ALHAMDULILLAH. Dalam masa tak sampai 4 jam, banyak berita gembira yang I terima. Semua atas izin Allah. Perjalanan hari ni mudah sangat. Semuanya. Dari mencari parking sampailah balik ke office semula. Allah perkenankan doa dari hamba yang lemah dan hina ini. Semuanya Allah dengar. Rasa nak menangis dan meraung pun ada. Tahan aje. Tapi terlepas jugak masa dekat Surau tadi..
Kaunter dia cekap lah... Kejap je nombor I naik. |
Alhamdulillah... ada seat :) |
Perjalanan pagi tadi bermula jam 7.00 am. Perjalanan dan urusan meletak kenderaan sangat mudah. Dapat parking dekat tempat yang strategic dan senang nak keluar untuk ke hospital nanti. Urusan GL selesai dan terus ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) untuk urusan temujanji bersama Pakar O&G pada jam 9.30 am. Mudah juga semua urusan. Urusan pendaftaran pun lancar walaupun giliran menunggu seramai 46 orang tapi nombor giliran laju sangat. Kemudian proceed ke Klinik O&G dan mudah juga. Masuk terus ke Pendaftaran dan ke Ruang Temubual bagi mengambil berat dan tekanan darah.
Waktu ni memang boring sikit.. |
"120/80 bacaan darah. Ok bagus ye," tengkiu nurse. At least lega sikit.
Nampak ada beberapa orang dekat ruang menunggu giliran. Berbekalkan nombor 4876, ingatkan lama waktu menunggu. Tak sampai 10 minit rasanya nombor dipanggil terus. Macam tak percaya. Terus I masuk ke Bilik 8. Dalam hati memang nervous. Macam-macam dalam kepala otak. Nak tanya dan nak dapatkan result. Pertama mestilah nak tau result darah yang diambil 6 bulan lepas. Kedua, nak tanya berkenaan status fibroid yang tumbuh dalam rahim I ni. Ketiga, will I get pregnant when we get married soon? Itu semua bermain dekat dalam kepala otak. Nampak doktor ni sweet sangat, semoga dapat bantu I.
Selesai buat ultrasound. Dan vaginal scanning. Ragu-ragu untuk buat VS tapi kata doktor takpe bagi tujuan perubatan. Bukan benda tu yang I ragu-ragu, I kan dah tak biasa memasukkan sesuatu dalam rongga badan. Tak ke perit nanti? Nasib baik doktor faham :) Fibroid hanya sebesar 1.4cm x 1.5cm sahaja. Bukan di ovari kanan cuma di luar kawasan rahim. Lain masalah tiada. Kes fibroid selesai. Kes parut-parut pada flammable liquids sebelum ni yang doktor risaukan. Sekarang I faham. Dalam kes I, begitu mudah nak dapat ectopic pregnancy. Perlu dapatkan nasihat doktor kalau betul disahkan mengandung. Insya Allah, Doc. Result untuk blood test semuanya normal, tiada apa-apa yang pelik. Fibroid kecil dan period regular. Keputusan doktor, discharged kes I dari apa-apa appointment. Alhamdulillah lagi sekali. Nak menangis rasa. Cuma kalau ada apa-apa cuma bawa appointment card dan terus ke Klinik Kesihatan atau ER. Rekod tetap diorang ada.
Urusan di MOPD untuk dapatkan appointment Mama pun berjalan lancar. Terima kasih nurse yang membantu. Cuma I kena marah sikit, kesian Mama ubat dah habis.
So far, semua appointment dengan pakar dah discharged. Ada 2 je pun. O&G dan Dermatologist. Belajar dari kesilapan. Mana yang tak elok kena elakkan. Mana yang baik perlu dimanfaatkan.
Insya Allah...
No comments:
Post a Comment