Cerita ni 2 dalam 1 jugak. Pertama kali pasal latihan netball. Makan masa jugak training 3 minggu tapi badan jadi sedap. Rasa fit dan energetic. Lagi-lagi training kena disiplin. Bangun awal pagi dan terus ke court. Training memang ada break tapi macam biasa yang paling hujan sekali I lah. Luar dalam memang kuyup. Takde kesian punye. Orang lain maintain je peluh kering cepat. I punye, kena sidai baju baru kering. Haiyoooo manyak lemak bakarrr! Cuma berat tak turun banyak. Bebaju rasa longgar dan sedap pakai. Errr, cuma punggung makin lebar apsal? Risau jugak...
Jangan kata bersukan kalau dari atas sampai bawah tak sengal. Tangan, sengal dari lengan sampai tapak tangan. Hebat betul penangkapan bola agaknya. Serta balingan dan tepisan juga! Hahaha. Kaki yang selama ni duduk berehat pun mengalami kesakitan yang extreme. Alhamdulillah, takde terseliuh atau cramp sepanjang training dan game. Beberapa hari selepas training hari pertama, semua sakit-sakit. Dah lama training barulah berkurangan. Badan, kaki dan tangan sakit semula masa hari pertandingan. Hoiiiiiii, tak boleh cakap la sakit dia macam mana. Nak berjalan mengengkang, nak angkat tangan separuh je. 4 hari lepas game barulah semuanya hampir normal. Baru boleh berjalan normal, baru boleh angkat benda berat macam biasa. Barulah semangat nak round butik pengantin hehehe. Kesan daripada bersukan ni, badan sikit selesa, tak rasa penat, dan tak lesu macam biasa. Jalan pun dah tak mengah. Boleh langkah laju-laju. Keselesaan ni akan dikekalkan dengan mengajak SiDia berjoging seminggu 3 kali. Boleh ke Sayang?
Untuk shake yang I minum ni ada beberapa kesan jugak yang I dapat. Alhamdulillah tak pening kepala dan tak migrain. Macam orang lain. Cuma I rasa loya dan mual, macam nak muntah. Tapi I tahan je. Bila minum air masak terus bertambah rasa loya. Adoi, bila diGoogle barulah dapat tau dekat mana kelemahan badan I. I cuma rujuk jadual di bawah ni untuk pastikan bahagian badan I yang mana bertoksin sangat. Sampai macam ni rasa yang I dapat. Ada yang sampai demam. Cuma memang kena minum air kosong yang banyak. Bibir dan tekak kering sangat-sangat. I tak tahan minum air kosong ni terus rasa loya tapi I minum secara berkala. Kalau menjadi usaha I dengan shake ni akan dihebahkan pada kawan-kawan keliling. Dan saudara mara yang sihat-sihat juga! Heeeeeeee ~
p.s. untuk rujukan yang lain-lain jugak....
Gambar dari Google |
Gambar tangkap dari Google jugak |
p.s. untuk rujukan yang lain-lain jugak....
No comments:
Post a Comment