Nuffnang Ads

Tuesday, June 11, 2013

Percubaan Menurunkan 'Visceral Fat'

Lemak jahat! Sebab ni lah I berat. Ok proses menyalahkan lemak ye. Perasaan kurus dah mula ada sebab main netball setiap hari untuk karnival sukan. Kalau tak training memang menternak lemak je kejenya. Tapi, tapi, bila lepas training rasa lapar pulaknya. Makan macam-macam nak cover balik lemak yang terkeluar. Paling tak boleh nak lepas dari kotak fikiran, netball sampai 18 Jun ni sahaja. Lepas tu? Alaaaaaa....

Baru-baru ni I mula prihatin dengan badan sendiri. Sejak dua menjak, tiga menjak nak berdua ni kan, semua pun baru nak amik port. Hal baju, hal cutting badan, hal penurunan berat badan dan hal low self-esteem due to overweight. Ada terbaca pasal VISCERAL FAT, lemak yang menyelaputi organ dalaman kita seperti jantung dan hati. Fat ni yang jahat sebenarnya. buat organ kita lemah dan malas bekerja. Membuatkan badan besar, berat dan seterusnya MALAS!

Godek-godek Internet, terpanggil nak click pada website Susu Sejat yang best dan banyak informasi. Bukan info biasa tapi info berkenaan penurunan berat badan. Selain dari Blog Kevin Zahri yang selalu jadi sumber inspirasi I, hari ni jumpa Susu Sejat pulak. Ok boleh jadi sumber rujukan.

Cakap banyak tak guna, ni ada beberapa tips dari Susu Sejat yang I rasa sangat berguna :
Sekarang I tengah fokus dekat 3 entri ni. Ada jugak blog berbahasa Inggeris yang menyatakan bila kita buat kardio untuk menurunkan berat badan, kemungkinan besar berat kita takkan berubah tapi, kita akan rasa pakaian jadi semakin loose dan badan rasa ringan sikit. Betul la mitos yang mengatakan berat badan boleh berubah-ubah setiap jam. Dalam badan yang banyak air, otot dan lemak memang takkan fix berat gitu je. Tengok jugak kan kita consume air berapa banyak.

Sekadar berkongsi. 

Takut kan...
Takut jugak kan....
Sharing is caring
Pictures courtesy of : Semua melalui Google


No comments:

Post a Comment