri Sejahtera pun dah maklumkan pada I hal esok hari. Semoga semuanya selamat sampai ke Kuala Terengganu. Moga Allah permudahkan segalanya untuk kami semua anak beranak.

Tiket bas pergi - balik

Friday, May 17, 2013

Episod Baru Bermula

Tanggal 13 Mei 2013 bermulalah episod baru dalam hidup I dan SiDia. Setelah lalu macam-macam dugaan dan halangan, hari ini lah yang bakal membahagiakan kami berdua. Hidup bakal berubah. Syukur padamu Ya Allah. Semakin hampir dan semakin dekat hati dan cinta kami. Semakin kukuh rasa ikatan kasih sayang ini. Walaupun hanya satu langkah kecil, tapi harapannya adalah sangat besar.

Semoga SiDia tetap hatinya. Mengulit cinta tanpa rasa putus asa. Besar pengharapan orang tua kami, besar lagi gelora jiwa I yang tiada siapa tahu. Yakin, pelbagai kemungkinan tetap akan berlaku. Tapi semuanya adalah rahsia Allah. Selagi dijaga amanatNya, selagi dikerjakan suruhanNya pasti Allah kesiankan umatNya.

Berserah ye Sayang, jodoh itu rahsia Allah. Bukan mereka, manusia biasa yang menentukannya. Kita yang mencarinya, kita yang mempertahankannya. I redha, semoga ada sinar yang lebih baik untuk kita. Pedulikan mereka.. 

Kita lalu jalan kita sendiri :)

Precious :)



Apa Yang Perlu Dibawa

... untuk ke pulau? Macam-macam dah ligat main dlm kepala otak. Tapi beg satu je. Walaupun sebelum ni ada beberapa pengalaman ke pulau tapi itu sangat-sangat tidak memadai. Sekali pergi memang macam-macam benda nak beli. Sekali pergi ada je barang baru nak dibawa. Sebelum ni dah beli tapi masih nak membeli. Jom kita tengok 10 benda yang I wajib bawa kalau nak pegi pulau untuk snorkeling ;)

1. PAKAIAN MANDI - Kalau boleh yang selesa, boleh dipakai 3 kali sebab 3 trip snorkeling dan ringan bagi memudahkan pembawaan beg merata-rata. Tudung pun kalau boleh yang senang disarung.

2. SUNBLOCK & ALOE VERA AFTER SUN - Tak kisah apa jenama pun, tak kisah apa SPF pun. Tetap terbakar kan. Aloe Vera pulak, nak prevent dari mengelupas teruk ye.

3. SNORKELING MASK - Ni bagi yang ada lah. Kalau anda tak mau 'bercumbu' dengan mulut orang lain.

4. MINERAL WATER - Of course, bila dah snorkeling tu akan automatic rasa haus melampau batas. Sebabnya, kita kan terdedah dekat matahari... Dehydrated gak wey!

5. JAJANNNNS! - Memang chalet ada sediakan makanan pagi petang siang malam, tapi in between lepas snorkeling ke meal time, tak meragam ke perut u ols nanti hehe

6. SHAMPOO & CONDITIONER - Rambut confirm akan keras macam penyapu lidi. Bersedialah! 

7. BEACH THONG - hehehe bet me! Mesti u ols nak menikmati sunset / sunrise tepi laut kan. Petang-petang konon nak amik angin laut. Berpario mengirai budget sangat nak usha beach boys. Pakailah selipar je, kalau boleh yang sexy. Aww

8. KAMERA! - Alahai dah dapat agak, confirm gamba yang akan diambil... Gambar melompat (wajib! tak tau kenapa), gambar kaki ramai-ramai, gambar tengah terajang ombak, gambar pasir tulis-tulis nama, gambar air laut kaler jernih dan gambar silhouette masa sunrise atau sunset. Make sure memory card besar!

