Nak merasa macam mana jauhnya SiDia pergi kerja bulan lepas. Dapat jugak I join trip nak hantar pekerja ke Tanjung Karang yang I sendiri tak dapat bayangkan dekat mana sebenarnya tempat ni. Sungguh luar dari jangkaan I. Selama ni pernah dengar la.jugak nama Bukit Melawati. Tapi tak pernah sampai. Ohhh inilah tempatnya. Jatuh pulak pada cuti umum. Memang sedaplah I mengikut.
Perjalanan sangat jauh ye. Berjam-jam rasanya. Dalam hati mula berdetik,
"Jauh juga Sayang memandu selama ni. Balik tengah malam dengan keadaan macam ni..."
Dapat tengok kedai yang SiDia siapkan. Dapat tengok rumah sewa yang dalam gambaran je selama ni. Dapat tengok kawasan keliling yang selama ni SiDia selalu hantar pada I. Fuh.. Timbul keinsafan hidup I dipermudahkan Allah selama ni.. Alhamdulillah.
Perjalanan kami diduga dengan cuaca panas. Ditambah dengan penghawa dingin kereta yang bagai mintak diservis. Allah saja yang tau macam mana kritikal keadaan kami berempat di dalam kereta di kala jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Terpaksa...
Perjalanan yang penuh dugaan dibalas dengan kebahagiaan. Dalam perjalanan pulang semula ke Seremban, kami singgah jugak di Kampung Kuantan. Ada kelip-kelip dekat sana tapi beroperasi malam sahaja. Takkan siang nampak lampu kelip-kelip. Dapat jugak I melepas rindu berdating dengan SiDia setelah sekian lama tak keluar berjalan jauh macam ni. Setiap moment dan semua tempat yang pergi bersama berharga. So swiiiiiiittttt! Hihihi.
Dapat jugak beli kerepek untuk Mama dan Mama. Dan dah tau dekat mana letaknya Cendol Bakar yang boleh drive thru macam McD hehehe.
Ni kawasan sekitar kedai... gambar sikit je sebab panas tak larat nak keluar amik gambar pemandangan |
Apakan daya, siang hari tak nampak kelip-kelip, snap gambar sign board aje lahhh |
Kena naik sampan tu ye nak pegi tengok kelip-kelip |
Boleh ade accident depan ni, gelojoh nak masuk Cendol Bakar punye drive thru ke bang?? |
P.s. I rinduuuu sangat nak dating macam ni dengan u la, Sayang. Love u! Tq sebab u sudi bawak I jalan tengok tempat orang.
No comments:
Post a Comment