Nuffnang Ads

Wednesday, July 31, 2013

Kahwin Oh Yeah : Silap Timing

...Sambungan dari cerita Raya Oh Yeah : Jalan TAR Sesak

Semua floor Jakel dah kitorang tawaf memang takde. Even dekat Level 4 yang department untuk bridal pun takde warnanya. Yang ada baju ready made, memang cantik mengancam, lovely semualah... 

"Harga RM1089.00 ni boleh kurang lagi dik..."

Amboi, kot kurang 50% pun RM500.00++ ye kak. Sekian. Terima kasih.

Ambil langkah paling best, masuk Semua House dulu ye. Kot ada baju ready made yang cantik. Baca dekat blog orang ada butik pengantin dalam ni. Kami memang suka mencuba dan meredahinya. Memang ye, ada satu tailor di Level G, jahit sepasang baju dan siap semua beads dengan veil untuk perempuan dan baju lelaki sekali, harga ialah RM750.00. Memang cantik jahitannya. Rambang mata. Sambil berjalan, masuk lagi kedai jual baju pengantin. Thanx bro, sebab bagitau butik pengantin yang ada disitu.

Ok, curi-curi ambik ni, while Sayang tengah tanye harga
Jom, naik Level U5. Keluar lif nampak Sayang You. Jalan terus sikit, pandang kiri, eh, Diana Bridal. Masuk malu-malu, soalan wajib memang tanye pasal saiz. Serius ek, baju dia cantik-cantik dan ada 2 kategori. Baju yang beads biasa dan tak berapa sarat, sewa baju sahaja sepasang dan aksesori harganya RM780.00 dan baju beads lebih berat dan kilau-kilau RM1500.00 Tak dinafikan, cantik. Pada mata I lah. Siap fitting satu baju putih ye kami berdua. Over sangat u ols! Sayang dah suka sangat lettew. Macam cancel je baju putih dekat Seremban. Dan kontra dengan benda lain pulak nanti. Tengok dulu macam mana.... Harap maaf, tak boleh la nak ambil gambar, ada notis ye dilarang mengambil gambar.

This color, please, please, please...
Malas nak cerita panjang, semua kitorang redah. Kamdar, Gulati's, Nagoya dan ape nama lagi tah tepi-tepi tu. Semuanya takde. Last choice, pergi sebelah Semua House, seriously I lupa nama kompleks tu tapi rasanya Plaza City One. Rasa heaven. Ada satu kedai baju ready made untuk warna peach-pink. Harga, RM350.00 siap beads dan ada size. Ok, kalau terdesak sangat, at least I have options here. Letih boleh tahan mencari kain. Balik tangan kosong. Payless tah kemana, dokoh pun tah kemana. Sebabnya bila masuk jam 5.00 pm memang kena bergerak ke Bandar Utama, sesi melantak pulak.

Tengok orang belakang tu ceria sebab dah jumpa butik best
Kesimpulan dekat sini ialah kami macam silap timing kesana. Masa memang ada berbaki 5 bulan lagi, tapi kecerewetan masing-masing akan kah dapat diatasi? Ada banyak lagi misi belum berjaya, dalam erti kata lain, none of it. Last sekali, Nagoya Terminal One di Seremban yang bakal dituju :p



No comments:

Post a Comment