Oh my dear, please don't get us wrong! Ini
steamboat ok hahahaha. Memang digelar stim aje.
Short-form katanya. Ayat kasarnya
'layan stim' senang sikit nak nyebut ye. Sekali dengan sambutan
birthday in advance untuk si
Kecik. Tapi ini ialah
surprise. Berjaya jugak pujuk
SiDia ikut kitorang layan stim. Bukan apa, kalau jalan sorang-sorang kan tak elok darah manis berjalan merata. Hikhikhik. Alahai, lagipun tengah cuti hujung minggu,
SiDia pun balik agak awal hari Sabtu tu.
|
Early that night with Sayang :) |
Hello, I paling jauh ye sebab dari Seremban tapi why, why, why I sampai dulu di tempat kejadian?? Bertempat di Madam Rizzq Steamboat & Grill, Taman Puncak Jalil, tepat jam 8.00 pm I dah sampai ke sana. Where the hey are everybody? Oh lupa diorang lagi jauh. I dan Putt sampai bersama-sama, kemudian Wawa. Lepas tu baru muncul satu-satu umat. Paling lambat birthday girl lah!
Padahal Kecik dah mention dekat whatsapp group Legam, dia tak dapat datang, sebab ada sedara mara datang rumah. Kena la duk umah kan. Setelah Wawa menggunakan ayat kelembutan, Kecik setuju jugak nak datang tapi lambat sikit katanya. Takpelah lambat pun asalkan datang sebab kita nak surprise dia. Konon-konon dengan kek Wondermilk, harapan tinggi nak Kecik datang jugak.
Tak mau cerita pasal makanan dan acara masak memasak, sebab semua tempat stim sama je menu dia kan. Cuma sup dan tomyam je beza sedap dengan tak sedap. Paling
best, awal-awal
Pian dah cakap,
"lelaki duduk table sini kan?", memang betul nun hujung meja belah sana diorang duduk. I redha je
join mak-mak budak ni memasak, dan curi makanan yang diorang masakkan. Heheheh tq korang!
|
Abaikan baju yang 'tersengih' muahahaha! |
|
Rindu Am ngan Kak Ton *XOXO |
Macam biasa, aktiviti utama makan, aktiviti kedua,
celebrate birthday Kecik, aktiviti paling
power ialah bergosip dan bergelak ketawa tak kenal tempat orang ke tempat korang ke tempat sunyi ke bising ke. Haaaa, lagi-lagi ada
Kak Maz, mau tak bingit. Kiranya semua memang kecoh la. Kadang tu terkeluar jugak suara jantan I masa tengah gelak.
Whoops! Apa-apa pun memang kitorang
enjoy sangat dekat situ walaupun tempat
JAUH nauzubillah! Pasni tak kira laaaaa, mesti kena
Seremban pulak. Hahahaha
|
L - R : Nuin & Rafael, Putt, Kecik, Kak CT, Kak Ton, Am & Iman, Waniesamani Demok, Wawa |
Seronok dapat jumpa
Wawa, Putt, Kak CT, Am, Kak Maz, Nuin dan Kecik. Semuanya
happening. Cuma gambar agak gelap, kitorang duduk luar restoran, taknak asap berkepul kat dalam restoran katanya. Tapi, kat luar jerebu la pulak!
|
Murah dan sound system leh la tahan jugak tau! |
Dalam 10.00 pm semua pun bergerak pulang ke tanah air masing-masing. Cuma kami, iaitu, I, SiDia, Put, Abang Bas, Kak CT dan Abang Rockstar sambung ke karaoke pulak! Yahuuuu~ Redah je la Malaysian Idol dekat area Jalan Reko, Kajang. Lepas tu... Amik lah balik sampai rumah dekat 5.00 am. Gila betul karaoke 3 jam hahahaha. Apa-apa pun thanks sebab belanja orang Seremban. Hihihihi.
No comments:
Post a Comment