Nuffnang Ads

Saturday, July 6, 2013

Kahwin Oh Yeah : Selesai 2 Perkara

Alhamdulillah. Allah dah permudahkan 2 perkara untuk majlis pernikahan dan perkahwinan kami. Selama ni masih berkira-kira nak cari butik pengantin dan photographer. Bila dah jumpa yang sesuai, kena berkira-kira harga pulak. Nak confirmkan mulut memang senang je. Tapi nak confirmkan tarikh dan booking sekali kena bayaran jugak kan. Hahaha. Everything is money. Kena gunakan sebaiknya supaya takde pembaziran melanda kami berdua. Semuanya pun kalau boleh nak deal dengan orang Seremban saja. Leceh la kalau luar kawasan nanti nak transportation.cost bagai. Haihhhhh. Pilih jalan mudah dan murah.

Untuk photography memang dah confirm dengan Radhi dari Shuttera. Bagi support dekat kawan-kawan lagipun cantik-cantik gambar Radhi. Muda dan fresh. I kurang la dengan gambar yang terlampau futuristik sangat. Sambil tu tak rugi kalau dengan kawan sebab senang nak berkomunikasi. Buat aksi terlampau pun takde rasa apa sangat. Kalau dengan orang mesti I malu kemut-kemut siap control cun. Yelah anak dara sunti yang pemalu camtu lah. Hahaha. Sila 'porcayo' lah ye.

Untuk mekap, dais dan baju bagi majlis di sebelah pihak lelaki memang dah confirm dengan butik Mahligai Qaseh yang terletak di Senawang. Terima kasih la pada pembantu butik yang sudi melayan kecerewetan bakal pengantin lelaki yang mulut laser muahahaha. Ok I admit! In term of benda gini, Sayang sangat lah particular dan banyak kehendak. Walau camne pun, terima kasih sangat-sangat dengan kerjasama korang. Price? Pakej mereka sangat berbaloi dan baju cantik-cantik, no doubt. Cubalah layan diri dan pergi ke butik ye.

Antara perkara yang belum selesai bagi pihak gegerl ialah door gift dan dais. Untuk nikah setakat yang mini sahaja. Insya Allah akan diusahakan tak lama lagi. Untuk pihak boboy yang lain semuanya diuruskan keluarganya cuma kad kahwin dan urusan majlis pernikahan belum buat lagi. Kad kahwin akan digerakkan selepas raya nanti. Nak cari dekat mana ye?? Yang murah dan cantik.

Hampir terlupa, kami belum beli kain untuk buat baju melayu dan baju kurung hari pernikahan. Jakel ada sale kan bulan puasa nanti. Ok nak serbu sana...! Yay!

Gambar dari FB

2 comments:

  1. wanie..!!! suni baru tau . congrats..!! naseb baik suni perasan wanie follow wanie..klu tak sampai kesudahan tak tau. suni harap wanie happy sgt ye.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. alahai suni :) segan je rasa
    memang happy sangat2 ni hihi
    ape2 pun tq ye suni.. datang tau!

    ReplyDelete