Sebabnya... Duit melayang, telefon rosak tak boleh on langsung. Sungguh perit rasa. Ni kali kedua handphone I masuk klinik selepas kejadian tangan kebas tak menaip. Macam nak jerit kuat-kuat. Ada je masalah timbul di saat kritikal macam ni.
Kejadian terbaru, handphone I jadi panas dan bila dicabut bateri, on semula, hanya lambang S saje kelip-kelip. Tak bergerak langsung sampailah habis bateri. Gagah I cari jugak kedai handphone untuk repair jugak.. Macam-macam perkara penting ada dalam handphone I. Tak boleh dibiarkan rosak macam tu saja. Risau jugak.
Semua nombor telefon yang penting ada di dalamnya, tempahan kain juga, handphone ni dah macam mobile diary. Sama jugak dengan aplikasi yang penting semuanya. Termasuklah blog...
Melayang juga RM150 untuk reformat handphone. Dalam keadaan terdesak. Terpaksa juga. Nak bayangkan diri beli handphone baru, memang jauh dari jangkauan. Banyak urusan yang perlu didahulukan. Harap berbaloi la dengan harga yang telah I bayar. Cuma perlu sangat berhati-hati selepas ni. I memang takde backup langsung nombor telefon penting. Kecewa sikit disitu..
Kesimpulan dari kejadian ini, kalau handphone dah elok-elok janganlah ditambah itu ini. Buruk padahnya. Handphone I dah terima akibat. Nak canggih sangat. Begini jugak jadinya...
No comments:
Post a Comment