Nuffnang Ads

Sunday, June 30, 2013

Till We Meet Again, Penang

I'm kinda excited to reach Penang. To catch up with friends and to eat famous food in this food heaven. But things were the other way around. I only stayed at the hotel and hit their restaurant every meal time. Some sort of money saving when we went to courses, anywhere, the accommodation and food were ready for you. Don't need to go out and search for it. In this matter, its a time saving, though. 
View dari bilik I tingkat 16.. oh mai!
I beriya nak datang Penang sebab masa pergi tahun lepas memang best. Macam-macam tempat kitorang explore. Kali ni macam, dull, ok berkursus! Niat asal ye itu. Lainlah kalau memang nak bersuka ria. Ye betul jugak tu. Hehehehe. Back to the purpose of why am I here, at the first place.

Perjalanan pergi dah spoiled bila bus kami naiki broke down dekat Hentian Simpang Pulai. Erghhhh, bad sign, isn't it? We stopped there at 12.30 pm and the driver had to bring the bus to mechanic. The substitute bus only reached at 2.30 pm. All the while we had to wait and we just had nothing to do there! The new bus managed to sent us to our hotel and reached about 5.30 pm. At least kami sampai juga Hotel Royal. Alhamdulillah. Mulalah kehidupan makan, makan, makan. Gulp!

This is the hotel 
Life macam biasa sahaja. Dengan kursus sepanjang masa, makan on time, penuh kemengantukan bila bukan bidang kerja dan tidur awal sebab nak bangun awal. Sungguh skema macam duduk hostel. Tapi tak jugak! Kalau dapat kawan kepala ting tong mau sampai kitorang ke mana-mana. Nasib baik.roomate ikut jadual. So I pun gitu jugak. Malam kedua memang merayau, tapi naik bas. Ke Batu Ferringghi dan Padang Kota Lama. Tapi I tak turun langsung di Padang Kota Lama. Not with this crowd.. Hurmmmm. What a memorable places for me and Sayang. It reminded me of him. I miss you, Yang! Can't wait to see you this evening.

Amir Haziq (anak Siti Urusetia)
Hari ni dah mau balik. Kempunan yang belum terlaksana ialah Nasi Kapitan, Laksa Penang, jumpa Dayah HA, Nurul HA, Nae HA, Tasha Penang HA, Kak Mar HA dan merayau-rayau. Kempunan jugak beg dekat Batu Feringghi Night Market. I must have that bag.

Review untuk Royal Hotel pula, semuanya bagus. Bilik dan ballroom macam winter. Dengg! Makanan ok biasa-biasa. Ada sedap dan ada yang kurang. Alhamdulillah rezeki setakat ini. Tak tau hotel ni di kawasan mana sebab tak berjalan langsung. Keluar pun naik bas. Yang paling kureng ialah, setiap toilet takde bidet ataupun paip air. Ye, ini ialah sangat menyusahkan I. Tak selesa ok! Memang akan dicadangkan dalam ulasan dan cadangan kepada pihak hotel.

Perasmian penutup oleh Dato' Pengarah
P.s. dek sebab terlampau excited nak balik Seremban, dengan jujurnya I lupa nak buat aduan pasal bilik air tu. Eh stress tau tak sebab takde paip nak curah sana sini. Ngeeeee~

Thursday, June 27, 2013

Her Boyfriend Wrote A Book About Her?

Pathetic, when someone you love, that used to lived together, slept with you and even bathe with you every morning did wrote about your live. This is what happened to Hilary Winston, I first saw the book at the Big Bad Wolf and just grabbed it. I don't know the book was quite interesting when I took it after I saw it was mixed up in the cooking books area.

The story was all about Hillary's life, and her love journey, specifically. All of the disappointment started when she found out her ex-boyfriend wrote some kind of FICTION about her. While it supposed to have NON in front of it. She found troubles to have a boyfriend, a special one. Hillary committed to her career, family and her cats, but still have to look after a guy to date. She did found a few but each of them had a story behind it. Through friends, coworkers, and even Internet, for online dating. She told all the stories in detail and you won't missed a moment when she also stated about her current life. She found guys, she went to see the tarot card reader, just to see her fortune about love but it was all a disappointment. 

The language and the words in it was funny. Maybe she is a writer, herself. She wrote for a TV comedy series and I guess the sense of humor was born with her. She experienced to have a humorous boyfriend, who was also a writer just like her, that wrote the book about her, and her fat-assed. I just can't stand the way she wrote in her book, on how guys treated her. And all the accidental action she did with all the guys. She did taught me about HJ, BJ and much more. Frankly, the book is not suitable for teenagers as it is an adult reading. In details, the book was all about RELATIONSHIP AND SEX!

I'm looking forward to read a few more books from BBW. I bought about 20 or more and I gave some to my parents and a few people around me. It's kinda interesting to read books rather than you go out and waste your money on what is not important to your life, actually. Just a word ;D

Picture from Google
 

Geram! Geram! Geram!

