Nuffnang Ads

Tuesday, April 30, 2013

Redang Oh Yeah : Versi Book Chalet

Berjaya dapatkan harga yang paling menarik. Berjaya dapat chalet yang mencapai tahap kemampuan diri yang serba kekurangan ini. Selepas berbalas-balas emel, dengan satu panggilan telefon rupanya baru dapat apa yang dimaukan. Geram pun ada rasa nak tiauuuu je minah dalam telefon tu. Tapi apakan daya, dia hanya menjalankan tugas.


oh yeah, oh yeah! 

Jalankan tugas pun agak-agak la dik. Jangan sampai 20 emel berbalas-balas baru u nak bagitau no.acc RHB tu. Padahal dah mintak macam gila. I dah tak tahan terus call. Eh, orang nak cepat dik oi. I taknak nanti perebutan chalet berlaku pada tarikh we ouls. Dan dah diagak, senang gile ok dapat no.acc tu. Sabor....

Masalah chalet dah selesai. Tunggu je awek-awek bikini bayarkan deposit nanti. Barulah boleh di bank in pada chalet berkenaan. Kalau lambat, maka lambatlah booking ni berjalan. Kalau cepat memang dah tak perlu risau kan. Ohhhh, cepatlah.. I rindu laut nih! Lagi 2 minggu okeh!

Masalah logistik jadi point pulak sekarang.. I berdua dari Seremban. Kalau diikutkan harga tiket bus ke K.Terengganu pergi-balik adalah seperti di bawah. Harga teksi dari K.Terengganu ke Jeti Merang pergi-balik ialah RM140/teksi. Hoih! Adakah lebih baik naik kereta? Renung-renungkanlah... Bukan tak mau car pool, kawan-kawan semua dari KL dan berkeluarga. *padahal Kak CT dan Putt takde anak, saje je nak gedik-gedik travel jauh dengan SiDia* Berduaan dengan SiDia boleh beraktiviti bebas. Kalau tumpang orang... errrr segan! *Alasan lagiiii ;)

sama kan kalo kira-kira kan kan kan



Saya Sudah Bersedia

Mana-mana tak lari dengan cerita GE, iaitu General Election. Takut ada, seram ada, marah ada, sedih pun ada... Semua bersuara. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, kita semua berhak bersuara. Namun, ada juga suara-suara sumbang yang hanya menyakit hati orang yang mendengar. Kalau yang benar, taklah terasa sangat luka tu tapi kalau yang dicakap tidak benar? 

I sudah bersedia untuk turun mengundi pada 5 Mei 2013. Semoga semuanya baik-baik saja. Jangan ada kekecohan berlaku. Tak mahu ada perebutan apa-apa yang tidak sihat. Diharap, GE kali ini seperti yang lepas-lepas. Tenang sahaja. Tiada pergaduhan, tiada pertelingkahan, tiada kekecohan. Susah hati orang-orang yang terdahulu dari kita, semangat mereka mempertahankan keamanan sangat tinggi. Patutkah kita calarkan keharmonian dan keamanan itu. 

Bersikap tidak mahu memihak kepada mana-mana individu mahupun parti, undian adalah rahsia diri sendiri. Mungkin sedikit terpengaruh dengan berita penyelewengan sesetengah pihak. Tapi, perbuatan mengunci mulut dan membuka telinga perlu dilaksanakan. Makin hampir, makinlah debar dada terasa. 

Apa akan jadi pada anak-anak kita kelak :'( Dimana letaknya Iman seorang umat Islam, di ketika kekecohan begini semuanya lantang, lancang, kencang meluahkan suara amarah... Ya Allah...

Ini kawasan mengundi I... hurmmmm

I sudah bersedia untuk mengundi di Parlimen Wangsa Maju. Adakah anda yang lain sudah sedia? Kalau sudah, Syukur... Yang elok dijadikan pedoman dan panduan. Yang buruk kita singkirkan dari hati. 

Monday, April 29, 2013

Shipitam Degam Sudah Recover

Memang goodboy. Lepas dah bawak jumpa vet, kesihatan Shipidam makin baik. Selera makan dah bagus. Minum air pun banyak. Bulu bersinar-sinar sikit tapi tang takde bulu tu belum recover la mungkin memang skin je selamanya. Shiannnn, Shipidam. Kalau diikutkan, vet kata hari tu dehydrated. Tapi Shipidam memang banyak minum dan banyak kencing. Semedang aje nak nukorkan pasior dia tuh. Paling best, dia makin kuat makan. Nasi gaul ikan. Tak mau ayam rebus lagi. Heyyy macam-macam ragamnye. Mama pulak ikutkan aje, kucen sekor lah kata. Manja tahap extreme.

Pemakanan ubat yang vet bekalkan sangat konsisten. Mungkin sebab ubat tu coated senang nak telan. Walaupun agak BESAR ubat tu ye Tam. Berjaya ikut cara macam vet dalam Internet yang I Google tu. Untuk yang susah bagi kucing makan ubat, cara I dengan Mama buat begini ye :


  • Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Mohon dipermudahkan Allah tujuan kita beri ubat pada kucing @ pesakit itu.
  • Dudukkan pesakit di atas meja yang tak berapa luas. Belai-belai sikit. Meja tu mengurangkan risiko dia nak lari sebab ruang terhad.
  • Pegang tengkuk pesakit. Peluk sikit badannya. Dongakkan kepala pesakit dan tenangkannya sikit. Puji-puji la kata dia baik, hensem, gagah, manja dan lain-lain.
  • Buka mulut pesakit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kita. Di sisi kiri dan kanan mulut pesakit ye. Pesakit akan buka mulut sikit-sikit, pemberi ubat kena sabar sikit.
  • Jangan sesekali lepaskan pegangan dekat tengkuk dan teruskan memeluk pesakit. Masa dia buka mulut sikit-sikit tu lakukan cubaan memasukkan ubat.
  • Bila ubat dah masuk dalam mulut pesakit, regangkan pegangan di tengkuk bagi mudah dia nak telan. Tapi kekalkan dongakan kepala pesakit agar mudah ubat masuk ke dalamnya.
  • Setelah berjaya ubat itu dimasukkan dalam mulut, urut sikit tekak pesakit agar melancarkan perjalan ubat. Oh ye, tanda yang menunjukkan pesakit dah telan ubat ialah bila dia menjilat bibirnya tanda BESTTTT. Hahahaa

Sekian cara pemakanan ubat bagi kucing. Semoga anda di luar sana berjaya dengan method ini. Tak susah sebenarnya.. Mohon pada Allah dipermudahkan bagi kita ye. Selesai, syukurlah dengan izin Allah kita berjaya. Shipidam pun makin makin senang nak makan ubat. Takde paksa-paksa sangat. Esok proceed ke vet lagi. Semoga berita baik lagi untuk kitorang.

Shipidam Degam si panje-panje-panje

Sekadar berkongsi untuk dimanfaatkan semua orang. Untuk maklumat lebih lanjut dan bagus sila ikuti blog Hisham Marmin ini ye. Terima kasih dengan info yang sangat berguna ini. 

Sekian makluman.

Saturday, April 27, 2013

Redang Oh Yeah : Versi Bikini

Bikini, siap! Berjaya beli keperluan nak ke Redang bulan depan. Selama ni I tak terfikir nak membeli pun. Setelah berapa kali pergi baru nak beli ye. Lagipun kali ni pergi macam excited terlampau sikit. Mungkin sebab SiDia pun join kami kot. Pertama kali ni nak ke pulau bersama. Ada jugak tempat berpaut kalau seram naik bot. Oh lupa, Redang naik macam feri tu takde speedboat macam Perhentian. Muahahaha, kesian baju Ain longgar sebab kena jerut kuat-kuat. Ok, those were memories that will be recalled for my whole life.

Kali ni I nekad nak pakai bikini. Swimwear actually ala bikini. Tali jerut dekat leherrr. Sexy gitu. Hey, hey bukan nak pakai itu saja ye. Actually, I nak pakai dalam baju la... Bertuahnya insan gemuk begini nak berbikini. Tahan makian? Silalah wahai Cik Samani. Kalau kurus mungkin ye begitu, oops! *tutupmulutmacammonyetikonwhatsapp.

Puas, sebab bikini ni boleh cuba dulu. Hey ingat I takkan cuba dulu ke? Kang membazir je beli. Tapi tak muat. Ianya brand Ogival, bersize XL dan sepasang, iaitu tops dan boxer tight. Harga? Bawah RM100 dan sangat baloi baloi baloi! Itu pun I berjaya guna membership Aeon dan dapat less 15% lagi tau. Pegi Jusco cepat selagi ada less. Membazir la tak guna diskaun-diskaun.

I cuba meringankan beg seringan yang mungkin. Bikini ni sesuai la dibeli dan dipakai. Cepat kering. Jika guna yang biasa, agak lambat sponge kering dan akan buat I tak selesa. Pengalaman. Sekarang dah tau dah... Hahaha dulu jahil sikit.

Cepatlah tiba hari yang dinanti! I dah lama tak telan air masin. I dah lama tak bau haruman dari air laut. Rindu sekali pada pokok kelapa liuk melambai. Nak lari dan lompat di atas pasir yang bersih! Huaaaargghhhhh. Dah bermain dalam otak. Hati tu dah tak tetap. Rindu pada pemandangan laut, matahari dan ikan-ikan comel. Come to, Momma!

Suke sangat! Sayang pun suka.. Ops!

RSVP : Hadir Temuduga Yang Dinanti

ALHAMDULILLAH! Tu saja yang I dapat ucapkan. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang diberikan. Walau hanya untuk ditemuduga sudah membuatkan Mama, Ayah dan Sayang bahagia mendengar berita gembira itu. Walau hanya satu sesi, tapi itu juga membuatkan I rasa bersyukur. Allah mendengar segala rintihan. Allah makbulkan doa, agar dilapangkan rezeki I selama ini yang selalu menunggu, menanti dengan penuh sabar. Bukan I saja yang memohon jawatan itu. Pastinya beribu calon juga mencuba nasib sebaik mungkin. Seluruh Malaysia, semua peringkat umur, berkelulusan Diploma ke atas dan yang berharap untuk menjadi Penjawat Awam.

10 tahun sudah I memohon jawatan ini. Dulu, permohonan untuk menjadi Penjawat Awam hanyalah menggunakan borang. Tiada versi online, tiada kemudahan satu click sahaja. Segalanya bertulis. Harus diperbaharui setiap tahun. Mudah untuk generasi kini. Layari laman web dan menaip di keyboard. Selesai masukkan semua maklumat, boleh terus mencetak slip dan ianya untuk 5 tahun. Tak perlu diperbaharui setiap tahun seperti kami dahulu. Zaman berubah.

Harapan sangat besar. Kata Mama, tak mengapalah naik sikit demi sikit. Rasa kesusahan dulu. Baru timbul kenikmatan. Tempoh hari, Peperiksaan PTD telah I tempuh dan keputusan belum diterima. Harapan hampir musnah, susahnya soalannya.. Tapi pada Allah juga I berserah. Kun Fa Ya Kun... Kalau itu yang dikehendaki Allah, maka akan jadilah ia.

