Mereka,
Tak pasti dengan diri sendiri
Tak yakin dengan kemampuan diri
Sering mempertikaikan orang
Selalu memandang serong
Suka menjatuhkan orang
Bertepuk bila nampak kesilapan orang
Bersorak melihat kepincangan
Suka mengambil kesempatan
Hidup dalam ketakutan..
Ye itulah mereka
Yang gagal membentuk diri
Memperlekehkan orang, itulah hobi
Paling ketara, mahukan bangsa sendiri jatuh
Tersungkur dan tersembam di bumi
Kepuasan...
Mangsa mereka,
Keturunan seagama sebangsa
Yang baru mula menapak
Yang masih terkial-kial
Yang tidak banyak bunyi
Yang enggan melawan
Yang mudah ditikam
Sememangnya,
Mereka bukan Tuhan
Yang tau permasalahan orang lain
Mereka bukan Malaikat
Yang terus menulis kesalahan orang
Mereka hanyalah mereka
Yang tak sedar diri
Tak tau dek untung
Tak melafazkan kesyukuran, Alhamdulillah
Dimana bumi dipijak dan langit dijunjung
Bersabarlah Sayang
Masa untukmu pasti ada...
Kerana Allah selalu ada untuk kita :)
No comments:
Post a Comment