Rasa marah membuak-buak. Mungkin jugak PMS menambahkan lagi kegeraman. Ok geram ada macam-macam jenis geram ye. Jangan disalah tafsir pulak erti kegeraman yang I cuba sampaikan. Contohnya : 

GERAM 1 : "Eeeeiiiyyy, geramnye kite tengok baby awak ni, rasa nak cium-cium pipi dia!"

GERAM 2 : "Kite memang geram tengok si gemok tu perangai tak berubah-ubah, ikut ati kite nak sepak-sepak dia laju-laju sampai Afrika!"

Kategori geram I ialah yang no.2 tu. Kening bertaut (bak kata Sayang), bibir ketap-ketap, tangan dah genggam penumbuk. Walaupun kalau beradu tenaga memang I kalah, tapi I tetap nak cuba nasib, kalau diberi peluang lah nak bertumbuk dengan orang yang I geram sangat tu. Tapi, dia besar :(

Ini bukanlah hal lain, tapi janganlah depan kita berbaik tapi belakang kita dia tikam perlahan-lahan sambil senyum. Orang macam ni wujud ye. Makin bertambah populasi, takkan berkurang, lagi-lagi akhir zaman. Bagus sangat perangai macam ni, pentingkan diri sendiri, asalkan perut sendiri terisi, lupa hukum Allah. 

Situasinya ialah, ada sorang mamat ni memang suka sangat menyusahkan orang. Kira tak boleh tengok orang mengarahkan dia gitu gini. Standard la kot untuk kita pekerja bawahan ni. Kalau rasa kerja ni gaji sikit dan tak mendatangkan apa-apa benefit, undurlah diri. Senang. Ramai lagi orang yang sudi bekerja dan gantikan tempat u. Buat iklan dekat newspaper, ramai lah yang berebut call u untuk rebut position u. Walaupun gaji tak seberapa, tapi puas asalkan dapat rezeki yang halal, demi sesuap nasi. Ini tidak, dahlah menyusahkan orang, lepas tu nak lepaskan diri sendiri je pulak. Yang menanggungnya? Orang sekeliling la. Takkan sampai dah nak pencen buat perangai macam ni... Hello, bukan sekali ek u buat macam ni. Memang nak pukul keliling bagi semua orang kena ek. Jangan sampai orang keliling pulak kenakan u.

Sebut je pasal pencen, ada jugak situasi kakitangan/pegawai yang tahap pemalasnya, nauzubillah! Mungkin sebab pangkatnya dan usianya, bila meeting ada je nak membantah. Tak boleh buat penambahan sikit dalam schedule seharian nanti mulalah bising. Ala, takat datang kerja main game dan minum lama-lama semua orang gitu. Tapi dek nak lepaskan diri sendiri, taknak ada tanggungjawab besar, memang semuanya dibantah. Haishhh! Memang dari muda belia ke macam ni? Ok nanti mamat yang atas ni akan ikut perangai pakcik yang disebut ni... Mungkinlah! 

Memang blog ni pelepas geram I. Ada isu dekat pejabat yang belum confirm lagi kesahihannya. Cuma dengar khabar angin, tapi berkemungkinan besar akan berlaku. Sama macam forecast oleh Jabatan Meteorologi berkenaan Tsunami yang bakal melanda Pulau Pinang sekali lagi, begitu jugak keadaan di Seremban ni. Semuanya hanya ramalan, belum terjadi lagi. 

Entri ini akan diupdate bila semuanya dah 'meletop'. 

Daripada, 

Yang sengsara tengok perbuatan tak bermoral...

Sekian.

p.s. entri ini memang menuduh kepada orang berkenaan dan nama si pesalah adalah dirahsiakan oleh pengarang agar tidak menjadi masalah negara kelak. 

Wednesday, June 26, 2013

Dimana Letaknya Perikemanusiaan

Astaghfirullahal'azimmmmm, kalau I jumpa mereka berdua ni memang I pijak-pijak. Eh, tak baik pijak orang. I akan serahkan dekat polis biarlah dapat hukuman tapi sebelum tu I lempang muka diorang sampai I puas hati! Ape punya manusia mendera anak sampai macam ni?? Tak ingat Allah ke? Tak tau ke itu anugerah? Kita yang berharap ni punyalah nak menatang anak tu betul-betul. 

Taknak mencarut banyak sangat, nanti berdosa dan makan diri. Bacalah sendiri artikel oleh Harian Metro yang ada kawan share dalam FB ni...

