Nuffnang Ads

Monday, July 22, 2013

Raya Oh Yeah : Versi Shopping

Nope! Tiada shopping untuk raya kali ni. Shawal 1434H ni I tumpukan pada perkara lain. Lots of it. Banyak perkara lain dalam otak tengah berjalan sekarang. Macam-macam idea pulak bila raya menjelma. Idea membeli. Waktu macam ni, yang banyak jualan murah mestilah nak ambik kesempatan. Siapa tak mau. Beli sekarang, untuk kemudahan kemudian hari.

Antara lokasi yang bakal I kunjungi untuk membeli beberapa perkara ialah Jakel Jalan TAR, SSF, Nilai 3 dan galeri tudung (tak kiralah mana-mana, Al-Humaira ke Najjah ke Sugarscarf ke). Hopefully semua tempat ni ada jualan murah-murah untuk kegunaan Disember ni.

Bila dibuat kira-kira, alamak banyaknya nak beli. Baju melayu Ayah, kain Mama, kain baju nikah, tudung nikah, door-gifts (kalau ada), kain baju sanding, bunga pahar dan lain-lain perkara. Dengan harapan, bonus dapat seperti yang dah dijanjikan. Perkenankanlah Ya Allah...

Rasa macam list dekat atas tu sebenarnya panjang lagi tapi tak tau kenapa macam ada 2 barisan je. Nak nangis rasa. Gaji belum keluar dah macam-macam dalam fikiran ni. Aiyoooook! Tapi kan, bak kata Kecik kalau dekat-dekat nak raya nanti akan lagi dapat murah. Datanglah nak kena cuti pulak....

No comments:

Post a Comment