See! gambar tapak kaki
9. CHARGER - Tak kira la charger kamera atau telefon bimbit. Pastikan fully charge setiap kali masuk bilik. Nanti bila keluar berebut tau nak upload dekat FB wahahaha

10. EXTENSION PLUG - Paling penting, sebab nak capture gambar setiap masa, tak suka kalau bateri habis kan. Apalah guna charger kalau plug selalunya NO VACANCY hahaha! Come on... share pulak bilik, mesti semua berebut nak charge ok. Masing-masing bukan bawak telefon saja, sikit-sikit pun mesti ada tab punye, camera la, ipad la, ipod la, TV plasma (hahahaha, joking). Sila take note yah!

ops, gambar lorong pun nak snap


Thursday, May 16, 2013

RSVP : Tidak Hadir Pemilihan

Tau kan I terlampau suka sangat nak main netball :( tapi apakan daya, I tak mampu jugak nak bermain tahun ni dengan kawan-kawan yang lain. Mengejutkan sangat bila tarikh pemilihan pada 20 Mei 2013, waktu tu I akan berada di Pulau Redang dengan gegerl yang lain. Kata urusetia, sepatutnya diadakan pada 21 Mei tapi disebabkan audit, mereka awalkan sehari. Masih jugak I tak dapat bermain. 

Sedih, kecewa, hampa dan macam-macam lagi. Dah setahun tak pegang bola jaring. Ingatkan tahun ni lah masanya untuk I bersukan dengan game yang I boleh main. Takpelah, kemudian ada masa lagi. Memang tahun lepas kitorang giat main friendly match tapi tahun ni bila Fura dah takde sebab berpindah ke Pahang, kitorang pun menternak lemak je. Semua tak bergerak walhal ada je team yang nak ajak main. Sedih....

friendly pertama tahun 2012
Tak kisah la dapat main ke tidak asalkan kepuasan tu ada. Harapnya masih ada ruang untuk I yang memang dah lama tak bersukan ni. Mungkin dapat tingkatkan metabolisma dan menurunkan sikit berat badan... Tak kisah berhitam berjemur, asal hati puas. Tapi.... arghhhhh!~

game terakhir kitorang tahun 2012
Dengar cerita, Mak Mah pulak tu akan jadi coach. Bestnya! Confirm penat tapi seronok. Count me in, count me in! 

Secara rasminya, I tidak akan hadir ke pemilihan pemain bola jaring... 

Sekian.

Wednesday, May 15, 2013

Oh My Kawan : Beli Skinny Mok

Nama tajuk post pun dah menggambarkan siapa diri I sebenar. Ye, memang I mok pun hahaha nasib dapat kawan sama tapi tak serupa. Semua jenis ada. Nipis, tebal, kurus, gemuk, tinggi, rendah. Ikutkan, pattern semua complete. Takde masalah kot nak berkongsi pendapat berkaitan pakaian ataupun pemakanan dan juga produk melangsingkan badan. Hahaha.

Kali ni kawan-kawan gila I yang tak betul telah meracuni pemikiran I dengan satu produk terlaris pada masa sekarang walaupun I bukan seorang yang minat Korea Pop Pop semua ni. Sorry, memang tak minat please jangan paksa. 

Mula-mula kain kan color blocking kan kan kan. Kali ni skinny pants pulak. Terbaek! Semua port jual skinny mok dah dicuba. Dapat lah satu kedai di Kenanga Wholesale, yang jual skinny ni sampai size XXXL (dimana, size ini je yang I paling muat) yang bermacam variasi warna dan cuma berharga... RM29.00!! Wow! Ingat senang ke nak beli plus size murah-murah gini? Gila tau tak.

Terima kasih kawan-kawan! Daripada tak minat, terus order lagi pada Kecik kaler lain pulak. Memang size XXXL terhad, I terpaksa la takde pilihan. Ayat kawan-kawan, kalau keding kan senang! Itu tak bleh terima wakakaka. Buang je lah kurus tu jauh-jauh kalau baju mok pun dah senang cari sekarang. Kekeke. Yang penting I dah berjaya memanipulasikan wang ringgit dengan membeli barang keperluan, iaitu, PAKAIAN. Tak logik pulak sampai 4 helai kan. Ops! 