Teman lelaki, ibu ditahan


Semoga yang melakukan perbuatan ni insaf dengan segala yang dia dah buat. Bagi orang-orang gila di luar sana yang perangai macam makhluk 2 ekor ni, kalau taknak anak u all bagi lah pada I.. Insya-Allah, akan I jaga sepenuh hati, daripada dia terseksa macam cerita dekat atas ni. Lagipun Allah sayang anak ni, maka Dia tak bagi anak ni terseksa lagi lama... Bayangkanlah dalam usia 2 tahun :'(

Syurga lah tempat mu nak... 

- Al-Fatihah buat Muhammad Umar Haiqal -

Tuesday, June 25, 2013

Geng Legam Layan Stim

Oh my dear, please don't get us wrong! Ini steamboat ok hahahaha. Memang digelar stim aje. Short-form katanya. Ayat kasarnya 'layan stim' senang sikit nak nyebut ye. Sekali dengan sambutan birthday in advance untuk si Kecik. Tapi ini ialah surprise. Berjaya jugak pujuk SiDia ikut kitorang layan stim. Bukan apa, kalau jalan sorang-sorang kan tak elok darah manis berjalan merata. Hikhikhik. Alahai, lagipun tengah cuti hujung minggu, SiDia pun balik agak awal hari Sabtu tu.

Early that night with Sayang :)
Hello, I paling jauh ye sebab dari Seremban tapi why, why, why I sampai dulu di tempat kejadian?? Bertempat di Madam Rizzq Steamboat & Grill, Taman Puncak Jalil, tepat jam 8.00 pm I dah sampai ke sana. Where the hey are everybody? Oh lupa diorang lagi jauh. I dan Putt sampai bersama-sama, kemudian Wawa. Lepas tu baru muncul satu-satu umat. Paling lambat birthday girl lah! 

Padahal Kecik dah mention dekat whatsapp group Legam, dia tak dapat datang, sebab ada sedara mara datang rumah. Kena la duk umah kan. Setelah Wawa menggunakan ayat kelembutan, Kecik setuju jugak nak datang tapi lambat sikit katanya. Takpelah lambat pun asalkan datang sebab kita nak surprise dia. Konon-konon dengan kek Wondermilk, harapan tinggi nak Kecik datang jugak.

Inilah dia... Birthday Girl!
Acara tiup lilin tapi asal nyala balik???!
Bergambar dengan Birthday Girl la kan.... Geng Legam ni!
Tak mau cerita pasal makanan dan acara masak memasak, sebab semua tempat stim sama je menu dia kan. Cuma sup dan tomyam je beza sedap dengan tak sedap. Paling best, awal-awal Pian dah cakap, "lelaki duduk table sini kan?", memang betul nun hujung meja belah sana diorang duduk. I redha je join mak-mak budak ni memasak, dan curi makanan yang diorang masakkan. Heheheh tq korang!

Abaikan baju yang 'tersengih' muahahaha!
Rindu Am ngan Kak Ton *XOXO
Macam biasa, aktiviti utama makan, aktiviti kedua, celebrate birthday Kecik, aktiviti paling power ialah bergosip dan bergelak ketawa tak kenal tempat orang ke tempat korang ke tempat sunyi ke bising ke. Haaaa, lagi-lagi ada Kak Maz, mau tak bingit. Kiranya semua memang kecoh la. Kadang tu terkeluar jugak suara jantan I masa tengah gelak. Whoops! Apa-apa pun memang kitorang enjoy sangat dekat situ walaupun tempat JAUH nauzubillah! Pasni tak kira laaaaa, mesti kena Seremban pulak. Hahahaha

L - R : Nuin & Rafael, Putt, Kecik, Kak CT, Kak Ton, Am & Iman, Waniesamani Demok, Wawa
Seronok dapat jumpa Wawa, Putt, Kak CT, Am, Kak Maz, Nuin dan Kecik. Semuanya happening. Cuma gambar agak gelap, kitorang duduk luar restoran, taknak asap berkepul kat dalam restoran katanya. Tapi, kat luar jerebu la pulak!

Murah dan sound system leh la tahan jugak tau!
Dalam 10.00 pm semua pun bergerak pulang ke tanah air masing-masing. Cuma kami, iaitu, I, SiDia, Put, Abang Bas, Kak CT dan Abang Rockstar sambung ke karaoke pulak! Yahuuuu~ Redah je la Malaysian Idol dekat area Jalan Reko, Kajang. Lepas tu... Amik lah balik sampai rumah dekat 5.00 am. Gila betul karaoke 3 jam hahahaha. Apa-apa pun thanks sebab belanja orang Seremban. Hihihihi.

Monday, June 24, 2013

Game Over Doyok!

Hahaha. One word, congrats! Memang meriah la wedding Doyok dengan Dyana ni. Dewan besar dan cantik pulak tu dekat Taman Bukti. Sesiapa yang nak kahwin dekat Seremban dan kawasan sekitar bolehlah berurusan dengan AJK Dewan Datuk Haji Maideen. Nak info dan nak berurusan, sila Google dan deal sendiri ye ;) Kiranya ada option la selain dari dewan MPS, KBS, LPPKN, Spanish Villa dan Rasah Kemayan. 

