Nuffnang Ads

Friday, July 12, 2013

Review UTrim Bulan Ramadhan


Baru 2 hari dah ngade tangan nak menaip review. Tapi bagi I, seminggu pertama ni memang saat-saat yang agak genting kalau bagi mereka yang dah lama tak berpuasa dan mula nak puasa secara tiba-tiba. Orang itu termasuklah I yang kalau 1st atau 2nd day mesti 'mabuk'. Dalam kes ini, terma 'mabuk' pada I ialah satu keadaan dimana I akan rasa pening, nak muntah, perut mengelegak, lesu dan rasa nak pitam. Logik kan kalau I guna ayat 'mabuk'. Mengalahkan ibu-ibu mengandung la simptom I ni kan...

Nak jugak share pasal penggunaan UTrim pada I. Setakat hari ke-21 penggunaan dan 2 hari dalam bulan Ramadhan, semuanya ok. Tak rasa simptom di atas ye. I ikut panduan penggunaan yang dah diberi. Bukan stokis I yang bagi, tapi cari sendiri dekat page UTrim. Ohhh, serius I taknak terikat dengan mana-mana stokis. Maunye tak, esok-esok diorang mintak gambar sebelum dan selepas. macam kawan I pernah kena. So, untuk mengelakkan kejadian itu, merata-rata I beli UTrim. Sekejap sana, pastu orang tu pulak. Hik3!

Waktu sahur memang I makan macam biasa dan lepas tu terus minum UTrim. Relax sekejap dalam setengah jam, I minum air kosong banyak-banyak. Bangun sebelum jam 5.00 am dan memang tak rasa nak tidur balik. Terus solat dan bersiap ke pejabat. Amboi, memang punch awal tiap pagi. Dekat pejabat, selain dari rasa bosan kalau takde kerja, I rasa sangat sejuk kalau duduk lama dalam air-cond. Alhamdulillah, takde rasa lapar atau pening atau sakit perut atau nak muntah. Cuma rasa bertenaga dan kurang rasa nak tidur. Tapi masuk tengahari automatik mengantuk sikit dan tidur sekejap dalam waktu lunch. Bangun memang rasa segar sampai petang. Bila balik dari pejabat dan bau Mama masak untuk berbuka takdelah ghairah sangat rasa nak makan. Masuk waktu berbuka I minum air kosong 2 gelas dan kurma 2 biji. Lepas tu barulah nasi, itu pun dapat telan sikit je sebab dah rasa macam kenyang sangat. Best sangat rasa. Masih ada tenaga lagi, nak pergi tarawikh di Masjid Negeri. Balik tarawikh pun ada tenaga lagi nak berborak dengan SiDia. Tapi masuk jam 11.00 pm memang automatik mata pun layu-layu dan menguap. Waktu malam I biasanya minum air kosong dengan banyak. Dah kurang minuman manis yang masuk dalam mulut. Sebab nafsu nak ambil makanan atau minuman manis sangatlah tertutup. Rasa tak mampu nak menelan kalau nampak makanan manis. Tapi kalau yogurt memang I punye favorite

Hari ke-21 memang berat I tak turun banyak cuma 5 kilogram sahaja. Tapi keadaan perut sangat selesa. Bila pembuangan air besar sangat lawas dan hasil pembuangan dalam keadaan yang bagus (dari segi warna, saiz dan ketumpatan - paham sendirilah) walaupun pada awalnya hasil pembuangan berwarna gelap dan berbau. Pembuangan toksin dalam badan, mungkin. Ditambah dengan kuantiti air kosong yang banyak I minum. Sentiasa rasa haus dan nampak air kosong terus telan. 

Hari ke-21 juga baju banyak dah longgar, macam tak sesuai pulak dengan pengurangan berat tu. Seluar pun loose satu macam sampai SiDia tegur. Baru 5 kg, banyak lagi nak kena buang. Untuk keselesaan badan dan untuk majlis bulan Disember. Muka pun nampak susut sikit, kata kawan-kawan rapat. Nak cepat lagi turun kena workout sikit. Insya Allah akan diusahakan walaupun dalam bulan Ramadhan. 

Sekadar berkongsi pengalaman, tiada niat nak menunjuk atau riak. Untuk kawan-kawan yang ada masalah berat badan dari kecik, macam I. Cubalah UTrim. Setakat ni I dah ajak Ain cuba sekali. Nanti tengok lah hasil dari Ain pulak. Bulan September nanti dia nak jadi pengantin. Harap Ain dapat juga realisasikan impian nak kurus sikit. Tak banyak takpe asalkan nampak hasil. Kalau diikutkan I takut juga kalau penurunan secara mendadak ni. Lagi orang nampak macam kita sakit pulak ye. 

Selamat mencuba ye. 

Gambar di bawah adalah hasil dari Google dan Facebook. Ada nombor stokis jugak dekat situ.
Sesiapa nak beli bolehlah call terus ye.

Ye, I ikut cara ni...
Ha ni ada no.telefon kawan I. Jemput ye cuba UTrim

No comments:

Post a Comment