Semuanya sebab plan dekat Redang nanti nak pakai colorful skinny sama-sama. Weee~ Tunggu gambar cantik-cantik kiteorang ek ;)

Tengok bontot auntie kening lukis
Warna memang best! Size tarakkkk
Dapat warna ni jadi lah...

Kepada insan-insan gemuk di luar sana jangan mudah putus asa. Kita juga boleh melawa. Dengan syarat kena ada keinginan dan berani. Nak tau baju mok menarik diorang beli dekat mana sila roger. Hahahaha. 

Tengok kaki besar nye gambar ni. Camne nak kuruskan??? Mama menyesallll tak beliiiiii.

Tahniah Rakish & Ain

Sedap! Sebab Cik Jah memang buat catering. Tapi belum dapat makan lagi nasi tomato Cik Jah. Oh ye, diperkenalkan, Cik Jah ialah mak kepada Che Embun a.k.a Pejai. Dan Akish pulak ialah adik Pejai ye. Dipendekkan cerita, oh mai, sanggup Che Embun call I dari Australia semata nak menjemput. Ok taknak hampakan kawan-kawan, I ajak jugak Fira pergi. Nak dijadikan cerita jugak, Akish dulu tender dekat kafe Wisma Negeri. Haaa, kesimpulannya kawan-kawan office I pun dijemput ye. 

Congrats, color tu lawa dol! 
Seriously, warna emerald green sangat cantik dan meletop! Tapi warna ni dah ramai orang buat. Memandangkan wedding SchaWal pun warna ni. Maka ianya sangatlah bermakna kepada orang lain untuk jadikan emerald green sebagai warna tema jugak. Cun siuuuuut. Tapi dapat snap gambar ni curi-curi la. Sebab dah nak balik. Sayang... Memang cantik warna ko Akish.

Kenapa ada Amran Tompel jadi MC majlis ek? Best la pulak. Apa-apa pun dapat lah lepaskan hajat Che Embun ngajak tu. Actually, memang Che Embun ngajak Wanteh dan keluarga tapi atas urusan yang tak dapat dielakkan, diorang tak dapat hadir. Jadi, I lenggang kangkung dengan Fizi dan Fira je la siap berbaju color blocking yang baru. Silalah jamu mata ye hahahaha.

Bukti datang wedding Akish & Ain
Seronok, sebab Taman Ampangan ni port lepak dulu-dulu. So dapat jumpa kawan-kawan lama. Jumpa Che Embun (of course la tuan rumah), Man Terung & wife, Kak Long dan Kak Lang Zura & hubby, Dabak :) Selama ni punyelah berkomen dan berlike je dalam Instagram dan Facebook. Puas hati dapat jumpa face to face kali ni. Ngahahahaha. Siap upload ok.

Zura & Dabak - sweet!

Sunday, May 12, 2013

Kembalinya Uncle Azman Ke Rahmatullah

Kronologi pada 8 Mei 2013 (Hari Rabu)

7.30 am - Macam biasa I bersiap-siap nak ke office

8.30 am - Dah tenyeh thumbprint, tapi kereta masih parking dekat depan Dewan Undangan saja

8.45 am - Baru je masuk parking. Takdelah parking sangat, block kereta orang juga. Dapat phone call, Mama bagitau yang Achu bawak Uncle ke Casualty sebab Uncle sakit dada. I did asked Mama whether she wanted to go to the Casualty as I was just parked the car and I didn't leave the car yer. But, Mama need some times to wash up and getting ready and she wanted to wait for any news from Achu. That was fine then. I walked away from my car and went to the office.

9.15 am - Phone rang and I answered it. Mama called, "Kakak, Uncle dah passed away," Innalillah... Daripada Allah dia datang kepada Allah juga dia kembali. I tanye Mama lagi, "So how?" Apa yang I faham, hospital akan mandikan jenazah dan bawak pulang ke rumah. Kemudian lepas Zohor akan disembahyangkan. I asked Mama again whether she wanted to go to Achu's. Mama nak tunggu Ayah dengan Wanyong. Ok I kerja macam biasa...