Tak payah cerita banyaklah, tengok sendiri gambar-gambar yang I sajikan ni..

Sayang, Bunga dan Apaknya 
Adoiii... lelaki sume ni susah gile nak posing ok tak reti duduk diam.
Tak macam gegerl, sume baik dan bagus-bagus pandai pandang camera :)
Ikha & Mawanie 

Amik berkat sikit.
Lepas wedding memang I dan SiDia teman pengantin untuk outdoor session di Hutan Lipur Lenggeng. Sepatutnya lokasi ialah Port Dickson, tapi keadaan jerebu yang kritikal tak mengizinkan kami semua ke sana. Photographer terpaksa ubah venue untuk dapatkan hasil gambar yang baik.

Di bawah ialah gambar-gambar the making of Doyok & Dyana.. Perit jugak ek hahaha.

Tengok-tengok, diorang yang lebih bergambar 
Last sekali, photographer pun nak jugakkkk
Dah snap tengok, tu abis bateri cepat kan ahaha
p.s. macam mana kita nanti ye, Sayang? Taknak hutan dengan lautlah, shopping complex boleh tak? Hahahahaha

Friday, June 21, 2013

My Photo Journal

I've observed a few sites that gave service on photo blogging. As per mentioned before, I love to capture moments, I love those picture editing works and I love people to see what I saw. I don't see any of the websites that gave me satisfaction as Multiply did before. I found Multiply had gave me so much spaces and easy-accessed website as it comprises a few sharing applications on it. 

For now, the best photo blog for me to upload all my pictures is Flickr. I did used them before but I found it doesn't show those user-friendly attitude towards me and of course, I hate COMPLICATED things for me to use. But still, I don't have any option on it. Seriously, I'm not gonna upload it on my FB. I want things to be more privacy, where, only certain people can access my photos.

Give me some photo-blog's website for me to upload those pictures that are so precious for me. Multiply had closed their operations and moved to other website. It meant by, my photos in it were all gone. Where I got a few good photos to be saved, supposedly. 

Come check my Flickr.com/fizwanie (I named it after Fizi & Wanie, a collaboration). Dear, I've lost my editing touch, or  maybe I still need my Photoshop software in here to polish my skills. Photoscape is for basic editing only and I can't do some editing in it. Boring....

Dissatisfied!
I still need to adjust a few things before uploading pictures on it... 





Nak Kurus : Proses Penyembuhan

Cerita ni 2 dalam 1 jugak. Pertama kali pasal latihan netball. Makan masa jugak training 3 minggu tapi badan jadi sedap. Rasa fit dan energetic. Lagi-lagi training kena disiplin. Bangun awal pagi dan terus ke court. Training memang ada break tapi macam biasa yang paling hujan sekali I lah. Luar dalam memang kuyup. Takde kesian punye. Orang lain maintain je peluh kering cepat. I punye, kena sidai baju baru kering. Haiyoooo manyak lemak bakarrr! Cuma berat tak turun banyak. Bebaju rasa longgar dan sedap pakai. Errr, cuma punggung makin lebar apsal? Risau jugak...

Jangan kata bersukan kalau dari atas sampai bawah tak sengal. Tangan, sengal dari lengan sampai tapak tangan. Hebat betul penangkapan bola agaknya. Serta balingan dan tepisan juga! Hahaha. Kaki yang selama ni duduk berehat pun mengalami kesakitan yang extreme. Alhamdulillah, takde terseliuh atau cramp sepanjang training dan game. Beberapa hari selepas training hari pertama, semua sakit-sakit. Dah lama training barulah berkurangan. Badan, kaki dan tangan sakit semula masa hari pertandingan. Hoiiiiiii, tak boleh cakap la sakit dia macam mana. Nak berjalan mengengkang, nak angkat tangan separuh je. 4 hari lepas game barulah semuanya hampir normal. Baru boleh berjalan normal, baru boleh angkat benda berat macam biasa. Barulah semangat nak round butik pengantin hehehe. Kesan daripada bersukan ni, badan sikit selesa, tak rasa penat, dan tak lesu macam biasa. Jalan pun dah tak mengah. Boleh langkah laju-laju. Keselesaan ni akan dikekalkan dengan mengajak SiDia berjoging seminggu 3 kali. Boleh ke Sayang?

