Tajuk je omputih ok. Dari prolog sampai monolog sume ialah Bahasa Melayu pasar yang tidak mengikut tatabahasa yang betul, sekadar perbualan harian. Ada juga campuran dengan omputih, itu kerana nak tunjuk penulisan kelam kabut lebih kurang macam bercakap jugak.
Malas nak bercakap pasal Facebook (FB) ni lah. I godek pun dah jarang. Kalau saje-saja online tandanya I cuma nak tengok apa fesyen baju dan tudung yang terkini sahaja. Atau pun apa-apa offer menarik dari butik Pengantin atau online seller. Mostly, Fareeda la dulu. Tapi sekarang dah banyak yang lain. Another thing, bila kawan ada tag gambar atau status mereka dan "mentioned you in their comment," pasti I rasa sangat eager nak tau what is that. Itu saja for now. I did shared pictures in FB but it was a linked from my Instagram (IG). All the paragraphs below shown how FB had effected my everyday mood by telling rubbish and nonsense, recently.
GOSIP TERKINI SELEBRITI
SUMBER : Laman web berunsur gosip
MANGSA : Tempatan dan luar negara, kebanyakan tempatan
Banyaklah komen dan status yang selalu akan naik bila seseorang artis tu ada masalah atau sikit tak betul. Yang tukang bakar dah satu hal, tukang like pun ribuan, tukang komen tak payah cakap lah. Sepuluh kali load previous comment pun belum tentu dapat tengok sape yang first kuarkan komen dekat situ. Artis lelaki ke perempuan ke penceramah bebas ke ahli politik ke perawat alternatif ke semua memang kena punya. Ada je sumber diorang ni. Yang malas tu dia share je dari kawan tapi yang rajin siap kopipes! Kita yang scroll newsfeed ni tumpang baca, kadang friend ada 500 orang tapi 300 friends share gosip sama. MUNTAH!
BERITA SEMASA YANG BERMUSIM
SUMBER : Tabloid dan mungkin ajen perisik
MANGSA : Ahli politik dan ahli sukan
Normal, semua benda pun bermusim. Pertama ialah musim pilihanraya. Ohh, kat situ nampaklah peperangan. Keluar semua bahasa kesat dan carutan. Keluar semua cerita dalam baju, kain yang buruk-buruk. Mujurlah 5 tahun sekali tapi bila hadap SEKALI tu, mampukah? Same goes to any sports event. Penyokong sana akan kutuk penyokong sini dan masing-masing cuba tunjuk sokongan padu. Player kesukaan semua hebat dan mantap tapi ingat, langit tak selalu cerah ye abang dan kakak. Esok-esok tetiba minat team lain pulak.
MAKANAN
SUMBER : Pencinta makanan yang tegar
MANGSA : Kamera henpon
Cantek punye tangkap gambar makanan dengan 10 jenis lauk dan satu persatu dia load. Oiii, tu bateri habis cepat kot. Laku powerbank sekarang. Food-porn 360 24-7 katanya. Kalau berkhasiat ok, I really appreciate that. Yang bawa masalah kesihatan? Faham sendirilah kalau kenapa u gemok. Lagi-lagi sekarang ni Ramadhan, berlumba-lumba ye, "ni je menu berbuka kami..", dengan Siakap 3 Rasa, Tomyam Seafood, Sate, Kailan Ikan Masin dan dessert Red Velvet Cake. Itu belum masuk air minuman dengan kudap-kudap lepas tarawih. Ada yang masak sendiri, ada pula yang makan di restoran mewah, semuanya dengan matlamat yang satu, LIHATLAH DUNIA APA YANG AKU MAKAN PADA SAAT INI.
LKK (LOPEH KAU, KAU)
SUMBER : Tuan punya akaun FB
MANGSA : Friends
Newsfeed penuh kerana dia. Kalau bukak timeline dia, setiap 3 minit ada update. Orang kata peduli la dia punye akaun, itu I hormat. Tapi kan, perlu ke buat itu semua??? Status pertama, "jangan ganggu, BUSY, sakit otak buat report end-month ni nak migrain!" pada 10.37 am. Bila scroll, selang 2 minit kemudian, "I need a holiday, God help, friend help, this thing drives me to Hell" pada 10.39 am dan last sekali statusnya, "thanx to Lolo Lulu for sending me this" berserta dengan gambar cokelat Kit Kat satu jari je pada 10.52 am. Obviously, u ain't BUSY at all, but an attention seeker that desperately wants people concern over and over and over you :) I ada satu friend, siang post gambar pejabat selerak, petang gambar traffic jam diiringi status carut-carut dan malam gambar gelang mahal serta haiwan peliharaan. Pffffffffttttttttttt!!! I've claimed that FB is the worst storyteller because of this. U are telling people about 'the story of your life - my diary' in a wrong medium. There are many ways. Cuma berpegang dan menghormati hormat, the phrase of, 'cara masing-masing' :)
Ye, itulah antara isi kandungan FB dari akaun I. Yang elok berkenaan hal agama yang wajib, Alhamdulillah I baca dengan hati terbuka. Gambar vacation, kawan-kawan bercuti pun I suka tengok. Tak dapat pegi takpe la tumpang tengok gambar kawan-kawan happy. Yeah, I know I did the same before macam benda dekat atas tu tapi lama-lama terfikir balik, oh maiii, FB macam dah tak secure.. Kita private kan benda yang kita tak mau orang tengok. Tapi kadang ada balaci kepada orang yang tak suka kita akan stalk page dan korek sampai jumpa. Kita tak pernah buat dia musuh tapi hati orang mana kita tau kan.
Malaysia ada SKMM. Reminder untuk diri sendiri dan rakan-rakan janganlah upload atau share benda tanpa berfikir. Kang u all masuk penjara tau. Tanpa ikat jamin. Tak mau, tak mau, tak mau macam tu. Ok lagi penjara kot dari neraka nanti camne???? Astaghfirullah..
Itu aje lah nak share pada hari ini. Actually, there are more but I don't have enough energy to drag your eyes over it. More to come. It depends on my periodic observations. Yaikks, have to scroll more on FB huh!
Gambar hiasan Printscreen dari handphone ajeee |
No comments:
Post a Comment