Dengan izinNya, I akan ditemuduga di bangunan Wisma Persekutuan, Seremban pada 2 Mei 2013. Insya Allah akan berada di sana jam 8.00 am. I tengah giat sekarang menyediakan dokumen yang perlu dibawa oleh calon yang akan ditemuduga. Buka balik fail yang penuh dengan maklumat peribadi. Susun satu persatu. Semoga tak ada satu pun yang tertinggal. Checklist sentiasa dikemaskini, agar lengkap semua yang dikehendaki. I takmau membuatnya dengan sambil lewa. Bukan nak yang terlampau sempurna juga, cukup dengan memenuhi semua kehendak Suruhanjaya. Hanya doa yang dapat diiringi...

Harapan pada hari temuduga, Sayang I hadir bagi sokongan. Tapi kalau u masih bekerja I redha. I taknak paksakan u. Itu punca rezeki kita sekeluarga, Sayang. Ini juga... Kita kongsi susah senang ye. Sampai bila-bila. Macam janji kita selama ini. Semoga Allah sayang kita selalu. Ameennnnn...

surat panggilan temuduga :) 

Ini wishlist I selama bekerja sebagai Penjawat Awam. Semoga dipermudahkan segala urusan temuduga I. Walaupun I dah agak nervous sekarang... 

Friday, April 26, 2013

Begitulah Cinta


Siramilah hatiku dengan kasih sayangmu
Bajailah cintaku dengan belai manjamu

Teguhkanlah tugu cinta kita
Jangan tumbang, walau sekuat ribut taufan melanda
Tetap berdiri, walau hujan dan panas

Serikan bunga-bunga asmara kita
Agar mekar, walau di tanah yang tandus
Selalu harum, walau bertahun di makan usia

Kita kuat, kerna kita sayang
Kita sayang, kerna kita setia
Kita setia, kerna kita kenal
Kita kenal, lalu kita terima...

Aku sayang kamu
Kerana kamu sayang aku

Aku sayang kamu
Kerana kamu kenal aku

Aku sayang kamu
Kerana kamu menghargai aku

Begitulah cinta...

Rindu Merindu

Mengira detik, mengira waktu yang belum kunjung tiba
Masih sabar... Walau hati gundah gulana
Tak terucap kata-kata manis
Hanya potret menjadi habuan mata

Kita, dah biasa berdua
Kita, dah biasa bersama, ke sana dan ke mari

Kosong, bila tinggal satu
Sepi, bila bersendiri
Sunyi rasa jiwa yang layu
Tanpanya aku jadi longlai...

Bulan, sampaikan rindu ini
Buat dia yang jauh di mata
Angin, khabarkan padanya
Aku baik-baik saja

Walau hati sering menangis
Harus di tahan jua, agar tidak jatuh di pipi
Jangan disaksi sesiapa.. hanya Tuhan yang pasti tahu

Pulang lekas, aku menantimu



Thursday, April 25, 2013

Jumpa Lagi Penemuan Baru

Serius, ini pertama kali I dengar diet jenis ini. Ye mungkin I masih jahil dalam hal menjaga pemakanan. Ianya wujud dan I tak pernah tau. Kalau diikutkan darah I adalah di dalam kumpulan Darah O. Terima kasih, Effa yang bagi info macam ni dekat I. 

Macam yang I dapat dari website ILuvIslam ianya detail sampai apa menu yang I sepatutnya ambil.

"Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba"
Tapi kajian diet mengikut jenis kumpulan darah ni masih lagi dalam pertikaian oleh pakar pemakanan. Kita yang sedang berusaha ni jangan abaikan makanan berkhasiat sudahlah. Mungkin jadual dekat bawah ni pun dapat membantu insan-insan tembam berdarah O yang sama dengan I. Bukan selfish, tapi untuk darah-darah yang lain ianya agak memakan space dan disini I sediakan link yang harus korang click untuk tengok sendiri jenis darah korang ye ;)
Senang kan... Yang baik dikongsi bersama. Yang tak elok, kongsi jugak tapi sebagai peringatan ye. Eh kadang rasa macam blog I ni blog menurunkan berat badan je. Kalah Kevin Zahri ko! Sebut pasal tu, I masih tak pergi lagi ke kelas aerobic atau Zumba. I masih dalam proses menggantikan puasa sementara mampu. Kalau dah uzur nanti tak mampu berpuasa kena delay kan.. Insya Allah.... Habis berpuasa I kembali aktif. 

p.s. dengar cerita minggu depan ada selection untuk netball Ibu Pejabat. Yeayyy! 

Darah O

Digalakkan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Protein
Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel
Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu

Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya
Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak
Minyak zaitun, minyak flaxseed
Minyak canola, sesame
Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin
Biji  labu, walnut
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang
Kacang azuki, black-eyed peas
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum
Roti essene, roti Ezekiel
Bali, nasi
Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur
Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut
Tomato
Terung, jagung, avocado
Buah
Plums, prunes
Anggur, kebanyakan beri
Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah
Kari, garam, cayenne pepper

White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa

Chocolate, madu, cocao
Sos tomato, mayonis
Air
Soda, tea
Bir, wine
Kopi, black tea

Oh My Kawan Yang Gila!