Untuk shake yang I minum ni ada beberapa kesan jugak yang I dapat. Alhamdulillah tak pening kepala dan tak migrain. Macam orang lain. Cuma I rasa loya dan mual, macam nak muntah. Tapi I tahan je. Bila minum air masak terus bertambah rasa loya. Adoi, bila diGoogle barulah dapat tau dekat mana kelemahan badan I. I cuma rujuk jadual di bawah ni untuk pastikan bahagian badan I yang mana bertoksin sangat. Sampai macam ni rasa yang I dapat. Ada yang sampai demam. Cuma memang kena minum air kosong yang banyak. Bibir dan tekak kering sangat-sangat. I tak tahan minum air kosong ni terus rasa loya tapi I minum secara berkala. Kalau menjadi usaha I dengan shake ni akan dihebahkan pada kawan-kawan keliling. Dan saudara mara yang sihat-sihat juga! Heeeeeeee ~

Gambar dari Google
Gambar tangkap dari Google jugak

p.s. untuk rujukan yang lain-lain jugak....



Nak Kurus : Hari Satu

Dah dapat UTrim sejak Ahad lepas. Tapi kekangan bersukan tak mampu nak teguk lagi. Takut healing crisis tu melanda masa main netball, tak sanggup nak menghadapi. Kalau takat pening mual insya Allah dapat diatasi. Tapi kalau cirit-birit? Oh no....

Pada hari ini, 21 Jun 2013, hari Jumaat yang Barakah, I dah mula shake. Bukan nak buka pekung di dada, cuma nak berkongsi rasa. Ukuran I pada hari ini ialah : 

Berat - 87.5 kg (Obes Tahap 2)

Lengan - 14.50 cm
Dada - 41 cm
Punggung - 46 cm
Paha - 41 cm
Pinggang - 35cm
Perut - 30 cm 

Kiraan dilakukan awal pagi tadi. Sebelum makan apa-apa. Bawah ni gambar-gambar yang memalukan, tapi sebagai bukti kegemukan I yang terserlah, naik tiba-tiba lepas keluar dari hospital selepas operation. Pemakanan antibiotic, ubatan, dan drip air buatkan badan mengembang, selera bertambah. Memang nak sangat perubahan segera. Terasa sakit bila bersukan, berlari tak berhenti. Fuh...

Yang paling penting, niat... Dan ISTIQOMAH :)

At Tasha's Solemnization - March 2013
At Ejai's Engagement - April 2013
At Redang - May 2013
At Seremban - June 2013

p.s. Gambar yang disertakan merupakan kegemukan I yang paling dahsyatzzzz pada tahun 2013. Huaaaaa, malu tengok gambar sendiri sebenarnya. Tapi sebab nak buktikan. Takut tengok gemuk macam tu :'(




Thursday, June 20, 2013

Susah Senang Bersama

Ewah, ni ayat orang nak kawen ni ;) Memang dah excited sangat. Ngalahkan orang yang dah nak dekat date. Padahal lagi 6 bulan ok. Lama lagi, jauh lagi perjalanan tu. Hari ni memang nak cerita pasal ni. Susah dan senang bersama-sama dalam perkahwinan..

Sekarang pun I dah rasa feel tu. Semakin nak kahwin, semakin kekangan duit tu terasa. Macam-macam kena fikir. Macam-macam jugak nak kena cari. Kena pandai adjust sana sini. Sekarang memang segala aktiviti sosial keluar dating dah terhad. Rasa macam dah takde kot. Pakat duduk rumah masing-masing je. Kalau nak jumpa sangat pun lepak depan rumah je. Minum air sejuk dalam fridge, kalau nak makan pun, apa yang ada dekat meja makan je. Senang.

Tempoh percubaan katanya... Tak lama lagi akan bersama jugak.

Nak selesaikan hal perkahwinan, kemudian post-wedding. Agak pening nak cari rumah sewa. Actually, takdelah pening sangat sebab rumah sewa tu memang banyak. Cuma harga tak reasonable langsung. Memang kami berusaha keras. Tapi belum jumpa yang sesuai. Kalau boleh nak masuk hujung tahun ni.

Dah pandai SiDia belanja berdikit-dikit, tak mau overspend, "boleh guna untuk macam-macam Sayang, duit yang kita simpan ni..."

Dah terasa bahangnya, semuanya dikongsi. Dari cita-cita hinggalah ke air suam segelas. Esok susah kita perlukan dia, tak mustahil juga dia akan susah dan sangat-sangat perlukan kita. Susah payah I, sakit pening I, lapar dahaga I, semuanya SiDia yang jaga. Walaupun ada Mama disisi, kadang tu Mama pun perlukan SiDia, sebab anak lelaki Mama jauh...

We're counting months, 6 more to go. Things run as per planned. May the journey goes smooth, with all the love and happiness towards the end of time, towards Jannah.

Wednesday, June 19, 2013

RSVP : Hadir Ke Hari Persandingan Doyok & Dyana

Another wedding reception before Ramadhan. I think this will be the last one before we step into the month of Barakah. Selepas habis bersanding, ada jugak Doyok suarakan pada SiDia untuk jadi driver untuk pegi outdoor session dekat Pantai Port Dickson. Ok, kira RSVP hadir jugaklah. 