10.00 am - I tak sedap hati dan tanya Mama lagi skali. Still the answer is no. I call Adik untuk inform dia jugak. Mama did asked me to spread the news through Facebook so that all my cousins will be informed. Alhamdulillah I got a few positive responses. They even showed up during the funeral. 

12.00 pm - I bergerak balik ke rumah. Tapau some lunch dan bawak balik untuk makan dengan Mama. I asked Mama, though, "Macam mana dengan Ayah dan Wanyong dah makan ke?", jawab Mama, "Mama dah suruh diorang makan dulu siap-siap," but Ayah is always Ayah. Last, kami share nasi dan lauk untuk 2 orang sama Wanyong dan Ayah. Alhamdulillah, cukup kenyang.

1.10 pm - Lepas makan i terus ke Masjid Rasah Jaya. While, Mama and Ayah together with Wanyong just go straight to the cemetery. Jemaah baru nak sembahyangkan jenazah dan lepas selesai, I terus ke Tanah Perkuburan Senawang. Selesai dikebumikan, I terus ke office balik. Uncle selamat disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan Arwah Opah, atas permintaan Achu.

Alhamdulillah, my cousins, Eddie dan Riz sangat tabah dan boleh diharap. Semoga mereka ni jadi contoh kepada Adik. Sedih tengokkan mereka turun menyambut jenazah Ayah, macam mana Ayah mereka menyambut mereka masa baru dilahirkan.

My uncle died due to cardiac arrest. Will be update about this  matter, soon.

Tenanglah disana Uncle, Insya Allah kalau ada kelapangan kami melawat lagi. 

Al-Fatihah...
(Azman Bin Abdullah : 1956 - 2013)

Kenangan hari perkahwinan Achu dan Uncle

Friday, May 10, 2013

Review : Kain Kita Bersama

Ingat tak I pernah membebel pasal Oh My Kawan Yang Gila tu? Yesss! I dah terima dengan selamatnya kain itu. Dan dah siap dengan selamatnya jugak. Huureyyy. Berbunga riang rasa hati tengok baju dah siap depan mata. Sepatutnya I ikut Fira pergi amik dekat rumah tailor di Seremban Selatan tapi memandangkan tugas hakiki melampaui segalanya, I minta Fira je amikkan dan hari ni I berjaya mendapatkan baju I. Ngeeee. Sengih tak berhenti dari tadi nih. 

Nak dijadikan cerita, I tak sempat sampai rumah dah try baju tu dekat office jugak. Nasib stor luas. Boleh la buat jadi fitting room sekejap. Alhamdulillah! Jahitan akak ni kemas, baju pun elok dibuatnya. Kalau diikutkan ketembaman I ni memang terfikir, apa akan jadi dekat baju I tu. Eksperimen dekat Tailor Cathy dah menjadi. Cuma harga terlampau serta melampau mahal dan mencekik darah satria ni. I cari option lain dan follow Fira ke rumah tailor dia. Baguslah, boleh jugak akak tu siapkan sebelum 10 Mei. Nak pakai ke wedding katanya. Termakbul pun hehehe.

Abaikan background belakang dan jari gemuk!
Review berkenaan dengan kain : So far kainnya memang sejuk dan nipis taklah tebal macam songket tu tapi tak juga licin macam satin. Its Italian silk crepe or... Italian crepe silk. Either one can go lah! Hahaha. Confirm, kalau berpeluh akan nampak di celahan tapi kalau pakai something inner like sleeveless takkan meresap ke baju peluh tu. Kainnya jugak ringan dan ikut angin jugak. Paling best, ianya tak melekap ikut bentuk badan. Untuk 4 meter bidang 60 ni masih ada lebihan kain yang tailor bagi katanya kot nak buat tudung. Maknanya kalau insan kurus, bolehlah buat sekali dengan baju anak kecik ye. Lace pulak memang ngam di bawah baju dan tangan. Ade sikit labuci kecik. Besar jugak lace tu. 