I ada satu group kawan-kawan. Kawan-kawan I itu sangat gila. Mereka bukan gila sikit tapi mereka gila betul. Kadang-kadang I dapat rasa yang mereka kurang waras dan perlukan perhatian yang lebih oleh doktor. Hahahaha its not like that actually.. Mereka bukan gila apa. Tapi, MEREKA KAKI SHOPPING yang terlampau! Nak tergelak kadang tu bila diingat-ingat. Bukan setahun dua dah hidup di alam maya dengan mereka. Tapi dah 5 tahun lamanya. Lama wey! Dan dalam tempoh tu jugak, dah macam-macam benda yang diorang dah banyak pengaruhi I.

Daripada tudung Fareeda, ke shawl half moon yang penuh beads, macaroons (pernah jadi hot stuff sekejap dulu), barangan bayi, baju kanak-kanak, permainan, baju-baju, palazo, skirt, aplikasi telefon, mekap-mekap, dan kain baju raya. Besar kemungkinan baju kami semua akan memakai color block untuk tahun ini. Eh gilalah! Beli sama-sama ok. Sampai 20 pasang. Lepas ni nak discuss ke tailor yang sama pulak. Nak tau design apa pulak. Gila korang ni wey!

Nak cerita sini, pasal kain pasang color block tu, semuanya sorang punye hal. Yang cuma nak TENGOK AJE ok tak warna kain tu. Kalau combine dengan lace macam mana pulak. Haih, melarat ke dalam group Whatsapp! Jenuh semua pecah kepala nak fikir warna apa yang cantik, yang up to date, yang match. Boleh jadi gila! Habis bateri telefon pintar I ni dek whatsapp korang je tau. Oh kawan, sabar je lah ngan korang. Selamat dah keghairahan semua. Sorang satu membeli 4 meter kain crepe silk dan 1.5 meter border lace untuk RM90. Bagus! Ada yang beli 2 pasang. Ada yang beli sama warna dan lace. Ada yang nak bagi family, ada jugak nak buat baju jubah mengandung. Hahaha! Funny korang. Tapi bestttt! Semua kelam kabut. Sebabnya, keesokan hari kakak penjual akan outstation. Yesss, semua mengelabah. Camne pun malam kena ambil juga kain tu... Success!!!! Sebab tu I cakap diorang gila. Pay day belum muncul pulak. Korang dah gile hape. Ada pulak sorang volunteer nak dulukan duit. Pucuk dicipta, ulam mendatang! Apa lagiiii... Ahkak pun selinsing lengan baju. Hahaha.

Semua kain dah selamat di tangan kawan I yang sorang ni. Malam tadi jugak dia mengambiknya. Disebabkan kawan-kawan semua mengelupor. Member tolonglah tunaikan jugak hasrat kawan-kawan tu. Tapi I punye belum dapat dalam tangan lagi. Tunggu weekend nanti lah ye baru show off sini hahaha. Tah hape laaaaa kitorang ni! 

Percayalah, lepas cari baju then nak fikir pattern apa. Lepastu kan kan kan, nak match pulak baju laki ngn anak-anak semua dengan depa yang dah beli color block tu. Lepas tuuuu kannnn, mesti ada tudung yang match takkan nak free hair pulak! Dah boleh baca pemikiran depa. Oh sekarang tengah hot topik buah Mangga Harumanis. I pun tak penah rasa dan takde excited sangat. Haiyooooo nasib baik wooo!

Hahahaha! Itu I punye kiri tuuuu! ;D

Gambar kontroversi yang buat diorang gila.

Ok, I ade terbaca dalam group yang ini bukan baju raya. Untuk pakai lenjan sebelum raya! Gila korang ni... Tak terikut I perangai korang ni *arghhhh cucuk dada dengan pisau potong epal! Memang gila, gila, gila dan gila! Takut dah ni.. Seram sejukkkk.... Tapi kalau ni baju raya diorang, nampak gaya tahun ni dalam FB semuanyalah kain sama! Heheheh, fun, though ;D

Wednesday, April 24, 2013

Shipitam Dijangkiti Jaundice

Get well soon, Shipitam! Kesian adik bongsu I dijangkiti jaundice. Hasil pemeriksaan vet di Jalan Pantai, Seremban. Mula-mula I dengan Mama hanya nak tengok kenapa Shipitam macam selalu tercekik. Demam kejap then baik dan demam semula. Pergi ke vet dan katannya yang Shipitam ni jaundice. Alahai siannye.. Patutlah macam tak sihat je. Masalahnya... Kena bagi ubat makan pada Tam. Hadoiiiii, lemah bab ni lah!

Hasil dari pencarian di Google tiba-tiba I terjumpa satu blog berkenaan kucing dan mungkin saja beliau seorang vetLihat apa katanya mengenai jaundice pada kucing :


"Jaundis (Jaundice) atau demam kuning memang biasa berlaku pada kucing. Ada juga diistilah sebagai icterus dalam bahasa omputeh. Semuanya sama je...demam kuning bahasa mudahnya. Demam kuning adalah satu keadaan di mana wujudnya atau hadirnya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.

Keadaan ini (jaundis) diklasifikasikan sebagai tidak normal pada kucing. Tanda klinikal yang biasa dan mudah dilihat ialah wujud kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Bukan tetiba terus kuning...tapi kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.

Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Dan mengikut pengalaman saya, sekiranya kucing dah boleh makan sendiri dan dah ada selera, demam kuning tu dah kira 'kebah' atau dah beransur sembuh. Warna kekuningan pada kulit tadi akan beransur2 hilang dengan sendirinya.

Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:
  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetengah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang

Sekiranya kucing kesayangan anda menunjukkan tanda2 abnormal seperti demam, kekuningan pada putih mata, gusi, kulit dan telinga, cepat2 bawa ke klinik haiwan untuk rawatan. Selalunya episodnya akan bermula dengan demam yang agak melampau dan ada kalanya demamnya menjadi intermittent (kejap demam, kejap tak) serta selera makannya akan hilang serta merta. Jangan tunggu-tunggu untuk dapatkan rawatan"

Oh.. serius dah risau sangat kesihatan Shipitam. Katanya, kena bagi susu kambing segar untuk Tam minum. Kan kena force feed. Blog Omputih ni pulak buat conclusion yang : 

"Jaundice is a common problem encountered in feline practice. Years ago, there was an old adage amongst veterinarians: “a yellow cat is a dead cat”. Thanks to numerous diagnostic and therapeutic advances, this is no longer the case. When faced with a jaundiced cat, the veterinarian’s challenge is to figure out where the derangement in bilirubin metabolism is occurring, and then formulate a proper diagnostic plan. Over the years, the prognosis for treating the diseases that cause jaundice have improved markedly, and many jaundiced cats recover and live long, healthy lives.

In normal cats, bilirubin produced in the liver is delivered to the biliary system (gall bladder and common bile duct), where it is eventually released into the intestine along with bile, to aid in digestion.
GB = gall bladder
CB = common bile duct.

Sidebar: Signs of liver disease in cats 

  • Decreased or absent appetite
  • Lethargy
  • Weight loss
  • Vomiting
  • Dehydration
  • Odd behavior
  • Prolonged bleeding
  • Ascites (fluid accumulation in the abdomen; less common in cats with liver disease, compared to dogs)

Sidebar: Common causes of liver disease in cats 

  • Hepatic lipidosis (fatty liver disease)
  • Cholangiohepatitis (inflammation of the liver and bile ducts)
  • Lymphoma (a type of cancer)
  • FIP (Feline Infectious Peritonitis, a fatal viral disease)
  • Toxic hepatopathy (liver disease secondary to ingestion of a toxin or poison)
  • Hepatic amyloidosis (accumulation of amyloid, a type of protein, in the liver. Often seen in Oriental and Siamese breeds)"

I love you, Tam... Tolong jangan sakit macam gini. Bila Tam sakit, Samani pun sakit jugak.. Kesian, asyik teringat je. Memang Samani salah sebab Tam takde girlfriend dekat Seremban ni tapi bertahanlah Tam.. Samani, with Ibu along will try on our best to cure you up.. Please be strong.. Selagi boleh cure, kita cuba ye, Tam...

Love you!!!

Menaip Bukan Kerna Nama...

Cilok dari belog lama. Rindu sama itu belog. Belog rockstar sangat sebab ayat-ayat dalam tu semuanya gangster belaka. Penuh carutan, penuh kekasaran, takde kompromi langsung. Nahh, It wasn't like that actually. Just being myself, same goes in here. Takde yang disorok, I menaip bukan nak glamour, bukan nak bongkak, jauh lagi nak tarik simpati. Ada sebab-sebab kukuh yang membuatkan I menaip dan menaip tak berhenti-henti kadang sampai 3 entri dalam satu hari ;D aikkk, Cik Kak tak keghoje keeee. Haha.

Ops, bukan lagu Ramli Sarip yang berbunyi 'aku menulis, bukan kerna nama..' jangan salah sangka lebih sangat. I menulis kerna....

PERTAMA, disinilah I melepaskan stress dan tekanan dan kekalutan jiwa dan juga kegembiraan. Lepas menaip boleh lega woi! Terluah itu ini. Tak heran kalau ada entri I yang panjang lebar macam highway. Mesti ada yang terbuku. Tak heran juga ayat yang berbunga jiwang, lahir dari hati yang sedang berkata. Let say, kalau I tengah stress dan rasa nak menumbuk orang, kan menyakitkan diri sendiri namanya tu. Kadang tu, makin geram atau makin happy, makin excited I menaip lagu macam keretapi. Hahaha. Kalau gembira tepuk tangan? Sampai 2 minggu nak menepuk tangan ke kerjanya. Adalah baiknya ditaip, bila sedih boleh baca balik. Ha....

Yang KEDUANYA pulak ialah, I bukan rapper. Ala-ala Jimmy Palikat (eh, dia bukan rapper!). Ala-ala Malique, Joe Flizzow mahupun Rembau Most Wanted. Hahaha. Kawan office semua macam nak sengketa je dengan I katanya I diam seribu bahasa. Tak mau ke join bergusip-gusipan sambil gelak kuat kerana terlampau laka-laka (bahasa Johan lah ni!). Elokkah anak dara sunti ayu manis macam I ni menjerit membebel-bebel dan semua orang boleh dengar segala biji butirnya. Bukan I, orang lain boleh buat. Cakap menjerit macam pasar, walhal dekat office. Rappers semua air liur kering beb, kena banyak minum air. Sambil rap, teguk air sejuk. Ahhhhhh.... lega! 

KETIGA yang pastinya terakhir, boleh macam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, sambil menaip kerja sambil menaip belog. Oh mai! I am soooo acting like I'm busy doing stuffs on my PC but here I am ;D While blogging, while working, while surfing and more while can be happened. Kalau orang datang dekat I dengan fantas terus click mouse untuk minimize belog ini. Weeeee. I'm a happy fat girl that stuck in front of my screen and stare it like I'm gonna eat it and munch it into pieces. Lega... Bila dapat berbelog. Macam jadi satu ketagihan nak menaip dan menaip sebabnya nak senam jari yang tembam. Kalau dalam toilet pula, sambil melabur memang I buat juga lakonan macam sembelit padahal tengah menaip di telefon. Apa gunanya aplikasi telefon kan kalau tak digunakan sebaiknya. Hahaha.