Macam ramai je tetamu.. Sebab pengantin lelaki ni ialah adik ipar kepada sepupu I. Satu sekolah pulak dengan SiDia. Eloklah tu, pusing-pusing ke situ jugak perginya. 

Persandingan ni akan diadakan dekat Dewan Datuk Haji Maideen Taman Bukti, Seremban pada 23 Jun 2013, Ahad. Memang dah block semua aktiviti untuk date ni. Nak jugak tengok hasil sentuhan Abang Ikmal lagi sekali. Hari tu dapat tengok pelamin Tasha dengan konsep Millenium. Doyok - Dyana konsep apa pulak ek?




Terima Kasih

Sesi bergambar bersama Dato' Pengarah JKRNS
Terima kasih Ya Allah, terima kasih Mama & Ayah yang datang tengok Wanie main netball untuk pusingan semi-final dan final, terima kasih Sayang sebab dapat tengok I lawan peringkat semi-final, terima kasih penyokong-penyokong, terima kasih pengadil perlawanan, terima kasih Mak Mah sebagai Jurulatih dan JUTAAN TERIMA KASIH tak terhingga kepada rakan sepasukan yang gorgeous lagi hebat dan mantap.

Kapten Lynda :)

Suka benor I pose gaya Hulk tu nape tah :p
Teamwork yang sangat bagus, sehati sejiwa dan bantu-membantu sesama sendiri. Andai dipanjangkan jodoh kita, I memang berminat lagi nak bermain dengan team ni. Insya Allah...
Tak lupa pada penaja minuman dan penaja 2 set pakaian kepada kami. Pagi suit lain, petang suit lain. Sebab sponsorship ni kami menang pun ye jugak kot hehehe. Jemputlah menjamu mata tengok gambar-gambar :) Bergambar memang sempat selalu. Mustahil zaman teknologi takkan ada gambar moment menarik di setiap event kan.

Muka merah padam, peluh macam hujan.. Anak sapaaaa lah ni :D Alhamdulillah dapat jugak merasa piala ni,
P.s. Gambar seorang GD menggondol hadiah besar ni sengaja diXL kan demi kepuasan mata memandang pemenang *ayat riak... Astaghfirullahhhh...

Kamilah Juara!

Alhamdulillah. Berbaloi segala pengorbanan masa dan tenaga selama ni untuk kami, Pasukan Bola Jaring Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan. Berbaloi segala keringat yang dicurahkan. Kemenangan ini ialah kemenangan untuk semua penaja, pemain, jurulatih dan seluruh warga Ibu Pejabat JKRNS. Setelah berlatih selama 3 minggu, hasilnya adalah kejuaraan ini. Semuanya tidak sia-sia dan semangat berkumpulan yang ditunjukkan memang membuahkan hasil.

Pasukan Bola Jaring Ibu Pejabat JKRNS 
Pasukan Ibu Pejabat JKR N.Sembilan
Kak Linda - KAPTEN
Kak Awin - GS
CC Hamisah - GA
Ieja - WA
Ain - C
Mai - WD
Wanie - GD
Kak Ila - GK
Puan Syahida - R
Cik Eda - R

Awal pagi semalam, Ibu Pejabat di dalam Kumpulan A, bersama-sama JKR Seremban, JKR Port Dickson dan JKR Tampin. Malangnya, JKR Tampin telah menarik diri di saat akhir. Dapat lah menang tanpa bertanding.

Sebelum tu ada taklimat sikit.


JKR Seremban VS JKR P.Dickson
Perjalanan ke peringkat akhir tak susah sangat, semuanya mudah. Cuma bila sampai ke peringkat akhir, berjumpa semula dengan JKR Seremban, musuh tradisi :) Permainan diorang laju. Memang tak terkejar. Walaupun JKR Seremban mendahului dengan 2 mata, dengan kecekalan dapat jugak kami kejar dan berjaya menewaskan JKR Seremban.

Perlawanan Kumpulan A 
Ibu Pejabat VS JKR Seremban - MENANG (15 - 8)
Ibu Pejabat VS JKR P.Dickson - MENANG (12 - 0)
Ibu Pejabat VS JKR Tamping - MENANG (tiada wakil)
Perlawanan Separuh Akhir
Ibu Pejabat VS JKR Elektrik - MENANG (12 - 3)
Perlawanan Akhir
Ibu Pejabat VS JKR Seremban - MENANG (8 - 6)

Berpuas hati dengan keputusan rasmi. Centre Court, Paroi menjadi saksi :) Sememangnya kami dah berusaha dengan sebaik mungkin. Diharap tahun-tahun yang mendatang akan diadakan lagi perlawanan begini. Sekadar mengeluarkan peluh yang dah lama terkumpul, dan mengeratkan lagi sillaturrahim sesama kakitangan JKR Negeri Sembilan. Dapat jugak jumpa kawan lama dan kawan baru.
Lagi sekali, Alhamdulillah, ya Allah... Di atas kemenangan kami.

