Tidak hadir hanya apabila ada perkara tertentu yang menghadkan kemampuan bagi seseorang wanita untuk berpuasa. Just cut it short, kalau uzur didatangi haid barulah boleh lunch dalam bulan Ramadhan. Susah payah sangat intro yang boleh mengelirukan kita. Hehehe.
Alhamdulillah, I mendapat rezeki dan dipanjangkan umur untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan sekali lagi seumur hidup ini. Lagi istimewa bila Mama pun ada sekali, untuk bersahur dan berbuka bersama. Tak lah macam tahun lepas. Semuanya sendiri. Sahur jarang sekali. Makan berbuka ala kadar saja. Duduk sorang. Nak beli macam-macam dan makan rasa takde semangat.
Cuma tahun ni berlainan sikit dari tahun yang.lepas-lepas. I dan Mama akan berpuasa di Seremban. Ayah dan Adik di KL berdua. Kalau boleh teringin nak bersahur dan berbuka satu family kecil macam dulu. Rindunya... Tahun depan pulak I akan berasama SiDia. Oh ok lambat lagi don't get too excited.
Insya Allah, azam dalam hati nak pergi Masjid Negeri untuk berjemaah Solat Tarawikh. Tasha dah kahwin, I pergi sendiri je. Mungkin SiDia akan ke Masjid Paroi Jaya sahaja. Lebih berhampiran dengannya. Semoga Allah perkenankan impian I yang ini..
Sesungguhnya bulan yang penuh dengan keberkatan akan tiba kurang dari 3 hari. Tak sabar! Setiap Ramadhan pasti ada cerita dan pengalaman tersendiri :)
Sayang, first time I dengar suara u masa Ramadhan yang lepas. Ok tegur Tasha je tak perasan I pun... Hahaha ayat cari pasal*
No comments:
Post a Comment