Nah, some good reading for us. Pengantin baru dan kawan-kawan yang dah jadi pengantin lama. I kategori pengantin baru lah. Bagi chance ek. Feeling lain la sebab orang lain ;P haha. Semalam I mula search untuk wedding door gift tapi terjumpa benda lain pulak. Terus delay nak cari benda sepatutnya. Sebab melekat dekat ada satu website ni yang I rasa perlu share lah.
Bestlah website ni. Semuanya hal perkahwinan. Ok biasanya kita baca Majalah Mingguan Wanita atau Jelita atau Her World atau Cleo atau apa-apa lah kan. Dalam tu memang ada banyak kupas (oh mai, sungguh sasterawan ayat ini ye) mengenai permasalahan rumahtangga mahupun hubungan antara pasangan dan kekeluargaan. Tapi biasanya dekat office, mata kita akan melekat dekat skrin kan?! Ape kata cubalah khatam website yang bertajuk persediaanperkahwinan.com yang ada macam-macam tips. Boleh cover line sikit. Kalau magazine nampak sangat macam tak buat keje kat office kan hehehehehehehe.
I think I saw... MALAM PERTAMA? (feeling suci, buat-buat tanya) |
Diingatkan disini ye, bukan untuk bakal je, pengantin lama pun boleh je baca. Kiranya kalau untuk bakal tu bolehlah prevent sebelum kena atau buat apa-apa. Untuk pengantin lama bolehlah sebagai panduan kalau selama ni tersalah yang minor case. Eh kalau major case masalah rumahtangga refer pada yang lebih arif tau sebab kadang kita tak tau apa sebenar permasalahan kita. Amboi, ngalah kaunselor.
Tapi bagi I yang lemah dan serba kekurangan ni, semuanya terpulang pada diri. Berapa rak buku baca, beratus tips kahwin ada pun kalau dah perangai gitu nak buat macam mana. Kuikuikui.
Eh ada satu lagi website. Yang ni I selalu baca sorok-sorok. Sebab I rasa sebenarnya I jiwang jugak. Dah, daripada orang kata baik I mengaku sendiri. Ngeee. Ni semua pasal cintan la. Cuba baca, kalau tak muntah maknanya boleh la terima website ni. Seriously, I enjoyed reading it. Ada yang boleh dijadikan panduan, kalau ada yang rasa tak sesuai dengan jiwa tak payahlah nak paksa diri jadi orang lain. Meh tengok website ni jugak tentangcinta.com. Ok, setakat ini saja walaupun ada benda lain lagi. Tata!
Lupa nak wish...
Good luck!
No comments:
Post a Comment