Masuk je parking PICC dah berdebar rasa jiwa perantin. Naik lif pulak ramai couple yang datang. Wujud lagi feel malu-malu. Lepas je daftar teruk serbu Dewan Perdana. Wahh, banyak sangat booth. Pening nak nengok satu-satu. Lalu je dapat flyers, compare sana sini, buntu sangat! Bukan je butik pengantin, caterer ada, photographer ada, printing punye company ada, jual sampin dan kain songket, keep slim ada dan pemeriksaan kesihatan oleh Herbalife pun ada hahaha nampak situ macam-macam ada.
Siap tapau ok Nasi Hujan Mandi ;D |
Nak jugakkkkk |
Sayang mula suka baju nih! Oh mai.... |
Dapat satu paper bag terus sumbat semua flyers dalam tu. Banyak jugak promo yang best-best. Semuanya kena deposit yer, Dalam banyak-banyak, kenan pulak satu kedai songket. SiDia berjaya jumpa satu sampin songket yang cantik, kaler PEACH! Alalalala sweetnye kaler... Dah bargain, harga sampin berjaya diturunkan secara banyak sangat. Alhamdulillah... Lepas satu perkara.
Banyak jugak photographer yang menarik pakejnya tapi kami tahan, tahan, tahan. Sebab boleh dapat lagi murah dekat Seremban. Kawan-kawan.... Butik pun, kalau ikutkan hati memanglah banyak baju yang cantik dekat sana. Tapi kami kekalkan butik yang ada di Seremban. Sampai masa akan pergi fitting baju yang dah kami tengok tu. Bila ek diorang nak call?
Ada caterer yang best pulak dekat sana. Tapi terang-terang Mama yang akan uruskan. So, better lepaskan jugak. Bila pergi, baru tau current rate untuk baju, pelamin, caterer dan photog. Boleh jugak tengok baju-baju latest. Bestnye... Balik ni nak kena korek-korek balik flyers yang penuh satu beg tu. Nak cari kad kahwin! Awal lagi, tapi better cari cecepat dekat mana yang nak dibuat.
Kami sanggup ke PICC hari Ahad tu semula semata-mata songket peach yang sweet itu. |
Gambar adalah gelap kerana penataan cahaya yang kurang akibat malam dan kerosakan pada flash telepon Samseng Dusun yang tah makan bape banyak pulak kalau repair :(
No comments:
Post a Comment