This is how you supposed to place your fingers on keyboard.

Ye, bukan kerana nama I menulis disini, bukan juga kerana glamour. Tapi kerana I, SiDia dan hidup kami berdua. Anda yang mempunyai sifat dengki, benci dan iri sila kebelakang lagi, lagi, lagi sikit dan undur lagi sampai ke hujung ye :) Terima kasih.

Tuesday, April 23, 2013

Jumpa Barang Baik Ni!

Tiba-tiba rasa nak Google mengenai cara untuk ramping. Haah, perut I setembam badan I lah tak tau macam mana cara nak kurangkan lagi ni. Macam pregnant ada juga. Segan bila pakai baju yang agak ada shape tu, kena cover-cover je perut bila duduk. Sekian lipatan semuanya nampak. Tak cantik okey. Lagipun I terpengaruh tengok perut Beyonce! Erghhhh, sangat best. Tak mau perut selambak lagi, apatah lagi 3,4 lambak. Pergi semua lelemak!

I terjumpa satu website yang mungkin dapat membantu I dan you all di luar sana. Kalau korang dah malas sangat nak Google, bolehlah click je carauntukkurus.com ni terus. Serius ada beberapa panduan yang bagus untuk kita mengurangkan berat badan. Antara artikel dari website ni yang I rasakan menarik ialah :

Bear in mind, hanya dengan membaca blog-blog ini takkan ubah berat badan anda. Amalan seharian jugak yang menentukan dimana BMI anda sekarang. Pesanan ala-ala pakar motivasi ini ditaja khas oleh Waniesamani :) Rajin-rajinlah mencari blog mengenai cara-cara diet dengan betul, daripada sibuk hal-hal gosip artis menjanda dan berkahwin lari atau dibela Dato' dan bercuti keluar negara. 

Lepas tu kan, ada satu produk yang tak pernah langsung didengar selama ni iaitu, S-recipes yang nampak macam menarik hati. Adakah sama saja fungsinya dengan produk-produk kurus yang lain? Kalau sama, agak tak berbaloi la beli sebab harganya RM180 dan penggunaanya 1 sachet sehari mengikut panduan yang diberikan dalam website S-recipes ni. Produk ni I dapat dari dalam blog di atas. 

Jom kurus! 

Monday, April 22, 2013

Keturunan Mohd.Laili dan Rahmah

I dari keturunan ini, Atuk Laili dan Opah Rahmah di sebelah Mama. Kami lebih rapat dan banyak luangkan masa bersama-sama daripada sebelah Ayah. Bukan cousins sebelah Ayah tak chill tapi, can u just imagine, I cucu Sulung. Dan I adalah kakak-kakak kepada mereka semua. Hahaha dekat rumah dah jadi Kak Yong, nak gak ade kakak-kakak sedara yang ngam-ngam kepala otak. Tu yang jiwa banyak ke arah The Lailis. Jarang sekali bergaul mesra dengan The Yahyas. Aduh, tidak adil sungguh... Anak-anak buah pun ramai di sebelah sini, itu yang lagi best tu. Ramai kanak-kanak!

Di bawah adalah serba sedikit salasilah keluarga belah Mama yang expanding more and more each year. 

I saje XL kan picture bagi puas nampak ;D

I tengah cari idea bernas untuk merekodkan tarikh lahir semua ahli keluarga I ni. Bawah nama? Atau di helaian yang lain? Hurmmmm...

Kalau ikutkan salasilah ini kena ikut moyang dan susunatur yang atas-atas nya. Macam susunan dekat gambar di bawah ni.

Siapakah Onang dan Aning I ye... Gambar dari Google.

Wow, serius ini memang dah susur galur ke mana ni. Kalau nak masukkan dari atas sana memang lah kena guna satu billboard agaknya. Besar dan panjang susurnya. Oh, sekarang I'm working on The Yahyas punye salasilah pulak. Too bad, I can't even know what is their real name :( Shame on me. I should do something good about this. I'm sorry.... 


Sunday, April 21, 2013

Mula Sikit-Sikit

... Lama-lama boleh pandai. Alhamdulillah, dah 2 kali perjumpaan dengan Ustazah Nor. Perkembangan makin bagus. Mula tu memang gugup. Tapi selagi tak mula manakan boleh jadi pandai. Dah sekian lama mencari yang sesuai. Sekarang baru jumpa. Allah selalu dorongkan umatNya dengan sesuatu yang baik. Tak pernah yang menjurus ke arah songsang. Kalau ajaran yang negatif tu semua dari syaitan yang menghasut lah. Terpulang kepada individu yang menerimanya. Elok jalan yang dipilih maka eloklah pengakhirannya. I pernah baca satu kenyataan, benda baik yang dipaksa buat lama kelamaan akan menjadi amalan dan diteruskan dengan kerelaan hati sendiri.

Semoga apa yang I pilih sekarang dipermudahkan Allah sampai bila-bila. Sebelumnya memang banyak kekalutan dan hampir I putus asa mengingatkannya. Rupanya memang segala kebaikan yang ingin kita buat selalunya akan menemui jalan yang sukar pada mulanya. Demi menyuruh umatNya supaya lebih kuat dan sabar dalam mencariNya. Tidak diakui, setelah hampir usia mencecah 31 tahun inilah kali pertama I menarik nafas lega. Hampir ke arah ketengan jiwa yang jauh dari keraguan. Bersyukurlah insan yang dikurniakan kelebihan itu. Gunalah ianya sebaik yang mungkin. Bekalan ke akhirat kelak.

