Nuffnang Ads

Wednesday, July 31, 2013

Iftar 1434H : Geng Legam


Ops, ada campur jugak mereka yang tak berapa nak legam. Kali ni meriah sikit. Walaupun Wawa tiba lewat sikit. Dapat jugak kumpul lagi dengan Put, Kecik, Nuin, Kak CT dan Wawa, plus, Reen dan Eyna. Walaupun ada hati-hati yang terluka tapi takpelah, lain kali harap dapatlah mereka tu join. Kami terima semua dengan hati terbuka. Jangan salah sangka dengan kami na... Nak enjoy, tak mau stress-stress...

Check this place out! Ape-ape Google ye hehe
Motif ada drive-thru?
While waiting... muka letih tau, dari Jalan TAR then rushed ke sini...
Minta maaf awal-awal, bukan nak review berkenaan dengan tempat berbuka (adalah sikit-sikit kot!) sebab makanan rasanya semua tempat lebih kurang dan keistimewaan tempat ni ada satay yang banyak dan best. Let's get it started. Semua hadir dengan pasangan masing-masing. Kecuali Nuin bersama 2 askarnya. Insya Allah Nuin, tak lama lagi akan berempat datang ke event kita ye :) 

Kalau nak datang tempat kitorang berbuka ni silalah cari review berkenaan Zam Zam Cafe & Satay Club. Terletak di Lebuh Bandar Utama. Tak susah pun nak cari tempat ni kalau pakai Waze. Ahahaha, sorry, kami orang Seremban tu yang bebal sikit area sini. Thanx pada Putt yang sudi tolong book kan tempat untuk kami seramai 12 orang. Harga buffet di sini berpatutan ye. RM38.00 sahaja. 

Haa, tengok kepala Kayla teleng-teleng tu sebab orang nyanyi kat dia.
Hahahahahaha
Havoc la ada korang ni bebudak! Rindunye.....
Front : Adelia, Alisya, Mikayla, Rafael
Back : Rizq, Adam, Qaseh, Cinta
Makanan boleh tahan sedap dan puas. Dining hall terbahagi kepada 2, biasa dan berhawa dingin. Mungkin kami dapat di luar sebab lewat tempah la. Kalau dekat air-cond lagi best kot! Budak-budak suka berlari-lari sebab kawasan besar. Mak-mak tenang berborak sambil gelak-gelak. Ayah-ayah ada kawasan merokok diorang dan bila dah letih makan tak berhenti, semua turun ke bawah untuk main pool. Amboi, best lah korang kan. Bebudak semua dekat kitorang. Bujang sementara nampaknya Shuk, Abang Bas, Abang Rockstar, Shah, Fairuz dan Pian (datang last). Fizi, u memang bujang lagi hahaha. 

Kawasan tempat letak kenderaan memang spacious. Ada jugak yang open air, ada yang berbumbung. Kitorang datang awal. Sorang-sorang datang semua kitorang nampak cuma diorang tak nampak kita. Nasib lah, cermin tinted sangat. Surau pun ada disediakan. Cuma agak kecil ruangnya. Bila ramai panas sikit walaupun ada air-cond. Tah kenapa tak on. Tapi, Alhamdulillah... Dapat jugak sempurnakan apa yang patut. Waiter dan waitress semua tahan je la dengan perangai kitorang yang ramai ni. Lagi-lagi bila bebudak dah boring. Semua pakat berlari keliling restoran. 

Sayang korang! Front : Nuin, Eyna dan Alisya, Reen dan Cinta, Kak CT
Back : Putt, Kecik, Wawa (ko menipu kan bagi kepala je!) dan Samani
Thanx korang, merealisasikan perjumpaan kita ni. Siap ada surprise cake untuk Kayla. Bukan main riang hati Kayla tu bila semua nyanyi untuk dia birthday song. Cuma Adam, nape ko tiup lilin Kayla?? Hahahaha. Untuk tahun ni, kali pertama ni lah I berbuka di luar. Selalunya memang di rumah bersama Mama. Tak pernah jugak keluar berbuka dengan SiDia dekat mana-mana. 

Akan ada lagi kah?

P.s. Kami, geng HA wanita dah rasa terancam dan tercabar sebab sang suami-suami pun ada group whatsapp sendiri. Fizi tersenarai dan Shah ketua ye! Habislahhhh.........

Jaga-jaga, mereka dah ada group. Eeeeeeee! Ramas-ramas korang tau lah nanti.
L - R : Fizi, Abang Rockstar, Shuk, Shah, Fairuz dan Qaseh, Pian dan Abang Bas (duduk bawah)

No comments:

Post a Comment