Review berkenaan dengan tailor : Takde apa-apa komplen langsung nak bagi pada akak tu. Jahitan dia ok. Ikut badan I dan selesa. Jangan sesekali salahkan tailor tak pandai jahit baju kalau badan memang dah berlayer lemak. Itu masalah sendiri bukan tailor ok. Looking forward to send more cloths to her. Harganya murah, berganda murah dari Tailor Cathy di Senawang. Lepas ni nak cuba baju lain pulak. Cutting baju I ni pernah sorang stewardess tempah gini jugak katenyeeeee. Ye kak, itu kelakar tolong jangan bagi harapan palsu pada saya yang tembam ni ;)

Nak beli lagilah kain ni!

Thursday, May 9, 2013

Jauhilah Sifat Pentingkan Diri

Orang begini sangatlah kritikal pemikirannya. Sanggup mementingkan diri sendiri demi kepuasan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Tak salah kalau digelar, pemikiran kelas ketiga. Tak layak untuk kelas kedua pun. Sebab apa? Tengok sendiri gambar di bawah...

Let me introduce my parking lots in Wisma Negeri, my proud workplace. Semestinya lot untuk meletak kenderaan sangat terhad di dalam kawasan tempat kerja kami. Kereta terpaksa parking secara bertindih dan budaya block memblock kereta sangatlah popular disini. Berbeza dengan kawasan pejabat lain kalau kereta lain block adalah dengan cara menurunkan handbrake. Pandai lah kereta yang kena block tu untuk tolak kereta depannya. Macam di HKL tempat Mama bertugas. Budaya kami, tinggalkan nombor telefon di dashboard dan kalau nak keluar empunya kereta akan dicall dan turun untuk alihkan keretanya.

Berlainan dengan pemilik makhluk hijau macam dalam gambar ni. Dengan sengaja dia julurkan sikit keretanya untuk halang kereta lain block kereta hijau macam best dia tuh. Kecewa dengan pemikiran begini. Kereta besar tapi confirm otaknya kecil. Sangat menyusahkan. Kesian sikit derr, pada orang yang datang kemudian. Mana lagi nak park kereta.

Kureng arrr kete niii

Kepada tuan kereta hijau,

I tau u datang awal. Sebab tu u dapat parking depan tangga gitu. Tak macam we all yang punch pukul 8.30 am ni, Terpaksa berebut parking. U boleh relax lagi datang pagi-pagi buta tak perlu mengelabah bila car park dah full. Tapi, pernah ke u terfikir kenapa we all datang lewat? U tak fikir kot kadang we all ada anak kecik, kadang tu rumah we all jauh. Oh ye, lagi satu, I tau kereta u mahal nak mampos. Tak sayang ke kalau jalan tu jadi sempit then kereta u kena sagat dengan Pajero atau apa-apa 4WD yang buat-buat tak nampak kecomelan kereta u? Mungkin u rasa kereta u murah je kot. Kereta basahan. Nak langgar..? Go on...! Ade 10 bijik lagi kereta macam ni kat umah. Mungkin la begitu kan. I kesian pada mental u yang dah bercalar, sebab tu u tak kisah kalau kereta u pun tercalar. Kalau ada hati dan perut, silalah berfikir di luar kotak. Tak salah parking ke dalam sikit. Kalau nak keluar telefonlah we all yang block ni. Tak susah kan... I rasalah, handphone u tak topup lagi kot..? Loser

Hahahaha sekian luahan hati kakitangan yang WP3. Kami tak harap ade parking lagi tapi tolonglah bagi ruang sikit untuk kami. Lagipun, ni bukan tanah mak bapak u all ;) 

Ops! 

Wednesday, May 8, 2013

Kejutan Audit... Terima Kasih!

Kejutan, kejutan, kejutan... SURPRISE! I memang sukakan kejutan macam ni. Lagi-lagi yang boleh buat migrain dan sekutunya menyerang secara tiba-tiba. Ditambah-tambah masalah. Tak baik burukkan orang lain, lagi-lagi kawan sepejabat. Tapi... tapi... Tapi I takde tempat mengadu! Biasalah yang lemah memang selalu ditindas dan diperkecil. Yang mulut manis macam baru lepas hirup air gula akan diagungkan. Tapi ini dugaan kecil kot. Allah bagi nak bagi hambaNya yang kerdil ni sedar, mana boleh hidup senang dari mula sampai akhir. mesti kena lalu susah sikit-sikit. 