Monday, June 17, 2013

RSVP : Hadir Ke Perlawanan Bola Jaring Antara Daerah

Hari yang dinanti dah tiba. Selection pun dah berlalu. Alhamdulillah I terpilih di dalam 10 pemain dan akan mewakili Ibu Pejabat JKRNS. Training pun memang setiap hari. Walaupun agak penat, tapi puas. Keluar semua toksin dalam badan.

Esok, kami dalam Kumpulan A bersama Daerah Seremban, Tampin dan Port Dickson. Insya Allah akan bertemu dengan Seremban, musuh tradisi, dalam perlawanan pertama esok. Semua pun kawan-kawan. Yang penting tak mau borak. Dalam Seremban ada Chaa, dalam PD pulak ada Zana. Esok before main kita peluk-peluk ok.

Kumpulan B pula, Daerah Jelebu, Jempol, Mekanikal dan Elektrik. Hebat juga Kumpulan B ni. Latihan mereka pun berkala. Tak boleh di under estimate sangat. Macam-macam miracle boleh jadi.

Will be update tomorrow :) 

Do come and support us in Centre Court Paroi, Seremban.

Cats Festival!

Alahaiiiii awak semua sungguh comel! Geram bila keliling penuh bebudak bulu ni. Saje je tengok-tengok kot jumpa girlfriend untuk Shipitam. Macam-macam aktiviti la untuk bebudak bulu. Ade catwalk la ape sume. Pagi tu I pergi dulu dengan SiDia. Bila dah naik syok tengok, I ajak pulak Mama dan Ayah. Ada juga jual aksesori dan barangan untuk penjagaan kucing. Ada jugak kucing-kucing yang dipamerkan. Macam-macam jenis ok!

Banyaknye bebudak bulus!
Ada macam rimau, ada yang idung pesek, ada pulak yang takde bulu. I'm sure you guys are familiar with the cats, I tak berapa tau nama mereka. I tau Shipitam je hehehe.

Dia ni belagak sikit tapi kiut
Dia ni macam takut-takut je mungkin sebab ramai orang kot
Ok, jantan yang ensem!
Serius, tak sempat rasa badan dia camne rasa!
Tapi memang bagus la cara mereka mempromosi rumah baru di Bandar Warisan Puteri. Cats Festival diadakan betul-betul di sebelah show house untuk Banglo Topaz, Bandar Warisan Puteri. Lepas tengok kucing, dapat tengok rumah besor harga dalam RM600K++ tu. Huh! Ada rezeki... Insya Allah!

Kitorang beli cat nips untuk Shipitam. Rasanya Mama belum mula tanam. Ingatkan nak beli cat's grass tu tapi dah Mama nak sangat cat nips ok I turutkan... Esok-esok Shipitam terlebih ghairah jangan pening-pening, jangan tension-tension ok Ma :)

Saje je bawak Mama dan Ayah waktu cuti kan :)


Kahwin Oh Yeah : Pameran Pengantin

Again! Kali ni cuba tengok pulak keadaan Pameran Pengantin di Seremban yang berlangsung di Era Square, Mydin Seremban yang bermula hari ni, 14 Jun sehingga 16 Jun. Tak sebanyak PICC, ada beberapa booth aje. tapi complete semua yang kita nak cari. Ikutkan nak pergi dengan SiDia la Sabtu. Tapi alang-alang lepas habis training untuk netball, I ajak jugak Ain pergi. Lagipun majlis Ain bulan September. Satu baju belum dapat dicari. Hehehe kira 2 dalam 1 lah. i nak survey dan Ain pulak nak mencari terus.

Dapat beberapa butik pengantin yang bagi tawaran harga menarik jugak. Tapi belum dapat beat lagi harga Mahligai Qaseh. Cuma, baju yang nak menepati citarasa tu takdelah dalam pameran tu. Sebab exhibitor hanya bawak 2 ke 3 helai baju. Selebihnya kena tengok sendiri di butik mereka. Photographer pun ada beberapa booth. Harga agak menarik juga. Ni yang menimbulkan kecelaruan otak. Yang penting nak kena ke butik jugak.

"Bulan 9 tu kira selamat jugak dik, tapi, bulan 12 tu kena book awal. Orang ramai kawin masa tu takut berebut date..."

Terngiang kata-kata dari sorang akak exhibitor ni. Kata dia lagi, bila takut bila date tu dah penuh nanti butik atau photographer terpaksa charge mahal untuk masuk juga date kita walaupun tak free waktu tu. Haaa makinlah nervous. Yang penting, SiDia puas, I pun puas. Hari bersejarah, kena betul-betul. Lainlah orang yang ala kadar.

Esok masih ada. Majlis dalam enam bulan lagi lebih kurang. Masih sempat....

