Tahun ni banyak kenduri kahwin kawan-kawan. Yang paling best, 3 orang Gadis Wonder (Wondergirls kateeenye!) pun akan menamatkan zaman anak dara dan janda. *uups, off record please! Sebab tu tahun ni kami takde percutian bersama-sama untuk menyemai kasih sayang di antara satu sama lain. Ditambah pulak ada yang sedang mengandung, dan ada beranak kecil. Tahun depan ye geng! Kita jalan ramai-ramai.
Errr, kenduri Fira bukan kawin tapi open house dan kenduri akikah ;) |
Dulu memang ada je plan ke mana-mana. Dan bestnye tu, jadi je semua tu. Masing-masing solo dan yang berkahwin pun suami sporting belaka. Paling dekat pun PD dan Jeram Toi. Itupun jadi buat potluck. Hehe. Sayang korang!
Tahun ni 3 orang akan melangsungkan perkahwinan. Maknanya hanya tinggal sorang saje. Insya Allah, ada jodoh untuk kau nanti, Jar. Kami semua doakan terbaik untuk kau. Kita tetap kawan dan macam biasalah, ada event ape-ape kita redah pergi ramai-ramai ok. Takde apa yang berubah. Cuma penambahan bilangan ahli sahaja. Yang lain tetap sama..
Doakan majlis Ain, Fura dan Samani berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang kami dah rancang. Doakan perkahwinan kami semua berkekalan dan bahagia sehingga ke Syurga. Doakan kami mendapat yang beriman di sisi Allah. Doakan yang terbaik untuk kami dan pasangan. Doakan ukhwah antara kami yang terjalin kerana Allah ini berkekalan dan diberkati Allah.
Errrr, seriously la tema lain-lain untuk 3 wedding adakah ianya bermaksud kena beli 3 warna lain-lain. Huihuihuihui! I love shopping!
Raya tahun lepas, Fura takde! |
Perkahwinan Huda, Zana pulak takde! |
No comments:
Post a Comment