Hari ni hari apa ye wak? Hari Rabu... Tapi sebenarnya saya nak bagitau. Awak, kita dah cukup SEMINGGU! *ops parody budak couple seminggu sikit. Hint untuk entri ni ;D
Happy anniversary, Sayang! Its our 9 months anniversary, that comprises bitter and sweet, full of love and craziness (sometimes). Luckily, it fall on Ramadhan 1st. We can't have lunch together. Come, we go to Masjid Negeri again tonight. Perform our Taraweeh Salah together. Hope this will be lasts forever.
Ramadhan pertama duduk berdua saja dengan Mama. Ramadhan pertama dengan SiDia, si Gajah Biru. Ramadhan pertama jugak menggunakan UTrim. Macam Ramadhan yang lepas-lepas, makan setakat ala kadar. Tak ada apa nak diidamkan. Banyak lagi komitmen lain selain fikir hal makanan. Hal ibadah, hal kahwin dan hal kerja. Walaupun tahun yang lepas-lepas tu selalu mengidam itu ini. Tahun ni, kuih pun tak order. Tengok sample kuih memang takde mood. Tak tau la mungkin bila dah pertengahan puasa nanti bernafsu. Yang penting akan buat kuih sendiri. Nyum!
Berjaya join terawih malam pertama, kitorang berazam nak penuh puasa dan tarawih. Walaupun I yakin akan period nanti. Huhuhu. Alhamdulillah reproductive system masih berjalan lancar.
Hari ni mulalah jadual macam Ramadhan yang biasa I. Sahur, iron baju, solat dan terus ke office untuk punch 7.30 am. Balik pulak jam 4.30 pm terus ke PARAM. Sampai rumah bersiap untuk berbuka dan solat Maghrib. Makan ala kadar dan ke Majid Negeri terus. Semoga dipermudahkan semuanya untuk I dan Mama. Mujur Mama bukan jenis makan itu ini. I, takat nasi dengan ayam goreng atau sambal bilis pun dah boleh jalan. Untunglah u kan sayang. Hahahaha.
No comments:
Post a Comment