Ain suka pelamin ni! Memang cun dan simple

Thursday, June 13, 2013

Kahwin Oh Yeah : Idea Segar Lagi Best Muncul Pulak

Kadang-kadang tengok majlis perkahwinan orang, kita pun jadi tak tentu arah. Itu nak, ini nak. Tapi sabarlah, Samani. Tak lari Fizi dikejar :) Semua, I meant by, ALL OF US, nak sangat majlis yang sempur. Subjectively, takkan ada yang sempurna di dunia ini selain Allah. Kita usaha la menjadikan sesuatu imperfection itu satu yang sangat sempurna, walau akan ada mulut yang mencebik. Pedulikanlah!

Nampak kegelojohan I sebab post gambar signage ni ye ;)
Idea fresh sangat ni baru keluar dari oven. I dah mula-mula cari penunjuk arah yang cantik-cantik dan sesuai. Kalau diikutkan dalam otak, macam-macam dah terfikir. Nak mencantikkan memang hobi I. Tolong jangan sekat ye. Hehehe. These are few signage that came across my mind. Hope, he'll like it. 

ni kawin omputih!
Ni pun sama!
Ha ni baru omelayu ;D
Tiba-tiba pulak Mama request anything to give to our guests. Laaa, I majlis nikah pun kena jugak yer?? Takpelah ikutkan saja kata orang tua. Yang tak sedapnya telur, telur, telur! I tak berapa berkenan dengan bahulu. Muffin pun kureng. Apatah lagi sabun, sudu garfu dan towel kecik buat bentuk lollipop. No, itu bukan I. Paling sakit kepala pun I akan fikir telur lah jugak. Pergi Nilai 3 untuk cuci mata best jugak ni.

Ape diorang letak dalam baldi kecik ni? Buh telur muat tak ni?
Eh, lupa nak tanye Sayang, apa wedding theme kita ye dekat belah rumah u? Please jangan yang serabut sangat. Neither the traditional theme. Simple, putih dan tenang. Ada theme gitu ke? Tengahari buta buat majlis perkahwinan dengan lagu-lagu cinta yang slow romance. Macam tak kena. Bila tema turquoise atau emerald green pun bukan taste I. Lagi sekali I lupa diri, this is boy's side, Samani! Not yours. Sure I'm very particular about what I'm gonna wear. Sebab tu la kena tau theme hehehe.

Dah mula lupa diri konon nak adakan photo booth pulak ahahaha
P.s. Sayang, I suka signage yang I dah buat sendiri masa Tasha nak kahwin tu. Ok tak?


Tuesday, June 11, 2013

Percubaan Menurunkan 'Visceral Fat'

Lemak jahat! Sebab ni lah I berat. Ok proses menyalahkan lemak ye. Perasaan kurus dah mula ada sebab main netball setiap hari untuk karnival sukan. Kalau tak training memang menternak lemak je kejenya. Tapi, tapi, bila lepas training rasa lapar pulaknya. Makan macam-macam nak cover balik lemak yang terkeluar. Paling tak boleh nak lepas dari kotak fikiran, netball sampai 18 Jun ni sahaja. Lepas tu? Alaaaaaa....

Baru-baru ni I mula prihatin dengan badan sendiri. Sejak dua menjak, tiga menjak nak berdua ni kan, semua pun baru nak amik port. Hal baju, hal cutting badan, hal penurunan berat badan dan hal low self-esteem due to overweight. Ada terbaca pasal VISCERAL FAT, lemak yang menyelaputi organ dalaman kita seperti jantung dan hati. Fat ni yang jahat sebenarnya. buat organ kita lemah dan malas bekerja. Membuatkan badan besar, berat dan seterusnya MALAS!

Godek-godek Internet, terpanggil nak click pada website Susu Sejat yang best dan banyak informasi. Bukan info biasa tapi info berkenaan penurunan berat badan. Selain dari Blog Kevin Zahri yang selalu jadi sumber inspirasi I, hari ni jumpa Susu Sejat pulak. Ok boleh jadi sumber rujukan.

Cakap banyak tak guna, ni ada beberapa tips dari Susu Sejat yang I rasa sangat berguna :
Sekarang I tengah fokus dekat 3 entri ni. Ada jugak blog berbahasa Inggeris yang menyatakan bila kita buat kardio untuk menurunkan berat badan, kemungkinan besar berat kita takkan berubah tapi, kita akan rasa pakaian jadi semakin loose dan badan rasa ringan sikit. Betul la mitos yang mengatakan berat badan boleh berubah-ubah setiap jam. Dalam badan yang banyak air, otot dan lemak memang takkan fix berat gitu je. Tengok jugak kan kita consume air berapa banyak.

Sekadar berkongsi. 

Takut kan...
Takut jugak kan....
Sharing is caring
Pictures courtesy of : Semua melalui Google