Segalanya I lakukan untuk kedua Mama dan Ayah semata kerana Allah SWT. Walaupun baru di peringkat permulaan tapi I tidak malu mencari ilmu itu. Di usia yang lewat semestinya ada yang segan dan malu pada masyarakat. Tapi semuanya harus diketepikan, patut lebih malu pada Allah. Rezeki dan bekalan wang untuk meneruskan hidup di dunia memang penting sebagai mendapatkan makanan seharian. Tapi untuk akhirat pula apa yang kita bawa sebagai bekalan? Ini yang sedang I cari sekarang. Bekalan ke akhirat untuk diri sendiri, kedua orang tua dan bakal suami kelak. Bermula dari awal, biar lambat asal selamat.

Allah lebih mengetahui. Sikit demi sedikit ilmu itu dicari. Jiwa terasa lebih kuat. Tiada keraguan dengan apa yang I pelajari semoga semuanya baik saja. Semoga Allah lebih permudahkan jalan yang I lalu. Setelah sekian lama mencari. Tak mau lagi lepaskan ia dari genggaman. Kelas adalah setiap hujung minggu, pagi Sabtu dan Ahad selama 2 jam. Sebolehnya I akan free kan masa yang ada agar tidak lari dari matlamat yang I impikan selama ini. Terima kasih Allah. Dengan kelapangan ini.

Permudahkanlah...

Kelebihannya...
Kenikmatannya
Kebesarannya

p.s. Menitis air mata menaip entri begini.. Sesungguhnya diriku ini hanya makhluk yang kecil di dunia ini..


Saturday, April 20, 2013

Makan Banyak, Workout Hard

Seminggu I tak workout! This is totally crazy. I'm gaining tons of weight now. Rasa badan dah besar panda. Luckily, I masih boleh muat baju semuanya. Kira belum terlambat lagi untuk maintain berat sediakala. Tak mau berat lagi. Nak losing more and more weights. Baru boleh kembalikan zaman kegemilangan? Oh no, baru elok rasa pakai baju-baju kegemaran? Bukan ke untuk rasa cantik? Ye.. Tapi untuk pandangan mata bakal suami saja. Dah puas berbadan macam ni.

Sejak 2008 berjaya maintain. Masuk 2009 mula menembam selepas kesan ubatan hormon yang I consume. Masuk 2010 maintain semula atas sebab kekecewaan terlampau. Naik semula bila 2011 dan sampai sekarang, tiada kekurusan yang I pernah rasa. Tatabahasa teruk sebab kegeraman terlampau terhadap kenaikan berat badan. Lepas operation Disember 2012 badan makin naik sebab makan antibiotics and steroids all that. Bloated badan dan muka dan seluruhnya. Kena hidup macam ni sampai bila-bila ke? Noooo! Not me!

I ada target tersendiri. I nak jumpa balik Cik Jillian yang dah lama tersandar dalam hard disc. Hahaha meaning that I dah lama tak buat 30 days shredded Jillian Michaels. Macam mana dengan Zumba Class? I'm willing to go but Sayang is not around. I don't have confidence to go alone. Wait until he's around and my life will go back to normal. I'll bring him to the class, though. Kita sama suka menari, make it as our routine and we'll be good in Latin's dance when we go to partayyy. Gosh, tersasar dari matlamat asal. Ok now serius balik.. Lately, cuaca tak begitu baik. Hujan di Seremban. Aerobic class adalah di luar dewan. Tak boleh berharap sangat lagipun kalau hujan pasti kuyup.. Nasib baik ada plan B. Sentiasa ada jalan ye kalau sesuatu yang kita plan tak berjaya.

I dah reschedule plan diet dan aktiviti I ke Plan B. Food, no rice but only diet foods and more fruits. I'm going to have oats. As for the milk, Anlene will do, as usual. I'll only take heavy meal during breakfast and lunch. For tea time, I'll only take cereal and prepared to workout hard with Jillian during night after I performed Isya' prayer. On my Plan C, yeah I always think a few ways to make all this a dream come true. I'll fasting during daytime, before my next cycle of menses. Breakfasting during Maghrib and workout at night. Hurmmm, will this be possible for me? I can do it!

I nak hilangkan 20 kg. Bukan hal kecik. 20 is just a number but kilogram is some kind of nightmare yang semua perempuan takut. Get in shape, gurls. Bite all men out there with your stunning looks. Kepada kawan-kawan yang masih gemuk, jangan pernah putus asa. Cuba tolak makanan manis dan tetapkan jadual workout. Betul kata seorang teman, kalau kita nak kurus kena kawan dengan orang kurus. Sebabnya kita akan dimotivasi dengan kekurusan mereka. I pernah cuba method ini. Kawan sepejabat I memang cutting kecik. Makanan yang dia makan hanya suku dari apa yang I makan. Segan kan kalau macam tu. Ikut dia, makan macam dia makan dan nahhhh, berjaya turun sikit. Masih tak puas lah kan. Tambahkan workout dan banyakkan air kosong setiap hari. Insya Allah...