Yang membuatkan I sakit hati sangat tu, kerja makin menimbun. Bukan kerja sendiri pulak tu! Kerja orang lain yang I buat. Kalau kerja sendiri berbaloi jugaklah.. Kalau diikutkan, I pernah story sini pasal bermulanya tugasan baru yang sangat buat I happy. Sebenarnya dah lama delay kerja baru I. Semuanya sebab mamat tu! Dia punya hal semua orang dapat susah. Kerja berpusing tapi dapat tempias memang I lah.

I dah mula carry sikit kerja baru. But still, buat kerja lama. Alasan tak masuk akal : Mamat tu belum siap lagi kerja-kerja dia. Kesian pulak dekat Adik yang nak kena sambung kerja dia nanti. Puiiiii!! Geramnye dengar alasan gitu. Hari-hari dia mengadap Internet. Kerja ke gitu???? Habiskanlah cepat jangan nak menyusahkan orang.

Paling menyedihkan dan membebankan otak sampai migrain dan sakit otak ialah Naziran Audit akan datang. Sepatutnya Khamis, 9 Mei 2013! Gila babas otak terkeluar I macam gini. Mana mampu nak selesaikan kerja yang banyak tertunggak dek mamat yang konon-konon mention gini dekat I, "Eh, Wanie, ko takyah la setelkan semua sebab aku nak belajar sikit-sikit. Kang aku tak reti pulak nak buat kalau ko dah buat semua," kan ke bongoknye tu... Alhamdulillah, Allah bantu hamba yang lemah ini. Audit akan datang minggu depan samada Isnin atau Selasa. 

Paling gile kata-kata dia masa I minta dia buat kerja yang bakal diserahkan tu bersama-sama. Memang statement kerat leher orang, "Audit? Ala mana aku tau buat. nanti lepas audit lah aku masuk sana. Aku tak leh angkat barang berat lah," memang rasa oren kata-kata dari seorang lelaki yang sorry, I tak hormat langsung lepas ni. 

Terima kasih sebab tunjuk contoh begitu dekat I. Terima kasih sebab berjaya mengenakan I untuk kali kedua (Pertama, hal kenaikan gaji memang I pernah bergaduh dengan dia). Terima kasih juga kerana berjaya membuatkan I mengeluarkan kata-kata kesat sebab dah geram sangat. Paling terima kasih, esok-esok kalau dia mintak tolong I berkaitan hal kerja tu, "Eh, aku banyak benda nak kena buat ni ko tolonglah baca sendiri je Pekeliling ye, terima kasih!" 

I really meant what I've said. Lantak ko!

Monday, May 6, 2013

Welcome Home, Sayang

It's been a while since you've been away from me. I've waited patiently and prayed for u to come back to me. And my pray was granted. Sayang reached Seremban on Friday night! After all the misses, I hold back his hand again, he hold me on his arms again. Warm, as usual. Oh, how I missed him so. We've been into an argument before. I know I never gonna meet him that night. But he really fulfilled his words to come back to me. And, can't even stop smiling all night long..

First impression when I saw his face, "he looks absolutely tanned!" because he worked direct under the sun. No sunblocks, no roofs, no umbrellas and nothing to cover him up in the middle of the paddy field in Tanjung Karang. His body, his tummy in details, lucky, it remain on how it looked from the day he went away.  Fuh... Overall, he slightly lost his weight but only a bit, not as much as I always taught.

The hair became longer. I just love the looks. I want his hair to like that, like forever. But I know, he must go to work in proper attire. Clean cut hair with good clothes. He also lost his fair skin. Still, I love him, no prejudice. In either way, in either color, in either size. As long as he is still my Sayang, I still love him, for him. No other else. 

Speechless and no words can speak my heart out. Only pictures worth a thousand words for me to describe him in my own thoughts..

I love you, Sayang! 
Sebelum rambut ditarah!
Kesian.. nak keje kena potong!