Entri khas untuk Kak Leen atau nama sebenar beliau Hazleen sempena perpindahannya ke JKR Daerah Port Dickson.
Setelah ditimbang permohonan Kak Leen dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Bahagian Pentadbiran, segalanya telah dimeterai dan diluluskan perpindahan Kak Leen ke daerah. Takpe kak, mana senang bagi akak. Hilanglah satu tunjang Bahagian Pentadbiran. Tapi apakan daya, tuntutan keluarga lagi memerlukan akak. Perpindahan ni pun ada kebaikannya bagi akak belajar benda yang baru di samping persekitaran yang lain. Semuanya akan baik saja kak.. Lagipun semua orang Daerah Port Dickson tu akak kenal kan.
Tempoh I berkenalan dengan Kak Leen adalah sepanjang 8 tahun kerana kami lapor dalam tahun dan bulan yang sama iaitu Jun, 2005. Seronok sebab kitorang suka menyanyi ;D Sama-sama masuk koir, sama-sama melaram dekat opis tapi Kak Leen berhijab dulu baru I menyusul kemudian.
Hujung 2010 bila I habis belajar je kitorang terus jadi peminat tegar tudung Fareeda sama-sama, mencari peplum dan paling tak boleh lupa berangan nak buat baju kurung lace dan kain flare pakai sama-sama ala Siti Nurhaliza gitu. Kerrlasss ko! Haaaa, lagi satu perangai kitorang dekat opis selalu janji pakai baju sama-sama contohnya jubah pada hari Jumaat. Hehehe.
Harapan I pada hari ini, I taknak nanges petang ni bila bersalam dengan Kak Leen. Serius! Mesti nanges punya. Gila ke tak nanges sebab I kan lembik. Erghhhh. Kawan lapor diri sama-sama dah nak pergi. Tak lama lagi mungkin giliran I. Masa dan hari adalah ketentuan Allah, I cuma redha....
Semoga Kak Leen baik di daerah. Rakan-rakan disini terutamanya Samani takkan jemu nak layan kalau akak datang sini, tempat titik permulaan pekerjaan dalam sektor awam kita ni :)
Beberapa gambar je dapat I capture sebab I tengok Kak Leen macam dah sedih tu taknak gambarnya diambil. Sorry kak... Hari-hari mendatang akak di daerah akan lebih ceria, dekat dengan anak-anak. Memudahkan lagi pergerakan pergi balik kerja akak. Lagi seronok, kalau I ada rumah di sana pun I akan ikut jejak langkah Kak Leen. Memang dah terbiasa di sini kan kak. Kadang kala kena cari angin baru...
Kejap eh, lepas ni I nak ajak siapa lagi melarammmmmm..... Huaaaa dah start sedih sikit tapi masing-masing control cun! Akak jangan keluar dari Gojezz Girl ok. Maintainnnn
p.s. berita terbaru, perpindahan tersebut ditangguh sehingga 15 haribulan :) Tak mau sedih-sedih ye kak. Semua sayang kat akak <3
Kak Leen mengemas, "jangan ambil gambar saya!" |
4 kotak semuanya... |
p.s. berita terbaru, perpindahan tersebut ditangguh sehingga 15 haribulan :) Tak mau sedih-sedih ye kak. Semua sayang kat akak <3
No comments:
Post a Comment