Lupakan nasi lemak, air manis, nasi (especially), kuih muih tradisional yang manis dan kek yang jadi kegemaran. Yang penting, jangan hanya melawat blog-blog dan like fan page facebook mengenai body slimming. Cuba amalkan. Buka deal yang menarik seperti Groupon, myDeal dan Living Social. Ada banyak kupon slimming centre yang murah-murah. Kalau yakin sila beli dan cuba. Jangan tempah durian crepe dan macaroons semata-mata, cari corset untuk body shape. Akhir sekali, jangan mengalah kalau berat hanya turun 2 kg susut sebanyam 1 inci sahaja seminggu. Itu pencapaian yang bagus dari menaik berat sebanyak 3 kg dengan makan tanpa peduli. Tingkatkan lagi metabolisma badan. Baru senang nak turun lagi berat. First step sangat mudah. Pejabat kalau 5 tingkat cubalah naik tangga, elakkan lif. Same goes to shopping complex. Kalau pejabat 20 tingkat, naik lif separuh dan tangga separuh. Jangan tunjuk hebat pulak naik tangga ke tingkat 20 ye.

Sekian, pesanan dari insan gemuk yang nak kurus dan masih berusaha sekeras mungkin tanpa bantuan susu formula kurus ;) Peace!

Boleh ke mengurus balik macam ni??? Tapi nak lagi turun

Friday, April 19, 2013

Bersabarlah Sayangku

Hidup penuh dugaan. Yang lebih berharta pasti menindas yang miskin. Yang kuat akan pandang rendah pada yang lemah. Lumrah hidup. Agaknya yang kuat tu lupa bila pusingan rodanya di bawah, dia akan turut serta menjadi si lemah. Tapi yang lemah sentiasa akan ingat kesusahan dan kesakitan yang pernah dialaminya, tanpa gentar terus meneruskan kehidupan dan peristiwa pahit diredhakan saja dengan harapan tidak akan kembali ke detik sebegitu lagi..

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahimm, Kau mudahkanlah segala urusan kami. Kau jadikan kami hambaMu yang redha. Kau lapangkan segala kesempitan bagi kami. Kau luaskan rezeki bagi kami..

Setiap yang susah pasti ada yang mudah kelak. I harap u sabar, Sayang. Ada ganjaran untuk u. Walaupun I takde dekat dengan u tapi I doakan yang terbaik untuk u. Semoga segala kesusahan ni kita jadikan pengalaman yang membuahkan keindahan. I takmau sedih lagi.. I tau u kuat, Sayang. Insya Allah, Allah tolong kita. Banyak berdoa, mudah semuanya. Ameen...

Dugaan kecil menguji kesabaran manusia...

Kerja, Kerja, Kerja

Konon nak luahkan perasaan yang kerja menimbun. Confirm lah orang tak percaya kan kalau kerja banyak macam gunung mesti takkan sempat nak update belog! Kalau kerja banyak mestilah tak sempat posing sambil makan goreng pisang kan? Ok tak logik kalau I luahkan sini yang kerja I sangat overload. Betul-betul menipunye. Jadinya, cancel la meluah.

I enjoy dengan kerja baru. Seronok gila ek dapat buat benda lain selain dari yang biasa. Kiranya kerja luar biasa ni memang memuaskan hati I. Memang membosankan buat benda yang sama hampir setahun. Wondering, macam mana pakcik file searcher tu kerja sejak dia mula melapor diri sampai lah pencen, tugasan yang sama, jawatan pun jumud. Itu bosan ye. Tapi itulah kerja yang menyara isteri, anak-anak dan masuk sampai cucu-cucu. Sehingga tiba tempoh expired.

Bagi yang dah berkerjaya, jagalah ia seperti permata ke mutiara ke emas berlian ke sebab dekat luar sana ramai lagi manusia yang belum ada kerjaya tetap. Terpaksa bekerja keras kesana kemari nak mencari sesuap nasi, untuk alas perut sendiri dan orang di rumah. 

Ada yang dah kerja, tak puas hati dengan bos, terus lingkup prestasi. Tak puas hati dengan gaji, memilih untuk berebut jawatan dengan orang-orang yang jobless. Terpulanglah pada masing-masin, tetap dengan iman pada yang Satu, kalau belum rezeki... Banyak-banyak berdoa, Allah dengar tiap hari. Kita aje yang malas, lalai, lupa, leka, kufur dengan nikmat dunia. Macam lirik lagu jer! 

Tak banyak nak ngomel. Macam-macam idea keluar sebab rindu dekat Gajah Biru :( Jauh sangat lah Tanjung Karang tu, Sayang. Kerja dekat-dekat sudahlah... Percaya pada takdir, dah rezekinya ke sana. 

Ok, redha!

Sakit, sakit, sakit bila jauh :'( Nanges, nanges, nanges...


Thursday, April 18, 2013

Mari Edit Gambar

Satisfaction guaranteed! Application sangat bagus untuk all the ladies out there. No kidding girls. Sepanjang malam I dan kawan-kawan HA struggle nak paint some pretty colours on our face. Diorang semua dah gilakan benda ni sekarang. Including me, yes me. Benda baru. Sampai lewat malam kami mencuba. Gelak ketawa tak payah cakaplah. Sambil makan roti canai tersengih-sengih sebabnya takkan dekat kedai mamak nak gelak kuat kan.

Gunalah aplikasi Perfect 365 untuk effect yang mantap dalam bergambar. Tapi kena adjust betul2 dan pastikan titik-titik yang berkenaan betul pada tempatnya. Muka haruslah penuh ye tak mau pandangan sisi mahupun duck face hahaha.

Marilah download application ini! Dan godek serajin mungkin.

Picture courtesy of : kawan-kawan HA :)

Kawan-kawan I memang vass!
Sebelum & selepas editing... serius lain muahahaha
Nak jadi secantik mereka? Dapatkan aplikasi anda sekarang ;D