Dah dapat UTrim sejak Ahad lepas. Tapi kekangan bersukan tak mampu nak teguk lagi. Takut healing crisis tu melanda masa main netball, tak sanggup nak menghadapi. Kalau takat pening mual insya Allah dapat diatasi. Tapi kalau cirit-birit? Oh no....
Pada hari ini, 21 Jun 2013, hari Jumaat yang Barakah, I dah mula shake. Bukan nak buka pekung di dada, cuma nak berkongsi rasa. Ukuran I pada hari ini ialah :
Berat - 87.5 kg (Obes Tahap 2)
Lengan - 14.50 cm
Dada - 41 cm
Punggung - 46 cm
Paha - 41 cm
Pinggang - 35cm
Perut - 30 cm
Kiraan dilakukan awal pagi tadi. Sebelum makan apa-apa. Bawah ni gambar-gambar yang memalukan, tapi sebagai bukti kegemukan I yang terserlah, naik tiba-tiba lepas keluar dari hospital selepas operation. Pemakanan antibiotic, ubatan, dan drip air buatkan badan mengembang, selera bertambah. Memang nak sangat perubahan segera. Terasa sakit bila bersukan, berlari tak berhenti. Fuh...
Yang paling penting, niat... Dan ISTIQOMAH :)
p.s. Gambar yang disertakan merupakan kegemukan I yang paling dahsyatzzzz pada tahun 2013. Huaaaaa, malu tengok gambar sendiri sebenarnya. Tapi sebab nak buktikan. Takut tengok gemuk macam tu :'(
At Tasha's Solemnization - March 2013 |
At Ejai's Engagement - April 2013 |
At Redang - May 2013 |
At Seremban - June 2013 |
p.s. Gambar yang disertakan merupakan kegemukan I yang paling dahsyatzzzz pada tahun 2013. Huaaaaa, malu tengok gambar sendiri sebenarnya. Tapi sebab nak buktikan. Takut tengok gemuk macam tu :'(
No comments:
Post a Comment