Mengecewakan. Tak pasti nak kecewa dengan siapa. Dengan pengurusan atau penguatkasa stesen atau penumpang sendiri. Kita semua maklum, KTM Komuter memang ada sediakan koc untuk wanita sahaja. Tujuan, bila bersesak tu takdelah berlaga punggung dengan lelaki-lelaki. Memang bagus langkah macam ni. Tapi pelaksanaan????
1 Jun 2013 - I tekad menaiki Komuter ke Sg. Buloh dengan tujuan nak ke majlis perkahwinan kawan UiTM Segamat. Jimatkan kos dan masa. Kalau berdua memang drive sendiri tapi SiDia kerja, kena pergi sorang. Lagipun dah lama tak menggunakan pengangkutan awam.
Disini I memang nak menyatakan kesedihan pada sistem pengangkutan Komuter yang I naiki pada 1 Jun 2013 jam 9.56 am di Stesen Seremban. Pada mulanya keadaan memang terkawal. I berjaya dapatkan tempat duduk yang selesa di Koc Wanita. Lama kelamaan bila penumpang bertambah, semua tanda yang menunjukkan koc hanya untuk wanita sahaja tidak diendahkan. Bukan saja warga asing yang tak mungkin mereka tak nampak penanda berwarna merah jambu tu, lelaki tempatan juga menunjukkan 'kebijaksanaan' masing-masing dengan berpusu masuk ke Koc Wanita. Sedih tengok keadaan begini.
Sama juga dengan Komuter yang I naiki dari Stesen Sungai Buloh jam 7.31 pm. Awal-awal lagi dah ada lelaki yang duduk di Koc Wanita dengan muka bersahaja. Malu sikitlah bang, nampak tanda merah jambu kemudian hanya digelakkannya bersama si isteri. Ini bukan satu gurauan. Mungkin abang dan kakak orang berada dan mempunyai driver sendiri. Naik Komuter hanya 1 kali dalam masa 2 tahun. Jadi tak heran sangat. Tapi kami, insan biasa yang hanya mampu mengharap pada pengangkutan awam, merasakan langkah KTMB ni sangat bagus bagi menjaga kepentingan kaum wanita.
Cadangan I mengenai perkara ini, pihak KTMB sediakanlah penguatkuasa di stesen yang mempunyai bilangan pengunjung yang ramai. Contohnya, Nilai, Serdang, Bandar Tasik Selatan dan yang paling utama ialah KL Sentral.. Penumpang lelaki pun, ikutlah arahan. Nak kata tak boleh memandang, semuanya galak mata bila tengok awek cun.
Macam-macam hal...
No comments:
Post a Comment